Pages

hem... of my dress

Monday, July 30, 2007

kadang-kadang saya rasa menyesal kerana terlalu ghairah menggunakan internet.
Terlalu mudah untuk anda meng'google' saya, membuat saya rasa bagai hilang separuh diri.
Bodohnya saya.
Saya menjadi andaian orang tanpa mereka kena siapa saya secara zahir dan batinnya. Yang ada cuma lembar-lembar elektronik yang bagai tuhan, bicara tentang diri saya tanpa mendapat re-endorsement dari saya.

Hish...
saya rasa seperti mahu memadam blog lama, dan semua identiti saya. Saya cuma mahu ada di satu ruang sahaja. (mungkin blog ini. Atau mungkin lembar lain). Saya rasa seperti tidak mahu meninggal komen di blog orang lain. Saya rasa mahu jadi entiti sendiri, disini bukan untuk memuaskan mana-mana pihak. Di sini untuk diri sendiri.

Tengoklah, bila lenggang karang saya usahakan...

(Tapi saya gila glamor. Bagaimana? Haha.)

seniman itu subjektif

Sunday, July 29, 2007

Terima kasih Butterfingers kerana cuba mengikut jejak langkah Kembara lewat 80an (walau entah jadi entah tidak).
Tolonglah keluar dengan album baru.
Saya kemaruk lagu kemasyarakatan indah (walau lidah Emmett pekat 'masallyh'nya)

Dan anda, tolonglah dengar Selamat Tinggal Dunia
dan bebaskan minda dari baju ketat banyak kilat dan bling bling sarat
Jenguk kedalam mata bisul sebenar atas kulit masyarakat, yang selama ini anda pura-pura cuma ruam bintat.

Standing in the eye of my misty eyes

Saturday, July 28, 2007

Sekarang ini lagu 'Standing In The Eyes Of The World' sedang sayup-sayup berkumandang di radio Glen.

Ah... lagu kenangan.

Setiap kali saya terdengar lagu ini, pasti saya rasa seperti mahu menangis. Hati rasa mekar. Ya, lagu ini menyingkap kesemua rasa bangga saya menjadi anak Malaysia. I guess this should be my theme song for our upcoming Merdeka celebration.

Banyak kenangan indah yang saya kongsi bersama lagu ini. Signifikasinya dengan zaman remaja saya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. (Tapi demi pembaca yang mungkin cuma seorang dua, saya cubalah juga haha).

1998. Tahun itu saya di tingkatan 4. Rakan-rakan sekolah gamat bercerita perihal persembahan mereka pada malam pembukaan Sukan Komanwel. Saya tak dipilih, mungkin sebab kurang menyerlah agaknya (ya, jangan tak percaya, saya di sekolah dulu hanya rona latar). Walau bagaimanapun, kami budak-budak tak glamor turut diberi tiket menyaksikan raptai utama malam pembukaan. Peraklah masing-masing bila masuk ke dalam stadium berbau cat yang besarnya maha dasyat. Dapat pula duduk di kerusi teres yang paling tinggi. Wah, masa itu cukup ghairah kerana ingatkan tempat duduk kamilah yang paling best, dapat lihat semua orang (padahal VIP seats di bawah ya...). Malam itu cukup mengkagumkan, cukup indah, cukup...ajaib buat diri saya. Hati ini kembang bagai nak pecah, terlalu bangga. Masa itulah saya rasakan apa yang agaknya dirasakan oleh orang-orang Malaya pada 1957 - ya, mungkin magnitudnya jauh lebih kecil, tapi rasa patriotiknya tetap sama. Aku anak Malaysia, aku bangga Malaysia dapat melahirkan sesuatu yang cukup istimewa, dan aku bangga kerna kita kini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju sedunia, kita kini sudah ujud di di mata dunia. Siap tulis sajak tentang sukan komanwel lagi. (Nanti saya cari kembali sajak hanyir adolescent itu...)

Dua tiga malam saya tersengeh sendiri. Disebabkan semangat patriotik (yang berjaya ditanam oleh kmpen kerajaan gamaknya) yang membuak-buak, saya yang haram tak minat sukan pun turut berebut nak menonton TV1 dan TV2. Saya masih ingat kata-kata bapak "Amboi, dah pandai tengok sports. Pasai pa tiba-tiba tukaq... nak jadi sportswoman ka?" (Hah, dia tak tau itu fleeting interest saja haha)

Tapi yang paling tak dapat dilupakan adalah acara akhir bowling. Saat-saat Kenny Ang berjaya menjatuhkan pin terakhir yang menobat beliau dan Ben Heng sebagai pemenang emas pertama Malaysia, jerit pekik kami sekeluarga kabur... sebab saya menagis berjurai-jurai. Semuanya berubah senyap. Mak, bapak, Eze, Fina dan Am semua terpaku memandang saya. Kemudian

"Hahahahah! bwahahah! hihihi! huhu! kahkahkah! Kak Yana, Kenny Ang menang pun nak menangis! Kahkahkah!!!!"

Gelak dalam segan, tapi pedulikan... saya tetap nangis juga. Ketika menerima medal dan menyanyikan lagu negaraku, saya nangis. Kenny Ang lambai penonton pun saya nangis lagi. Selepas acara, videoklip lagu SITEOTW dimainkan, lagilah saya menangis... adoi.. (lelehnya saya). Semenjak itulah saya mesti jadi cengeng kalau dengar lagu tersebut. Dan adik-adik saya sampai ke hari ini suka mengusik.

"Ai Kak Yana, tak nangis tengok cerita hindustan ni? Kalau Kenny Ang nangis pulak..."

"Kak Yana, kenapa ko nangis tengok drama ni? Ada Kenny Ang ke?"

"Laa... orang sambut merdeka pun ko nak nangis... teringat Kenny Ang la tu..."

"Kak Yana, time cerita Kasim Selamat ni KEnny Ang beranak lagi pun tidak. Pun ko nangis."


(ini sepatutnya gambar Kenny Ang, tapi tak jumpa.Hah)


Cilakak punya adik-adik.. tapi tak apa lah, kerna setiap kali mereka mengusik, memori indah pun berbunga kembali di minda. Hah. Jiwang. Teringat kembali zaman saya ber-

Alamak. Lagu dah bertukar jadi Pelangi Petang versi rock aku-tak-suka-pasal-merosak-lagu-je dari Def-Gab-C. Potong stim betullah...

Sajak dari Jamban

Wednesday, July 25, 2007

Mengamuk Harun keliling kampung
Meruntuh pondok
Mentakik kerbau

Mat Ja mencicit lari
Seluar londeh
Dia lari bogel
Anu ditekup takut terlibas
Parang pusaka

Babi!
Sial!
Haramjadah!
Kau gatal menoda anak dara aku!

Mat Ja lega
Sudah hampir sampai warung kopi Wak
Selamat aku selamat ditolong orang tentu tak dibiar aku ditakik

Harun menjerit gila
Kenapa dilindung
Patut aku potong saja biar tak bernapsu
Biar jadi pondan sia!

Sabar Harun sabar
Imam menghalang
Jangan diikut amuk hati

Mat Ja lagi belakang Imam
Terus lari lagi
Hahaha Harun dihalang
Aku selamat aku boleh pulang apalah yang orang kampung boleh buat-

Mat Ja tersungkur menyodok tanah
Habis tersembur darah
Mata tersembul sebelum
Kejung

Pak Imam!
Mat Ja jatuh
Tersadung kaki sendiri
Cangkul si Ali merekah perut berisi

Harun gelak dari jauh.


.

Nerdy curls

Tuesday, July 24, 2007

I remember the time when the only show I'd look forward to on weekends were the CSI installments, and Even Stevens. I just couldn't get enough of Shia LaBeouf. My sister Fina would always give me the 'look', you know, the one where 'you think your sister has lost her marbles' look because I would resistantly camp in front of the TV set to make sure I didn't miss any of the reruns. Looking back, I guess it was kinda weird - I was already 19 at that time.



Louis Stevens was really my kiddie TV hero. He's so funny! Especially when he does that flaring-nostril thing whenever he's all pumped-up for action. That kid made me laugh so hard bapak had to once asked me to shush the crap up coz some of the neighbours had started kepohing outside the house. Shia LaBeouf got me dubbed the Langsuir. *nods vigorously*

Anyway, after the series ended, finding stuff with Shia LaBeouf was harder than flagging a cab at 3am in Balakong. Noone seems to know who he was. Oh, I got one or two movies, but those were cameo roles so blah blah. There were 2 disney movies, but made for TV movies are often, well, poyo.Then came Constantine, a double whammer treat (Keanu, oh abang Keanu) and I was so excited to see that Shia IS working (you know how child stars would usually drop from the face of the earth once their show ends). And then silence again.

So like any other chick, I moved on to greener (and sexier) pastures (Johnny Depp, to be exact). Now that I've become an adult (pada umurnya lah), DCB-DCB pun haruslah orang yang lebih matang dan mantap gitu, kan. Shia LaBeouf faded into the background. He wasn't doing anything substancial anyway, so out of the main Berangan list and into the memory box. Somewhere in my brain is the image of Louis in his lubang hidung kembang glory, waiting to be resurrected.
(Ala2 Imothep gitu. Motiff?!)

And that day came a few weeks ago. Holy Macaroni, that guy, that sexy young man in Transformers -that's Shia LaBeouf?! I couldn't believe my eyes! I mean, look at him! Look at him now! He's... he's... *drools*




Look at that. Amazing... My Louis has turned into a hunk. Of course he doesn't look very funny anymore. I'll miss the kid with dem nerdy curls, but yeah, whatever. Come sit beside me, Shia. Let's talk deep stuff.



Wiki told me that he's 21 this year. Dang! I feel so old.

I can't wait to see Disturbia! Madja (who is a self-proclaimed biggest Shie LaBeouf fan - walaupun baru tau existance dia from transformers) said that he'll most probably, I quote, "cream my pants" during Disturbia. I don't think I'll go to that extent, but we'll see. Hehe.

Way to go Shia LaBeouf!!!

Muntah

Wednesday, July 18, 2007

Tahap sakit otak di pejabat semakin menjadi-jadi.
Terlalu banyak benda nak dibuat sendiri. Dari 3 penulis jadi satu, tapi kerja yang diberi makin banyak dan banyak dan banyak...

saya bakal meletup
dan saya kasihankan mangsa yang akan saya maki itu nanti.

(tapi kalau kena pada orang itu, bagus juga. walaupun dia akan menangis dan rasa saya kejam padanya. tapi whatever. kau lagi kejam dan bingai.)

Sekarang ini saya rasa macam nak

menjerit puas puas, menjerrriiittttttttttttttttttttttttttttttttttt dari atas bangunan tinggi
gigit, gigit, gigit bantal kekabu biar berselerak isi di lantai
sepak terajang tin biskut biar lekuknya sama dasyat dengan bunyi
koyakkan kertas kerja atas meja dan lemparkan ke muka tuan punya kerja
balik tido dan lepak dan tido

berhenti kerja.
betul.
kerja kah penting, atau kewarasan kah yang penting?
saya. stress.
stress.
stress.
stress.
stress


p/s: nasib baik boleh memblog dari telefon bimbit. kalau tak bersawang la blog ni.

dah berlapuk baru nak post

Ku damba sentuhanmu

Sentuhanmu bukan datang dari dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai deja vu


Saat rambut dia jatuh menutup mata sedang dia galak bercerita, tangan terasa gatal hendak menyisip rambutnya ke telinga.
Untuk mengusap lembut alun mahkotanya, biar panjang namun terserah kelelakiannya.
Tangan saya genggam di bawah meja. Mana bisa saya perlakukan apa yang menjerit di hati.
Gila.
Dan dia tak tahu gelora hati saya.
Dan dia berlalu, langsung menjadi memori.


.

Satu kah, dua kah?

Friday, July 13, 2007

Saya: Eh, apasal dia ada satu je?!
Kak Watie: Memangla, dia memang satu, tapi kat dalam tu ada dua...
Saya: Ooooo....

Wakakakakakak!!!!! Gelak sampai pecah perut!

Apa yang satu, apa yang dua?
Pandai-pandailah fikir ya...

;,)

"Mika jangan main main!"

Wednesday, July 11, 2007

"Mika jangan mempermainkan beta!" kata Ahmad Nisfu kepada P.Ramlee dalam filem Pak Belalang.

Naib baik itu cerita zaman 60an. Kalau zaman sekarang, mesti sebaik soltan habis bicara, soundtrack yang berkumandang di latar cerita adalah

I try to be like Grace Kelly
But all her looks were too sad
So I try a little Freddie
I've gone identity mad!



Saya suka MIKA!
Three cheers for poppish disco beats! Hurrah! Hurrah! Hurrah!

Paling mahal

Tuesday, July 10, 2007

Menurut forbes.com, ada lima nama laman web yang telah mencatat jualan termahal dalam sesi lelongan nama laman web baru-baru ini.

sex.com - dibeli dengan harga USD12 juta
porn.com - dibeli dengan harga USD9 juta
business.com - dijual pada harga USD7.5juta
diamond.com - dijual pada harga USD7.5 juta
beer.com - dijual pada harga USD7 juta


tu dia. nampak sangat apa yang mat saleh mat saleh pikir dalam kepala. Buat untung apa, kalau orang pergi ke search engines, taip sex dan nah, website anda yang ada di atas sekali. Biasalah, bab rosak akhlak cepat saja beli. Cuba kalau tarbiyah.com ke, insaflah.com ke...

Kalau ada lah lelongan sebegini di Malaysia, apa agaknya nama laman web yang paling mahal di tanahair ya?

skandalkerajaan.com - ooh ho ho, saya boleh bayangkan kumpulan orang-orang anti-kerajaan yang berebut-rebut nak beli nama ini. Silap-silap ada yang kena baling kerusi semasa sesi lelongan. Dasyat woo nama ini...

rempit.com - rasanya dah banyak kumpulan rempit yang sibuk mengaku bahawa diorang yang cipta stunt itu ini, merekalah rempit original dan sebagainya. Pihak2 tertentu pula mesti nak tayang aktiviti 'ihsan' mereka membawa rempit gemilang ke kutub la, dan pihak lawan pun nak tunjuk rombongan rempit mereka ke rumah anak yatim dan sebagainya. Ya, url ini juga akan jadi url 'panas'.

kiasu.com yang ini akan turut mendapat sambutan dari pembeli negara jiran kita. Berebutlah orang Johor Bahru, Singapura dan amoi ah kau sekalian. Oh, nama ini sebenarnya kini dijual oleh edomain.com. kalau berkenan pergilah ke sana. untung-untung dapat anda jadi tuan punya dunia kiasu.

nakkenablasah.com - khas untuk kumpulan gangster merentas batasan kaum. Kalau baru-baru ini keluar cerita gangster bertemujanji melalui email, maka tidak mustahil orang menggunakan laman web untuk memesan sesi belasah-membelasah.

fefonenz.com - kata kawan saya, kalaulah ada laman web ini, dia yang beli dulu. "Martabat we ols perlu diangkat, uols! We ols bukan lagi pondan cabuk tepi lorong occay, fonen sekarang vass, berpendidikan, ada yang jadi orang penting di Malaysia ni. we ols bukan lagi kelompok minoriti, we ols diva!"

'nuff said :)

Hai + ku

Friday, July 06, 2007

Bawa jiwaku
Buang jauh ke laut
Tidur nafsuku

laksa bawah pokok ketapang syok wooo...

Thursday, July 05, 2007

disebabkan perkahwinan rakan (yang saya jadi MCnya) dan beban kerja yang melambak, saya akan keseorangan hujung minggu ini sebab

mak, bapak and the whole crew are going back to Penang!

huhu
nak laksa
nak mandi laut
nak pi pasar ahad
nak makan ais kepal
nak jumpa tok
nak jugak nak jugak nak jugak nak jugak


ingatkan bolehlah melepak di rumah KB buat maraton DVD atau apa-apa di Sabtu & Ahad
tapi baru teringat - keluarganya pula turun dari Kuantan

huwaa!!!!
mak keseorangan nuks!!!!

kini saya bergantung harap pada Cik Nurul lah pula....Nurul, pikirkan aktiviti Diva Donut versi hujung minggu nuks!

Banyak lelaki takut kat saya?

Tuesday, July 03, 2007

Wohoo! Biar betul! Macam tau-tau aja!

You are a Rocker Girl!

If you don't have musical talent, you've got a talent for picking out great CD's.
Music rules your life - and you've got the best MP3 collection of anyone you know.
Many guys find you intimidating, but a select few think you're the catch of a lifetime.
Start hanging out in more used record stores, and you'll find love with a fellow rocker!


Hmm... I wouldn't mind dating anyone who plays mean guitar. Takers? Takers?

:)

.

Halo!

Nampaknya saya ada pembaca dari Sabah dan Sarawak.
Bulat-bulat di peta virtual di sudut tu kata 10-99 klik sudah dicatat dari IP lokasi tersebut.
Rasanya tak ada kawan peribadi yang tinggal di sana. Saudara-mara pun semuanya di sini.

Terima kasih kerana sudi singgah ya.
Janganlah malu-malu umumkan kehadiran anda di blog saya.

Bila lihat hits, saya terasa macam selebriti kecil-kecilan pula. Heheh.

Terima kasih sekali lagi :)

Aku rindukan Pak Yang... ;(

Arwah Pak Yang saya seorang yang cukup muzikal. Dia berbakat main pelbagai alat muzik tanpa sebarang tunjuk ajar. Kata tok saya, ketika Pak Yang masik kanak-kanak, dia suka duduk di tepi sawah sambil main serulingnya. Kalau dia tertinggal seruling di rumah, dia akan buat sendiri seruling makeshift dari batang padi. Lagu yang dialun boleh buat makcik-makcik di dapur terhenti dan menangis. Itu kata tok saya lah.

Pak Yang selalu sendirian. Bapak saya dan pakcik-pakcik yang lain ligat masuk keluar hutan, mandi sungai, terjun lombong, curi rambutan, main kejar-kejar. Pak Yang tak pernah dapat join sebab Pak Yang sakit paru-paru dan semput. Purata setahun dia terlantar atas katil 50%. Selebihnya mungkin ke sekolah, petang-petang duduk di tepi sawah, atau di rumah - jadi minda aktifnya menukar arah ke muzik dan sastera. Di rumah tok ada gitar, tabla, bongo dan piano. Untuk membantu menyara keluarga; dan mungkin juga kos perubatannya yang sangat tinggi; Pak Yang (yang sememangnya seorang ulat buku) rajin menulis cerpen dan sajak untuk majalah. Dia juga menulis novel. Salah satu novel terjemahannya, Cintaku Adriana, menang satu anugerah sastera. Pak Yang macam maestro yang kita boleh nampak carta hidupnya - seorang karyawan hebat tapi sayang, dia pasti pergi menghadap illahi dalam usia muda. Memang betul pun. Pak Yang pulang ke rahmatullah pada tahun 1990.

Selepas Pak Yang meninggal dunia, pakcik saya mengangkut semua alat muzik yang ada (kecuali piano lah) dan disimpan diatas almari tinggi. Yang tinggal di bilik Pak Yang hanyalah rak kaset. Berkepuk-kepuk kotak kaset ada. Pakcik nampak macam tak suka dengar radio sangat (masa itu tak ada hi-fi, yang ada radio besar ala2 boom box tu) jadi saya pun kebas lah kaset-kaset yang macam best.

Saya pun kurang pasti kenapa saya ambil kaset-kaset tu. Saya bukannya dengar radio sangat. Mungkin kaset-kaset itu bagai jambatan memori saya dengan Pak Yang. Setiap kali tengok kaset saya teringat akan Pak Yang yang suka merakam perbualan saya. Disuruh saya menyanyi, bercerita. Kadang kadang kita borak-borak pun dia rakam. Pak Yang pernah kata "Nanti rindu-rindu kat Yana, Pak Yang dengaqlah tape ni." Tapi saya rindu-rindu kat dia tak ada pula tape nak dengar....

Saya masih ingat lagi:

Kupetik bintang - Kenny Remy Martin
Koleksi lagu tradisional - Abdullah Chik & Noraniza Idris
140 Hijrah - Kembara
Trajedi Buah Epal - Anita Sarawak
Perwira - Wann
Kuching - Alleycats


Semuanya saya ambil dan bawa pulang ke Kuala Lumpur. Saya minta bapak pasang kaset Wann dan duet allahyarhanm Abdullah Chik & Noraniza Idris dalam kereta. Selebihnya saya simpan di bawah katil. Cuma sekali sekala saya keluarkan dan belek-belek.

BIla saya meningkat remaja barulah saya mula mendengar koleksi kaset bawah katil saya. Masa itulah minat terhadap muzik mula bercambah. Setapak demi setapak saya melangkah masuk ke dalam warp zone muzik. Rencah pelbagai genre mula menjadi intipati pendengaran saya. Kaset-kaset Pak Yang bagai ruang masa yang membuka seribu pintu dalam minda saya. Walau tak berduit, saya mula mengumpul duit sekolah dan belasah eksperimental artis-artis yang saya duga digemari arwah Pak Yang. Aerosmith. The Beatles, Elvis Presley. The Platters, Ella Fitzgerald, Stevie Wonder. Semuanya saya telan dengan cukup gelojoh. Dunia yang diperkenal oleh Pak Yang akhirnya menjadi dominasi dalam hidup saya.

Dengan muzik saya rasa dekat dengan Pak Yang.
Dengan muzik saya rasa ruang kosong dalam hati sedikit terisi.


Tapi malam-malam sebegini, bila sunyi mencelah di hati, muzik pun tak dapat memujuk minda dari terbang mengejar memori. Mula terkenang pada dia yang telah pergi, dan minda nakal ini terfikir pula tentang realiti kehidupan - satu hari nanti pasti mak dan bapak juga pergi menghadap illahi. Saya rasa saya tak mungkin dapat lalui hidup tanpa mereka. Hati mula menyentak minta pada tuhan agar biarlah saya yang pergi dahulu sebelum mereka. Jika saya pergi, luka hati mak dan bapak boleh diubati dengan adik-adik saya, tapi kalau mak bapak yang pergi, kami bak kapal tak berkemudi.

Ishh....
Chain reaction, semuanya dari memori tentang Pak Yang.
Pak Yang, I miss you soo much. I wish you could see me now. I hope I make you proud. I love you.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Al-Fatihah.