Pages

Kenapa ramai tak kawen lagi?

Sunday, May 27, 2007

Dua minggu lalu saya mendapat panggilan dari seorang rakan. Dia wartawan di sebuah majalah santai. Katanya ingin cari sesiapa yang sudi menjadi bahan kajian untuk artikel yang bakal ditulisnya. Disebabkan saya seorang yang tersangatlah ebok, maka saya tanpa segan silu bersetuju untuk membantunya. Tanpa mengetahui topik yang ingin diteroka oleh rakan saya itu. Ha. Bodohnya.

Awal minggu ini rakan tersebut meninggalkan SMS yang dia terpaksa ke Jakarta atas liputan suatu acara yang tak dapat diketepikan. Katanya kami akan berurusan melalui telefon sahaja. Ah, lagi bagus. Tak perlulah saya berjumpa dengannya kalau-kalau soalannya mencabar kredibiliti saya sebagai seorang yang pantas berfikir dan tajam minda. Maklumlah, kalau sangap dah melanda, jangankan wartawan, adik saya pun malas nak menanti jawapan dari saya.

Semalam saya terima panggilan dari rakan saya. Dia suarakan hasrat untuk merakam perbualan kami, jadi saya minta dia hantarkan salinan rakaman pada saya. Ya, mahu juga dengar diri sendiri ditemubual. Ini kes starstruck dengan diri sendiri. Haha.

Anda tentu kagum dengan soalan yang ditanya. Saya lampirkan (Mak Lampir) soalan dan jawapan kerna walaupun saya sedikit malu untuk berbicara mengenainya (jawapan-jawapan saya), saya rasa saya perlu membenarkan anda mencabar minda anda.

Opp, sebelum anda membaca petikan rakaman tersebut, biar saya beritahu dahulu yang 3:8 dari jumlah orang yang menjawab soalan-soalan ini mempunyai jawapan lebih kurang sama dengan saya. So I'm not the only woman who thinks this way. Macamana la orang tak kata women are from Venus and men are from Mars, kan?(Tapi saya tak tahu pula jika mereka pun tak berpacar seperti saya.)


Dia : Berapa jumlah wang yang dihabiskan untuk alat solek dalam sebulan?
Saya : Oh, jarang berbelanja untuk mekap. Secara purata tak sampai RM50.00

Senaraikan barang-barang yang dibeli yang dibeli setiap bulan dan harganya.
Pelembap bibir,RM10.00.

Ha, itu sahaja?
Itu saja yang aku beli setiap bulan. Yang lain tu sekali sekala bila dah habis.

Memang tak pakai mekap ke?
Pakai, tapi minima. Dan cuma bila keluar. Kalau ke kerja cuma 2-1 compact, lip balm dan lip gloss. Aku tak pandai hias mata. Lagipun berkaca mata menyelamatkan aku dari perlu menghias mata.


(Pada masa ini saya tak tahu yang soalan-soalan tadi tak ada kena mengena dengan isi sebenar temuramah ini. Itu semuanya cuma warm-up questions kepada soalan-soalan sebenar.)


(Senyap seketika) Emm... penting tak solekan dalam perhubungan?
Er..soalan apa ini? Mungkin tidak.
Patutlah kau sampai sekarang tak punya kekasih.
(Celaka!) <-- dalam hati

Mengapa agaknya lelaki mementingkan rupa lebih dari peribadi pada perjumpaan pertama?
First Impression Rule.

Apa agaknya yang dilakukan oleh seorang lelaki apabila pertama kali berjumpa dengan seorang wanita?
Kata "Hi." Perkenalkan diri.
Salah. Dia akan pandang punggung atau dada dahulu.
Oh. (celaka betul)

Menurut sebuah kajian dari Stockholm baru-baru ini, perempuan cukup tidak suka diganggu bila PMS. Bila pula giliran lelaki?
Er...bila... er... bila dia stress di pejabat dan bergaduh dengan bos?
Salah. Bila pasukan bola dia kalah teruk.
Lah, bola pulak?
Patutlah kau tak ada kekasih.
Celaka...

Kalau dia duduk tak senang, kemudian sekejap-sekejap pandang pintu bilik, maksudnya apa?
Dia nak ajak tidur.
Salah. Dia tengah tunggu kau berhenti menonton drama dan masuk tidur sebab dia nak tengok perlawanan bola.

Kalau dia asyik merenung kau dan menjawab "Ah, takde pape" bila kau bertanya kenapa,apa maksud si dia?
Dia berkhayal pasal pasukan bolanya.
Salah. Dia nak menggatal dengan kau tapi malu nak menyatakan hasratnya.
Pssfft.


Kalau dia beriya-iya nak menghantar kau pulang dari pejabat, apa maknanya?
Dia nak menggatal?
Salah. Dia berbudi dan tak sanggup tengok kau tunggu bas atau naik LRT.

Kalau dia-
Nanti, nanti. Semua soalan kau ni macam soalan perangkap je. Kau buat interbiu apa ini sebenarnya?
Er… sebab mengapa ramai wanita belum berkahwin.
Saya : Jadi ko akan landaskan artikel kau melalui interbiu dengan aku ini?
Antaranya.
Kau tak timbang-tara sebab lain?

Contohnya?
Ramai wanita tak kahwin kerana tiada lelaki yang budiman lagi? Sebab at the end of the day, lelaki walau separa-budiman, tetap pulang pada ideologi nikmat fizikal juga? Sebab ramai lelaki takut nak berpacar dengan wanita yang berjaya, yang jauh lebih pandai, atau yang jadi bos di syarikat-syarikat besar?

Banyak juga lelaki yang berjaya, kaya, pandai tapi perempuan mahu juga.
Ah, kalau lelaki kaya berkahwin wanita muda, kau kata “Untung perempuan itu, dapat laki kaya.” Kalau tak kahwin tapi gatal tidur haram sana sini, itu dinama tuntut jiwa. Biar orang tak suka tapi dimaafkan juga. Wanita? Tak buat begitu, sebab tu lah ramai jadi andartu.

Ahh…mana ada. Aku takkan buat begitu, aku takkan kata begitu. Wanita dan lelaki sama-sama ada nafsu apa…
Cuba kau bayangkan aku. Di umur 40an bercinta dengan lelaki muda, takkah kau kata aku bela anak ikan?
Er…ya.
Kalau wanita dikata dosa, kalau lelaki, miang saja.


Kau cuba tolak isu ni dengan minda feminis kau.
Gila, aku bukan feminis, jauh sekali. Aku sekadar mahu kau berdiri atas tiang-tiang yang kukuhnya benar. Jangan menulis cerucuk yang bakal tusuk kaki sendiri satu hari nanti. Kau bukan kebal dari ‘surat pembaca’.

Itu tak memangkah fakta yang kau sememangnya tak mengerti minda lelaki.
Okay, itu betul. Aku kurang faham agaknya orang gila bola. Tapi apa ini buat kau rasa superior?
Well, not as pathetic lah, I guess.
Jadi biar aku pula tanya kau satu soalan. Katakanlah girlfriend kau- oh, maaf. Kau tak ada girlfriend!



Rakaman seterusnya berbunyi keriuk keriuk. Lepas itu statik. Kata kawan saya dalam emelnya, rekordernya rosak. Okay, saya terima alasannya. Itu tak bermaksud saya lupa perbualan selebihnya. Cukuplah saya katakan di sini, ada orang menuam lebam di egonya sambil berlatar kota Jakarta. Hehe.

P/s: Berita terkini. “Bos aku kata gugurkan artikel ini. Dia nak aku menulis pasal mat rempit yang pulang dari Kutub tu.”

Sebenarnya bosnya rejek artikel sebab banyak fakta bercanggah. Sebab bosnya sendiri memang feminis, kan?

.
.

2 comments:

mas said...

wahhahahah bes bes! lenkali aku pun nak diinterview jugak... 'bukan feminis tp kenyataan...' :D

azyze gomez said...

okeh okeh aku usulkan nama ko pulak lepas ni. tapi tajuk ape aku tatau... blasah je la hehe

weh, ko delete blog ko ke?
huhu sedeh la takde 'mata intipan' into your life lagi

;p