Pages

Sentapkah uols?!

Tuesday, June 26, 2007

Assalamualaikum, hello.

Apa khabar semua? Harap anda semua sihat belaka. Maaflah kerana tidak menambah sebarang cerita di sini.

Saya berpergian ada sebabnya. Sudah lama saya nantikan fasa pemulihan dan persediaan. Mula Julai saya akan bertugas sendirian, jadi saya perlukan masa time out untuk diri sendiri.
Itulah.

Cuti saya kali ini ditemani teman-teman yang cukup rapat dengan saya. Rasanya dah lama saya menutup pintu rasa untuk berteman sejati, tapi mereka berjaya mencairkan kubu ais di hati saya. Setelah mengenali mereka lebih dari 4 tahun, saya mula merasakan yang saya bersedia membuka hati saya semula untuk berteman rapat. Rasanya luka dikhianati bertahun lalu dah sembuh. Dengan kelompok rakan-rakan ini saya rasa cukup selesa. Cukup relaks. Saya boleh berada dalam keadaan paling bodoh, paling hodoh, paling ebok dan paling keji, tapi mereka tetap menerima saya seadanya. Tak ragu untuk bicara soal hati dan perasaan. A girl has to have some secrets, tapi andai saya rasa saya perlu berkongsi, mereka inilah yang saya pilih.

Tidak... jangan salah anggap yang kawan-kawan lain tidak cukup bagus untuk saya, atau tidak cukup ebok untuk saya klasifikasikan sebagai teman rapat. Anda semua best, dan buktinya kita serasi dan tak pula pernah bergaduh sebelum ini, kan? Saya tak faham kenapa perlu ada yang mempersoalkan kenapa saya cuma berjimba dengan kawan yang berlima ini. Tapi cubalah tanya diri anda sendiri, adakah anda sanggup kalau saya perlu teman berbual di telefon pada jam 4-5 pagi? Sudikah anda melayan sessi DVD Binge dari pagi sampai malam? Mahukah anda bersama melalak untuk 3 jam berturut-turut, dan pada bila-bila masa tanpa ragu? Mahukah anda berkongsi rasa dengan kisah melankoli wanita suku abad yang single? Lepak-lepak minum petang lepas kerja?

Hakikatnya kita semua punya kumpulan rakan yang dekat di hati. Jangan nafikan, memang kita semua ada satu dua rakan istimewa. Saya tak pernah pun mempersoalkan andai anda keluar sesama anda, berjimba tanpa saya, atau pergi bercuti dan bergembira tanpa pengetahuan saya. Anda bukan hak milik saya, dan begitu juga saya bukan hak milik anda. Kita bersahabat, bukan bertunang. Ya, kalau zaman belajar dulu memang kita gerak kemana sahaja segerombolan. Tapi itu dulu, ketika kita memang perlu jadi sekumpulan. Bilamana hidup kita seiring, pusing-pusing pun kita sama-sama entwined dalam hidup masing-masing. Tapi kini kan kita dah bawa haluan diri? Masing-masing sudah menapak jalan kehidupan yang berbeza. Yang kekal dalam perhubungan kita adalah sefahaman, kerna kita tak punya ruang untuk bersikap clingy dan terlalu kebudak-budakan. Sikit-sikit nak tahu itu ini. Setiap gerak-geri nak kena diberitahu.

Saya memilih untuk bersama 5 teman ini di kali ini kerana dengan merekalah saya rasa paling selesa. Lain kali pasti ada peluang dengan kawan-kawan yang lain. Janganlah berkecil hati. Lagipun kenapalah nak berkecil hati sangat, saya bukannya artis pun anda nak kecil hati segala. Saya cuma budak berambut semak yang kemungkinan besar tak punya pun nilai dalam carta hati anda. Kan, kan, Kan? Haa... jadi kenapa marah marah ?

Anda seharusnya bersyukur. Kerana kalau saya tak mengajak anda bergembira, tentu-tentu saya tak sanggup nak susahkan anda bila saya bermasalah, kan? Teman gembira saya semuanya teman duka saya juga. Menangis saya rasanya menangislah mereka jua (rasa saya lah...). Berterima kasihlah anda kepada tuhan kerana anda bukan dalam lingkungan yang perlu menahan telinga bila sesi krisis melanda.

Dan bersyukurlah kerana anda tak perlu mendengar saya berdengkur bila saya terlelap lena ;)

.

No comments: