Pages

Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Friday, June 29, 2007




Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita berbincang tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku usapkan juga air mataku
Kita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglah
Karna hari ini yang kan kita rindukan
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan
Bersenang-senanglah
Karna waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua



Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan
Sampai jumpa kawanku
S'moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglah
Kar'na hari ini yang 'kan kita rindukan
Di hari nanti...

Mungkin diriku masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian

Sampai jumpa kawanku...

Sudah saya alirkan airmata

Perpisahan ini walau cukup berat
Saya harungi jua
Dengan tekad
Janji yang tersemai, persahabatan yang dijalin
Akan selamanya kekal di hati

Walau hilang dari sisi
Tapi kenangan dan cerita
Akan terus menjadi episod hidup
Dalam replay

Sandra & Feeza,
Thanks for all your guidance
I'll sorely miss our bitching session, the jokes (stupid or lame or super huhuhaha), tea time
I'll miss our breakfast trips to the cafe
Our 3-hour lunch breaks
Most of all,
I'll miss your friendship


To the VSS team,
Beb, Creative Rocks!!!!!!!!!!!




L-R: Glen, Heza, Sandra, Avelynn, Tini, Terry, Jim & Feeza

one ring to rule them all

Wednesday, June 27, 2007

Selepas syarikat membawa kami makan-makan sempena ucap selamat tinggal rakan-rakan yang diVSS, saya, boss saya dan senior saya singgah ke Giant Kelana Jaya.
Kata sandra dia nak beli cincin stainless steel yang diidamnya. Memang dia berkenan sangat dengan cincin di salah satu kedai di situ, jadi alang-alang kami lalu di situ...

Tak sangka pula Kak Feeza suruh saya pilih satu untuk diri saya. Katanya kami bertiga akan beli seorang satu. Tanda persahabatan kami. These three rings = three gila copywriters, kata Sandra.

Ya, saya akan merindui mereka. Benar-benar merindui mereka kelak...

Terima kasih banyak untuk segalanya yang kalian beri pada saya. Saya takkan lupa. Akan saya semat dekat di hati. Thanks guys. 2 days to go and I already feel so lonely....

:'(




.

Sentapkah uols?!

Tuesday, June 26, 2007

Assalamualaikum, hello.

Apa khabar semua? Harap anda semua sihat belaka. Maaflah kerana tidak menambah sebarang cerita di sini.

Saya berpergian ada sebabnya. Sudah lama saya nantikan fasa pemulihan dan persediaan. Mula Julai saya akan bertugas sendirian, jadi saya perlukan masa time out untuk diri sendiri.
Itulah.

Cuti saya kali ini ditemani teman-teman yang cukup rapat dengan saya. Rasanya dah lama saya menutup pintu rasa untuk berteman sejati, tapi mereka berjaya mencairkan kubu ais di hati saya. Setelah mengenali mereka lebih dari 4 tahun, saya mula merasakan yang saya bersedia membuka hati saya semula untuk berteman rapat. Rasanya luka dikhianati bertahun lalu dah sembuh. Dengan kelompok rakan-rakan ini saya rasa cukup selesa. Cukup relaks. Saya boleh berada dalam keadaan paling bodoh, paling hodoh, paling ebok dan paling keji, tapi mereka tetap menerima saya seadanya. Tak ragu untuk bicara soal hati dan perasaan. A girl has to have some secrets, tapi andai saya rasa saya perlu berkongsi, mereka inilah yang saya pilih.

Tidak... jangan salah anggap yang kawan-kawan lain tidak cukup bagus untuk saya, atau tidak cukup ebok untuk saya klasifikasikan sebagai teman rapat. Anda semua best, dan buktinya kita serasi dan tak pula pernah bergaduh sebelum ini, kan? Saya tak faham kenapa perlu ada yang mempersoalkan kenapa saya cuma berjimba dengan kawan yang berlima ini. Tapi cubalah tanya diri anda sendiri, adakah anda sanggup kalau saya perlu teman berbual di telefon pada jam 4-5 pagi? Sudikah anda melayan sessi DVD Binge dari pagi sampai malam? Mahukah anda bersama melalak untuk 3 jam berturut-turut, dan pada bila-bila masa tanpa ragu? Mahukah anda berkongsi rasa dengan kisah melankoli wanita suku abad yang single? Lepak-lepak minum petang lepas kerja?

Hakikatnya kita semua punya kumpulan rakan yang dekat di hati. Jangan nafikan, memang kita semua ada satu dua rakan istimewa. Saya tak pernah pun mempersoalkan andai anda keluar sesama anda, berjimba tanpa saya, atau pergi bercuti dan bergembira tanpa pengetahuan saya. Anda bukan hak milik saya, dan begitu juga saya bukan hak milik anda. Kita bersahabat, bukan bertunang. Ya, kalau zaman belajar dulu memang kita gerak kemana sahaja segerombolan. Tapi itu dulu, ketika kita memang perlu jadi sekumpulan. Bilamana hidup kita seiring, pusing-pusing pun kita sama-sama entwined dalam hidup masing-masing. Tapi kini kan kita dah bawa haluan diri? Masing-masing sudah menapak jalan kehidupan yang berbeza. Yang kekal dalam perhubungan kita adalah sefahaman, kerna kita tak punya ruang untuk bersikap clingy dan terlalu kebudak-budakan. Sikit-sikit nak tahu itu ini. Setiap gerak-geri nak kena diberitahu.

Saya memilih untuk bersama 5 teman ini di kali ini kerana dengan merekalah saya rasa paling selesa. Lain kali pasti ada peluang dengan kawan-kawan yang lain. Janganlah berkecil hati. Lagipun kenapalah nak berkecil hati sangat, saya bukannya artis pun anda nak kecil hati segala. Saya cuma budak berambut semak yang kemungkinan besar tak punya pun nilai dalam carta hati anda. Kan, kan, Kan? Haa... jadi kenapa marah marah ?

Anda seharusnya bersyukur. Kerana kalau saya tak mengajak anda bergembira, tentu-tentu saya tak sanggup nak susahkan anda bila saya bermasalah, kan? Teman gembira saya semuanya teman duka saya juga. Menangis saya rasanya menangislah mereka jua (rasa saya lah...). Berterima kasihlah anda kepada tuhan kerana anda bukan dalam lingkungan yang perlu menahan telinga bila sesi krisis melanda.

Dan bersyukurlah kerana anda tak perlu mendengar saya berdengkur bila saya terlelap lena ;)

.

itu bukan saya

Thursday, June 14, 2007

bukan.
website jual gamat emas itu bukan saya yang punya. saya tinggal di KL, bukan di Pulau Pinang.

Itu mesti laman web kepunyaan salah seorang saudara jauh (atau saudara yang saya tak tahu keujudannya kot) saya. Nama keluarga yang sama, kan... maka haruslah ada lebih dari 1 Azyze di Malaysia ini.

Saya yang tamak buat nama itu nama online saya.
Haha.

Jadi
ya. Saya bukan saudagar gamat. Saya saudagar kata.
Gittew...




"Hai sheikh, ana saudagar burung, bukan saudagar taik!
Alamak, ana sudah salah kedai lah!!"

Cuba teka cerita apa....

.
.

macam perasaan aku

walaupun saya tak suka gila dan benci dan menyampah dah benci dan benci dan benci dengan dia ni, tapi inilah dia ... kadang-kadang....saya rasa...

ah, biarlah....

doooo......nnnuuuttt......

Tuesday, June 12, 2007




"Weaseling out of things is important to learn. It's what separates us from the animals ... except the weasel."

How can you not love Homer?

bontot hitam tak sedarkah?

Monday, June 11, 2007

Selepas melahar dengan kawan-kawan. Minum teh o ais limau (kurang manis) di kedai berdekatan. Gelak tawa bersama rakan, sesi berborak ebok.

“Nuks, aku pasti ko takkan end up dengan orang Melayu. Kau memang takkan sesuai kalau kawen dengan orang Melayu. Tak romantik langsung. Aku yakin ko akan kawen dengan orang yang berjiwa taste black diva juga,” kata Ikzal.

Ini bukan kali pertama orang kata begitu pada saya.
Kawan-kawan di pejabat juga kata begitu. Kau takkan terlekat dengan mamat Melayu. “Tapi kalau jodoh macamana?” Tuhan takkan mendera kau dengan jodoh yang semacam itu.

Realitinya ini Malaysia. Tentulah peratusan saya untuk bersama orang Melayu cukup tinggi. Dan lelaki Melayu tidaklah buruk sangat perangainya. Bapa saya juga orang melayu. Saya sedar saya juga Melayu (walaupun garis bangsa nenek moyang saya bersimpang siur satu dunia).

Masalahnya, boleh kira dengan jari jumlah lelaki yang: i) suka dengar muzik kaum-kaum hitam macam Wyclef Jean, Mary J Blige, India Arie. ii) boleh terima perangai merepek tapi kadang-kadang matang iii) boleh menerima logik bahawa seorang wanita berpakaian eccentric kadang hiphop kadang ayu juga boleh jadi seorang pembaca Rumi dan sastera Melayu.

Dan dari jumlah lelaki sebegitu, ¾ selalunya berjiwa wanita (baca: tidak tulen bang…). Dan besar kemungkinan lagi ¼ itu samada mengunjungi tempat-tempat yang saya tak kunjungi (disko diski), atau bapak ayam, atau socialite yang mustahil bertembung jalan hidup dengan saya, atau sudah bahagia berkahwin dengan wanita cantik meletop.

Celaka.

Rasmi

Yah.


Setelah berabad tampil dengan rambut kerinting dasyat yang mengembang mengikut kadar kelembapan udara Malaysia (iaitu tak pernah menentu sukati dia je nak kembang ke nak kusut ke nak kuncup) saya akhirnya telah berjaya.

Berjaya menggonjengkan diri sendiri.

Rambut saya sekarang lebih senang di sikat sebab dah pendek ya amat.
Tapi ish, kembang tetap kembang.... Makin dasyat sebab bila dah pendek kerintingnya menjadi-jadi.

Whatever.
Biarlah buruk, saya tau kalau di blow-dry ia cukup retro. Mungkin.
Hahaha.

Sekarang ni belum tentu lagi samada saya mencintai rambut ini atau tidak. Tunggulah barang sehari-dua lagi. Nanti saya pikirkan.

Susah jugak jadi orang berambut umum ni. Macam macam nak dipertimbangkan - kalau kena angin jadi semak ke tidak, apa orang lain kata, logik tak kalau kena pergi meeting, nak kena pakai sepit ke tidak... Kata Kak Roz di pejabat, "Ah, pakai aje la tudung Ely. Kan senang. Selesai masalah rambut awak tu."

Ya, selesai memang selesai, tapi saya ragu kalau-kalau saya ni hangat-hangat tahi ayam. Macamana kalau saya pakai seminggu dua, lepas tu dah gatal nak buka? Saya paling anti kalau orang yang dilema tudung, kejap pakai kejap free hair kejap itu kejap ini. Saya dah berjanji dengan diri saya yang bila saya betul menyarung tudung di kepala, ia akan dilengkapi dengan wardrobe yang menutup aurat juga. Tak ketat, tak dedah, takde lengan pendek, tak ada atas pungggung segala. Biar lengkap bertutup, biar lunas janji saya dengan Allah. Tapi saya akan lakukannya bila saya betul-betul bersedia. Lebih baik begitu dari kejap nak pakai kejap tak nak. Macam drama keling.

Tapi berambut atau tidak, bertudung litup atau rambut menggerbang, ia tak harus mendefinisi diri kita. Ia mungkin tingkap untuk menjengah ke dalam hati seseorang, tapi ia juga mungkin hanya ekspresi diri dan kreativiti. Dari pengalaman seorang yang berambut nightmare sepanjang hidup, percayalah bila saya katakan, anda rugi besar jika anda menilai seseorang itu dari rambutnya. Apatah lagi bagi orang yang menilai saya. Sebab saya memang best sebenarnya. Hahaha.

I am not my hair. I am the soul that lives within. Ingat tu adik-adik.


P/s: Teringat rambut Nadh yang lurus gila. Jeles pulak hehe. Nadh, rambut ko best ah. Jangan gi perm tau! Sayang :)

Bergelimpangan

Thursday, June 07, 2007

Razak suka makan di kedai mamak. Pada dia, kari mamak cukup baeek, teh tarik mamak cukup kaw, mee goreng mamak cukup ummph. Kalau makan nasi berlauk ayam, nasinya berbumbun, ayamnya nah, besar sungguh tapi harganya tetap 4 ringgit. Kedai Melayu, huh, sudahlah ayam cenonet, banyak lalat pulak tu.

Walaupun harga air di kedai mamak naik mendadak, Razak tak bising. Dia tak kesah. Masakan mamak bagai sebati dengan jiwanya. Biar disuruh bayar berapa pun, tak pernah sekali Razak mengeji.

Satu hari Razak bawa kawannya makan di kedai mamak fevretnya. Dipesannya nasi, ayam madu, kambing masala dan papadum. Sampai makanan, dia pantas menjamah. Kawannya ragu-ragu nak makan kerana pernah dengar tentang cerita spender dalam kari.

Razak naik berang. Cis, celupar sungguh! Karut! Fitnah macam inilah yang buat bangsa Melayu dipandang serong!

Razak bangun dengan mulut yang masih nyup nyap mengunyah. Ditarik tangan rakannya ke dapur mamak. Mulutnya muncung menunjuk kawasan memasak yang agak bersih.

"Mamak, kasi tau dia, lu ada bubuh spender ka dalam ini kari?" tanya Razak. Beberapa butir nasi melompat dari mulut Razak ke lantai.

Mamak bermuka tenang memandang Razak dan kawannya. "Mana ada kici. Mana ada spender suma. Banyak kotor la itu macam. Kita tada pakai itu suma."

"Kan aku dah kata!" Razak bangga.

"Kita tada bubuh spender suma. Kita cuma bubuh biawak saja kasi ekstra bagus. Butul. Ini lu punya kawan banyak suka..bagussss...!" kata mamak sambil mengangkat jari ibu.

Bherllluuueeekkkkkkk!
Mata razak tersembul.


Razak kini tiap-tiap hari makan nasi kosong berulam cili. Sahaja.
Yang lain takut ada isi tersembunyi.
Gitu.
.

Kekasih gelap

"Kamu jangan cabar aku, Jah! Nanti naik penangan aku kat muka anak dara kamu ni!" pekik Pak Kasim sambil tangannya meramas rambut Liza, anak perempuannya.

"Sudahlah tu bang, sudahlah!" Mak Jah pantas berpaut pada lengan Pak Kasim. Cuba melerai genggaman besi suaminya.

"Dah tak ada lelaki Melayu ke, yang kau nak menggatal dengan tokeh sayur tu? Dia takkan berbini kau, sampai mati pun aku tak benarkan!"

"Abang! Abang!! Masyaallah!"

Pak Kasim menempelak Mak Jah. Kepala Liza disengguk sebelum ditolak kuat. Liza jatuh di tepi kabinet pinggan mangkuk. "Sekali lagi aku nampak kau main mata dengan Si Ah Kau tu, aku bunuh kau!"

----------------------------------------------------

"Liza! Liza! Masyaallah!!"

Mak Jah terjelepuk di lantai. Surat di tangan terlepas. Baris-baris kandungannya berpinar di matanya:

"Jah, abang dah tak tahan lagi. Kalau abang biarkan, mau mati Liza abang kerjakan. Abang dah buat keputusan, abang nak lari dengan Ah Kau ke London. Di sana kami boleh kahwin tanpa halangan. Abang pun takkan jeles lagi. Selamat tinggal."