Pages

Quick Update

Thursday, February 08, 2007

Secara rasminya saya diberitahu yang telefon bimbit saya rosak diserang virus.
Habislah semua nombor telefon kawan-kawan dan kenalan semua.

Itulah susahnya kalau telefon kita jenis yang menyimpan nombor dalamnya. Dulu masa mula guna rasa payah sangat nak alihkan dari memori sim ke memori telefon. Susah-susah pun, alihkan juga kononnya untuk memudahkan pencarian nombor, komunikasi lebih cepat blablabla. Sekarang? Langsung hilang.

Mak aii...
Ada lebih 200 nombor yang hilang begitu sahaja.

Jadi, jika anda hantar sms / miscall saya dan saya tak balas tu, janganlah kecik hati. Saya tak kenal siapa anda sebenarnya.
Kalau anda rajin, hantar-hantarkanlah sms pada saya dengan nombor terbaru anda. Meh saya simpan dalam SIM saya.

No comments: