Pages

random memories #3

Thursday, May 31, 2007

Saya : Nadh, ko tak boring ke makan megi?
Nadh : Manade. Exciting la makan megi sambil tengok Futurama dalam bilik kita ni. Lebih baik dari kita tak makan apa-apa.
Saya : Ala, tapi balik-balik Megi. Dahla megi kosong je nih. Telur dah abes, sayur takde.
(sebenarnya kami berdua malas nak turun ke kedai mamak di tengah malam)

Nadh ; Kejap, aku bagi exciting...

Nadh keluar dari bilik. Menuju ke dapur. Entah apa yang diselongkarnya pun tak tau.

Nadh : Nih, 100plus.
Saya : Dengan megi? Bluekk. It doesn't help the taste of my Magi la Nadh.
Nadh : Kejap, aku tak abes cakap lagi. Nih...

Tangan Nadh mencapai plastik di tepi totonya. Dikeluarkan sebiji Manggis. Kulit dikopek dan keplupp!! satu persatu ulas manggis dibubuh ke dalam bekas meginya.

Nadh : Weh, sedap la. Nak try?

Nadh memang ajaib.

Random Memories #2

Lokasi - Tepi pagar, Apartment Perdana, Sek 13 Shah Alam
Waktu - Lebih kurang jam 8 malam.
Tarikh - 2-3 minggu selepas Raya tahun 2002.
Siapa - Saya, Mazhadi Fikri, Liza Jaafar & Ogy Rauf

Saya : Hi Adi. Selamat Hari Raya.
Adi : Ye, ye, Salam Aidilfitri untuk ko.
Liza & Ogy: (pura-pura gedik) Adi, selamat hari raya!!!!
Adi : Ye la, selamat raya.

(Adi beri saya buku teks senior yang dijanjikan. Saya bayar cash pada Adi.)

Liza : (sambil pintal rambut) Adi...bagi la duit raya kat kitorang....
Ogy : Ak ah...Adi... ko tua banyak dari kitorang ni..

(Adi buat dek je kat diorang. Saya tukar-tukar nota dengan Adi)

Liza : Ala bolehlah Adi..
Ogy: Bolehlah....

Adi : (dengan muka paling selamba dan toya) Kalau nak duit raya, pegi mintak dengan Amyzaddin Haji Raya.


Dengan itu Adi melangkah ke motor hikmatnya dan ia berlalu terbang ke langit.

Saya, Liza dan Ogy terjelepuk di tepi jalan. Malam itu kami tak dapat tidur mengenangkan lawak Adi.



p/s: Ah, mungkin budak mass comm UITM saja yang faham lawak ini.

MOCHA??

Monday, May 28, 2007

Masa saya kecil dulu, jarang benar kami sekeluarga makan di luar. Kami bukan orang senang, jadi aksi 'makan di kedai' itu semacam membazir sahaja, apatah lagi mak saya tukang masak yang handal. (Jika tidak taklah saya gemuk begini haha). Selang beberapa bulan, mak & bapak akan bawa kami makan di restoran paling diminati budak-budak zaman 80/90an - KFC. Zaman itu tak ada Mekdonel, kalau adapun mungkin di tengah bandar saja. Jadi peha dan kepak ayam-ayam belaan Kolonel berjanggut putih itulah yang jadi pingin kami.

Bila saya dapat biasiswa di Universiti, mak dan bapak nampaknya dapat bernafas sedikit. Adik-adik saya mula dapat benda-benda yang saya cuma mimpikan. Alhamdulillah, rezeki mak bapak murah, mereka kemudian dinaikkan pangkat. Dari 4-5 kali setahun, kami sekarang dibelanja mak & bapak setiap awal bulan. Saya tetap rasa membazir - adik lelaki saya memang tak pernah nak makan kat rumah pun (dah kena air spender mamak agaknya), saya seharian di pejabat dah muak makan cafe, dan bapak pun lebih suka makan di rumah. Tapi kata mak dan bapak "Biarlah you all dapat rasa apa yang we all tak dapat." Mak dan bapa saya berasal dari keluarga yang lebih susah.

Dua perenggan di atas bukan subjek cerita sebenar saya.

Sabtu lalu, mak dan bapak bawa saya, Eze dan Am ke Kunang-Kunang di Gombak. Cantik tempatnya. Tengok menunya pun orait. Sibuk memilih minuman dan hidangan utama, saya terasa gatal nak pesan air orang Itali (kononnya).

"Dik, Mocha satu."

Budak berbaju hitam dengan tag 'trainee' terkebil-kebil. "Ah..apa kak?"

"Mocha satu," ulang saya lantas membelek menu makanan.

"Er..." Muka budak trainee itu kelat, keliru. Macam orang sorok kentut tapi terberak dalam seluar.

Eze mengangkat kening. "Kenapa Dik? Takde ke?"

Budak tu masih gugup. Dipandangnya Eze dan mak yang bertudung litup. Dipandang bapa saya yang walau tak berkopiah, nampak la juga ciri-ciri lelaki budiman. Dipandang Am yang macam bonzer tengah break, dan matanya kembali pada saya yang walau tak bertudung, tertutup jugalah pakaiannya.

Badannya macam menggeletar sedikit. Saya perasan halkumnya naik turun menelan air liur. Wajahnya macam pucat sedikit. "Er.. kak... Kat sini, er.. kat sini tak ada jual Vodka. Kami jual yang halal-halal sahaja..."

*bayangkan bunyi cngkerik di hening malam pada masa ini*

Berdekah-dekah kami ketawa!

"Adik, akak kata M.O.C.H.A. Mocha. Air kopi campur coklat tu... bukan Vodka," saya mengesat air mata yang meleleh keluar.

Puhh! Terus muka dia bertukar lega. Minta maaf banyak kali. Orang lain akhirnya pesan air yang ringkas-ringkas saja, takut budak itu salah dengar lagi. Nanti pengsan pula anak orang.

"Kalau tidak ada, bagi saya Setan & Tonik," Eze mencelah, menggenggam perut.

"Kalau itu pun tak ada, kasi saya Iblis and Tonik. Get out, get outttt!!" saya membalas.


Vodka..hahaha! That's a classic, man!


Pengajaran: Nama pun orang Malaysia, minum ajalah air tempatan. "Tambi, air suam on the rocks unne!"

Kenapa ramai tak kawen lagi?

Sunday, May 27, 2007

Dua minggu lalu saya mendapat panggilan dari seorang rakan. Dia wartawan di sebuah majalah santai. Katanya ingin cari sesiapa yang sudi menjadi bahan kajian untuk artikel yang bakal ditulisnya. Disebabkan saya seorang yang tersangatlah ebok, maka saya tanpa segan silu bersetuju untuk membantunya. Tanpa mengetahui topik yang ingin diteroka oleh rakan saya itu. Ha. Bodohnya.

Awal minggu ini rakan tersebut meninggalkan SMS yang dia terpaksa ke Jakarta atas liputan suatu acara yang tak dapat diketepikan. Katanya kami akan berurusan melalui telefon sahaja. Ah, lagi bagus. Tak perlulah saya berjumpa dengannya kalau-kalau soalannya mencabar kredibiliti saya sebagai seorang yang pantas berfikir dan tajam minda. Maklumlah, kalau sangap dah melanda, jangankan wartawan, adik saya pun malas nak menanti jawapan dari saya.

Semalam saya terima panggilan dari rakan saya. Dia suarakan hasrat untuk merakam perbualan kami, jadi saya minta dia hantarkan salinan rakaman pada saya. Ya, mahu juga dengar diri sendiri ditemubual. Ini kes starstruck dengan diri sendiri. Haha.

Anda tentu kagum dengan soalan yang ditanya. Saya lampirkan (Mak Lampir) soalan dan jawapan kerna walaupun saya sedikit malu untuk berbicara mengenainya (jawapan-jawapan saya), saya rasa saya perlu membenarkan anda mencabar minda anda.

