Pages

apa sebenarnya anda pada mereka?

Friday, April 06, 2007

Bayangkan anda seorang arkitek. Anda punya beberapa rakan lain yang sering berkerjasama dengan anda dalam membuat rekaan bangunan terbaik.

Bila tiba hari anugerah syarikat, pasukan anda menang anugerah untuk satu bangunan yang dibina. Tapi nama anda tidak disenaraikan. Apakah reaksi anda? Adakah mereka terlupa? Atau adakah mereka rasakan sumbangan anda tidak cukup bagus dan berbaloi?

Lepas itu, anda dapat tahu pula yang anda memang ada menang sesuatu, tapi untuk projek sampingan - katalah..sebagai pasukan pembentangan terbaik - anugerah yang tak punya banyak relevan dengan jawatan anda sebagai arkitek. Ada pula yang beritahu nama anda dicalonkan sebab ketua pasukan itu yang gilakan anugerah, bukannya sebab anda sangat berbakti.

Apa perasaan anda?
Mungkinkah anda sememangnya tak bagus dalam apa yang anda buat? Mungkinkah anda sebenarnya watak tempelan yang tangkap muat sahaja? Adakah itu klu yang menyatakan bahawa anda sebenarnya tak layak memegang jawatan arkitek? Adakah input anda terlalu kecil (maklumlah rekaan sahaja. Orang lain angkat bata, korek duit modal etc) hinggakan anda memang tak patut diberi acknowledgement?

Adakah anda sedih? Kecewa? Terkilan? Macam nak marah tapi keliru?


Itulah yang saya rasa sekarang ini.

2 comments:

sang diva said...

simpati saya kepada anda. tapi biasalah dalam dunia ini, lembu punya susu sapi yang dapat nama. sekarang ni sapi pun dah tak dapat nama, kilang keluar minyak sapi yang glamour.

jangan down, cuba dan cuba lagi. tekankan dalam hati, tanpa lakaran pena mekanikal dan ukuran serta rajah yang anda lukis itu, orang yang nak angkat bata tu pun tak ada kerja, orang yang nak pergi pinjam duit tu pun kena makan pasir.

azyze gomez said...

ya, ya...
thank you diva.

saya akan terus berusaha. janji saya buat bahagian saya dan saya bagi sebaik yang boleh.
hmm..