Opp, sebelum anda membaca petikan rakaman tersebut, biar saya beritahu dahulu yang 3:8 dari jumlah orang yang menjawab soalan-soalan ini mempunyai jawapan lebih kurang sama dengan saya. So I'm not the only woman who thinks this way. Macamana la orang tak kata women are from Venus and men are from Mars, kan?(Tapi saya tak tahu pula jika mereka pun tak berpacar seperti saya.)


Dia : Berapa jumlah wang yang dihabiskan untuk alat solek dalam sebulan?
Saya : Oh, jarang berbelanja untuk mekap. Secara purata tak sampai RM50.00

Senaraikan barang-barang yang dibeli yang dibeli setiap bulan dan harganya.
Pelembap bibir,RM10.00.

Ha, itu sahaja?
Itu saja yang aku beli setiap bulan. Yang lain tu sekali sekala bila dah habis.

Memang tak pakai mekap ke?
Pakai, tapi minima. Dan cuma bila keluar. Kalau ke kerja cuma 2-1 compact, lip balm dan lip gloss. Aku tak pandai hias mata. Lagipun berkaca mata menyelamatkan aku dari perlu menghias mata.


(Pada masa ini saya tak tahu yang soalan-soalan tadi tak ada kena mengena dengan isi sebenar temuramah ini. Itu semuanya cuma warm-up questions kepada soalan-soalan sebenar.)


(Senyap seketika) Emm... penting tak solekan dalam perhubungan?
Er..soalan apa ini? Mungkin tidak.
Patutlah kau sampai sekarang tak punya kekasih.
(Celaka!) <-- dalam hati

Mengapa agaknya lelaki mementingkan rupa lebih dari peribadi pada perjumpaan pertama?
First Impression Rule.

Apa agaknya yang dilakukan oleh seorang lelaki apabila pertama kali berjumpa dengan seorang wanita?
Kata "Hi." Perkenalkan diri.
Salah. Dia akan pandang punggung atau dada dahulu.
Oh. (celaka betul)

Menurut sebuah kajian dari Stockholm baru-baru ini, perempuan cukup tidak suka diganggu bila PMS. Bila pula giliran lelaki?
Er...bila... er... bila dia stress di pejabat dan bergaduh dengan bos?
Salah. Bila pasukan bola dia kalah teruk.
Lah, bola pulak?
Patutlah kau tak ada kekasih.
Celaka...

Kalau dia duduk tak senang, kemudian sekejap-sekejap pandang pintu bilik, maksudnya apa?
Dia nak ajak tidur.
Salah. Dia tengah tunggu kau berhenti menonton drama dan masuk tidur sebab dia nak tengok perlawanan bola.

Kalau dia asyik merenung kau dan menjawab "Ah, takde pape" bila kau bertanya kenapa,apa maksud si dia?
Dia berkhayal pasal pasukan bolanya.
Salah. Dia nak menggatal dengan kau tapi malu nak menyatakan hasratnya.
Pssfft.


Kalau dia beriya-iya nak menghantar kau pulang dari pejabat, apa maknanya?
Dia nak menggatal?
Salah. Dia berbudi dan tak sanggup tengok kau tunggu bas atau naik LRT.

Kalau dia-
Nanti, nanti. Semua soalan kau ni macam soalan perangkap je. Kau buat interbiu apa ini sebenarnya?
Er… sebab mengapa ramai wanita belum berkahwin.
Saya : Jadi ko akan landaskan artikel kau melalui interbiu dengan aku ini?
Antaranya.
Kau tak timbang-tara sebab lain?

Contohnya?
Ramai wanita tak kahwin kerana tiada lelaki yang budiman lagi? Sebab at the end of the day, lelaki walau separa-budiman, tetap pulang pada ideologi nikmat fizikal juga? Sebab ramai lelaki takut nak berpacar dengan wanita yang berjaya, yang jauh lebih pandai, atau yang jadi bos di syarikat-syarikat besar?

Banyak juga lelaki yang berjaya, kaya, pandai tapi perempuan mahu juga.
Ah, kalau lelaki kaya berkahwin wanita muda, kau kata “Untung perempuan itu, dapat laki kaya.” Kalau tak kahwin tapi gatal tidur haram sana sini, itu dinama tuntut jiwa. Biar orang tak suka tapi dimaafkan juga. Wanita? Tak buat begitu, sebab tu lah ramai jadi andartu.

Ahh…mana ada. Aku takkan buat begitu, aku takkan kata begitu. Wanita dan lelaki sama-sama ada nafsu apa…
Cuba kau bayangkan aku. Di umur 40an bercinta dengan lelaki muda, takkah kau kata aku bela anak ikan?
Er…ya.
Kalau wanita dikata dosa, kalau lelaki, miang saja.


Kau cuba tolak isu ni dengan minda feminis kau.
Gila, aku bukan feminis, jauh sekali. Aku sekadar mahu kau berdiri atas tiang-tiang yang kukuhnya benar. Jangan menulis cerucuk yang bakal tusuk kaki sendiri satu hari nanti. Kau bukan kebal dari ‘surat pembaca’.

Itu tak memangkah fakta yang kau sememangnya tak mengerti minda lelaki.
Okay, itu betul. Aku kurang faham agaknya orang gila bola. Tapi apa ini buat kau rasa superior?
Well, not as pathetic lah, I guess.
Jadi biar aku pula tanya kau satu soalan. Katakanlah girlfriend kau- oh, maaf. Kau tak ada girlfriend!



Rakaman seterusnya berbunyi keriuk keriuk. Lepas itu statik. Kata kawan saya dalam emelnya, rekordernya rosak. Okay, saya terima alasannya. Itu tak bermaksud saya lupa perbualan selebihnya. Cukuplah saya katakan di sini, ada orang menuam lebam di egonya sambil berlatar kota Jakarta. Hehe.

P/s: Berita terkini. “Bos aku kata gugurkan artikel ini. Dia nak aku menulis pasal mat rempit yang pulang dari Kutub tu.”

Sebenarnya bosnya rejek artikel sebab banyak fakta bercanggah. Sebab bosnya sendiri memang feminis, kan?

.
.

sj ;fhtuovbty;o vmhqzsdpfxd,

Friday, May 25, 2007

Maaf, posting ini akan penuh dengan carutan. Kalau sensitif sila klik blog lain.


Babi babi babi babi
Babi babi babi babi
Cibai cibai cibai cibai
Babi babi babi babi
Babi babi babi babi

Hari ini memang hari bangang. Bangang. bangang.

Saya ingatkan saya dah bersedia. Saya ingatkan saya boleh tahan. Tapi tidak. Saya tewas juga pada emosi.

Hari ini syarikat saya buat penyerahan VSS kepada mereka yang telah dipilih untuk skim tersebut (Voluntary Separation Scheme adalah nama skim pampasan bila terpaksa berhentikan orang dari syarikat). Bos saya yang dari dulu dah dapat rasakan yang dia akan dapat memang tak sabar. Senior saya pun dah nekad nak pergi, maklumlah duit yang dapat nanti berkepok-kepok. Saya tau saya akan sedih, tapi sebab mereka gembira sangat, maka saya ingat saya boleh berlakon watak wanita hati batu sambil gelak HAHAHAHA bersama mereka.

Huh... haram.

Bila mereka dipanggil oleh HR, saya keraskan hati. Bila mereka turun dari tingkat atas sambil terlompat-lompat kegembiraan, saya ucap tahniah dan berpelukan dengan muka acuan The Joker. Tapi tiba-tiba rakan baik saya, Tini dipanggil. Hah?! Bukankah Tini tak kena VSS? Kankah bos dia terlalu dependant on her dan memang akan mati tanpa dia (sebab dia kuli buat semua benda)?

Saya berdebar. Apa reaksi Tini? Yang lebih penting lagi, bolehkah saya tahan perasaan? Ish, mesti boleh punya. Kalau bos dan senior yang kamceng itu pun saya boleh berjaya gumbira, tentu Tini pun boleh.

Saya kebetulan berdiri betul-betul depan pintu masuk department kreatif. Sedang rancak berbual dengan seorang lagi Art Director yang diVSS. Tini masuk, dan terus meluru ke arah saya. Kami berpelukan. Dia menangis. Ya, menangis yang benar-benar menangis betul. Mulutnya tak henti berkata "Aku tak expect, aku tak expect Ely. Aku tak expect. Aku tak expect..."

Saat itulah air mata saya mencurah keluar. Tak boleh berhenti.
Tini menangis lagi. Semua orang di department saya terbeliak mulut ternganga. Memang kami tak sangka Tini kena.
Tini menangis lagi.
Saya menangis juga.
Akhirnya saya lepaskan dia dan lari keluar.
Saya tahu orang lain boleh peluk dan tenangkan Tini, tapi saya mungkin menangis macam Aci hilang laki kalau saya terus di situ.

Kawan apakah saya ini? Lari di saat diperlukan? Mungkin Tini mahu saya disitu. Mungkin dia tak dapat menanggung beban atas bahunya sendiri. Tapi tidaaakkkk... saya berambus macam bachulan.

Babi.
Bodoh.
Bangang.


Kenapalah tuhan duga saya sebegini?
Semua - ya, semua rakan-rakan yang di VSS semuanya kawan-kawan gembira saya. Yang buat hidup saya ceria. Yang jadi pemangkin seharian. Yang boleh bicara tanpa sekatan. Yang boleh main pijak-pijak kaki, gelak sama-sama sambil tonton Youtube, kongsi DVD dan CD, pergi ke kelas Yoga bersama, keluar makan tengahari di Nasi Ayam Supermarket Jaya. Bila stress boleh sama-sama mengumpat bos, datang hujung minggu ke ofis buat kerja, tangkap gambar-gambar cacat otak, menyanyi kuat-kuat bersama...

Memang macam cibai la hari ini.
Saya cuma punya 1 bulan sahaja lagi dengan mereka. Satu bulan sahaja.
Bagaimana saya nak lalui kesemuanya? Bagaimana saya-


Saya nak pergi menangis dalam bilik air.

:,(

.
.
.

Pindah rumah

Thursday, May 24, 2007

Jika anda pembaca setia blog saya (ade ke pembaca setia?!), anda tentu tahu tentang blog asal saya di Mindsay. Blog bertanah hitam dengan Gusti Putri & Hang Tuah sebagai kepala blog tu.

Dah lama saya tak menjengah ke mindsay. Bukan tak mahu, tapi komputer di pejabat tak cukup hebat untuk buka blog tersebut (Sebenarnya software edisi zaman batu). Jumlah saya ke CC dalam tempoh 2 tahun ini pula boleh dikira dengan jari. Maklumlah, semuanya ada di pejabat. CPU di rumah pula dah dijahanamkan oleh adik saya yang jinx barangan elektrik.

Rindulah dengan entri-entri lama di rumah lama saya itu. Dari posting pertama saya yang entah apa-apa, hinggalah yang terakhir, yang saya tulis dengan malas. Lepas itu saya dah tinggalkan 'kapal'. Rasa bersalah menerpa saya tiap kali teringat rumah lama saya tu. Semacam kacang lupakan kulit. Seseorang yang bagai lupa saat dia mula mencari siapa dirinya yang sebenar, saat dia berubah dari seorang gadis menjadi seorang wanita (walau sebenarnya ayat ini tidak punya kesahihan, sila buat penilaian sendiri).

Saya rasa macam nak angkut semua entri dari Mindsay dan letakkan di sini. Biar anda tengok evolusi saya.
Yang lebih penting, ia jadi reminder agar saya tidak lupa siapa saya yang dahulu.


Selamat malam.

Eggman, walrus, goo goo g'joob

Tuesday, May 22, 2007

I am in the mood for some jumping
Running in streams with only my knickers on
Wiping stained glasses in cathredals
Licking popsicles and crass

I wanna put the black back in Michael Jackson
I wanna paint the town with a mixture of orgasmic sphere
I wanna break fast with Mrs. Robinson
And for the benefit of Mr Kite
Crawl on the ceiling and eat marmite

Shitting philshing glitzy mitzy
Rip those wrinkles off your auntie
Burn some polly crackers and crap
Dress like a drag queen in male mishap

Let me rig my monitors up
Binge on Howard Stern with birthing stirrups
Make giraffa camelopardalis quack
Grip the tip of jet propeller
I don't want fries they give me the jitters

Stop drop kaboom
Make me your heirloom
Pass me on to the captain
And disco dance
Jimbo jam
Thank you ma'am.

Bukan Diriku

Wednesday, May 09, 2007

Saya terima satu emel yang sungguh panjang dari Firhan minggu lepas. Ia mencetuskan balasan emel yang cukup mengganggu minda antara kami. Akhirnya kami dapat berterus terang dengan nyata. Sesudah berbulan kami pura-pura 'berkawan', akhirnya dia meluahkan apa yang saya harapkan...atau mungkin lebih tepat lagi, apa yang pernah saya harapkan berbulan lalu.

Ya, memang dia menyimpan perasaan pada saya.

Ya, dia juga rasa luarbiasa bila kami bagai dicipta dengan rasa, jiwa, minda yang sama.

Ya, ucapan selamat tinggal sebelum dia berangkat ke luar negar sememangnya cukup sukar.

Dan ya, bukan saya seorang yang mengalirkan airmata.


Cukup sukar untuk saya membalas emelnya. Kalaulah semuanya dinyatakan sebelum dia berlepas...mungkin keadaan berbeza. Sekarang, selepas payah saya memujuk hati untuk menutup pintu kesal, selepas puas saya memupuk harapan cinta di masa hadapan, dia datang dan kusutkan semuanya begitu saja. Siapa jangka dia akan buat pengakuan sebegitu? Bagai badai dia datang menderu tanpa sebarang tanda.

Saya tahu dia sedikit kesal bila saya jujur menyatakan yang saya tak mungkin dapat lalui satu lagi kekecewaan serius. Saya masih amatur dalam soal hati, dan renyuknya susah nak saya luruskan. Hati saya bak hati dalam lagu cinta. Hempas ke batu, pecah seribu. Nak membilang, mencantum semula mungkin makan masa yang cukup lama. Dan kalau ada serpihan yang hilang?

Saya bukan jual mahal. Saya sedar siapa diri saya. Firhan satu-satunya lelaki yang saya rasakan menilai diri saya seadanya saya, bukan pada rambut saya yang kerintingnya kusut, atau rupa yang tak seberapa. Dia memang macam harta berharga - susah nak cari di dunia. Tapi kebarangkalian untuk hubungan ini berjaya macam satu dalam sejuta.

Kalaupun saya beriya menyambut dia, so? What's next? Mengiyakan kata hati bukan bermakna kami rasmi menadah cinta. Saya mengaku, dia mengaku. Maka? Dimana nak dicampakkan bekas kekasihnya yang setiap hari gigih menelefon dari Malaysia, menuntut cinta yang terhenti? Kalaupun hari ini kata ya, hari esok? Dua tahun adalah jangkamasa yang cukup lama. Dua tahun dapat merubah jiwa. Dua tahun dapat meruntuh bahagia yang kita idamkan dengan secengkam takdir dengan begitu sahaja.

Susah nak saya bentangkan satu persatu. Cukuplah saya katakan yang faktor jarak, keluarga, persepsi orang sekeliling dan cita-cita menghalang segalanya dari bercambah.

Saya yakin akan datang seorang yang bakal bawa sakti dalam hidupnya. Wanita itu pasti lebih cantik, lebih manis, lebih jelita dari saya. Lebih dari itu, saya doakan yang dia punya hati yang lebih baik dari saya. Saya doakan agar mereka saling memahami dan menerima diri masing-masing. Lebih dari apa yang saya dan Firhan kongsi bersama.

Pada masa itu Firhan akan gembira. Hatinya akan cukup sembuh untuk meneroka hidup dengan kekasihnya. Dia akan, dengan relanya, lupakan saya.

And when the time comes, I'll be okay.
It might take some time
It might take forever
But I'll survive this.

This too shall pass.

Insyaallah.

'

Fillin The Emptiness

Wednesday, May 02, 2007

Oh god, so many things to do in such a short time.
I will be back, I promise, but it'll have to be after this whole macabre ends.
In the meantime, here's something that I did a couple of days back, but never got to posting it.

Swiped from Average Jane

You Can Dance With Me: A Meme of Musical Proportions

Of all the bands and artists in your collection, of which one do you own the most albums?
Aerosmith. Then the Beatles.

What was the last song you listened to?
My Love by JT feat TI

What’s in your CD player right now?
Dreamgirls Ost

What are your favorite instruments?
I can only play the guitar (barely, that is) so I'd have to say guitar. If generally, piano. Definately piano.

Who’s your favorite local artist/band?
Currently it's Anuar Zain

What was the last show you attended?
Oh my, I live and breathe work nowadays, except for some mad dash shoe shopping. I can't really remember. Some gig back in December, I think.

What was the greatest show you’ve ever been to?
Ayo, lame lah my answer. Pathetic even --> Tak ada.

What’s the worst band you’ve ever seen in concert?
Er..Konsert Akademi Fantasia 5?

What band do you love musically but hate the members of?
Guns n' Roses

What is the most musically involved you have ever been?
I write lyrics and stuff, and sing. Nothing serious though, so I can't really say how 'involved' I am. My musical journey's highs (so far) was going on TV for some singing competition. That was like, mad. After the glamour washes off, the aftertaste wasn't that sweet anymore.

What show are you looking forward to?
I heard that John Legend might test the waters in Asia, and as we all know, Asia's testing port is Malaysia. Can't wait!

What is your favorite band shirt?
I have this really really cool Metallica concert t-shirt back when I was in high school. Loved it soooo much i wore it everywhere. Koyak rabak pun pakai, sampai la hancur.

What musician would you like to hang out with for a day?
I'd love to lepak with Aerosmith, but I think I'll bore them. So maybe Jamie Cullum.

What musician would you like to be in love with you for a day?
This might sound gross to some people, but Steven Tyler. NO, really. Or John Legend.

What was your last musical "phase" before you wised up?
I think I was into alternative music. Menjerit je kerja.

Sabbath or solo Ozzy?
Sabbath hands down.

Did you know that filling out this meme makes you a music geek?
I don't mind. I am a geek. Geeks are hot, btw ;p

What was the greatest decade for music?
Hmm... I'd have to say this one. We might tear our hair out at the thought of crappy stuff like "In love with a stripper", but we must admit that we have the best mixture of music now. everything is hip. All the other decades had one genre monopolizing the scene, but our current music state is a phletora of everything under the sun. Which is definitely cool.

What is your favorite movie soundtrack?
Oh, I have so many! Does musical count? Musicals - Moulin Rouge, Sound Of Music & Dreamgirls. Non-musicals - Shrek 2, One Fine Day, School Of Rock, 8 mile

Who is your favorite artist who is much better live than on a recording?
Elliot Yamin.

Do you have a hidden desire to be a popular musician?
It's so obvious It ain't hidden no more.

Have you ever used drugs to enhance the music experience?
Nooooo.... Belia benci dadah hehehehe

What was the last song you heard that gave you a chill?
All the songs from Bjork's Medulla album. Horror in a disc.

Where would you be without music?
Dead.