Pages

Comment box activated!

Thursday, February 22, 2007

Aiight!
You can now leave your comments under each topic / entry. It would make it easier to follow conversations and comments this way. It took me almost a year to get it done, but it's here, so use it accordingly. I've opened it to everyone so you don't have to have a blogger account to post comments. Easy, right?

So from now on, the shot-out box will go back to what it is - a shout-out box. Okie?

p/s: How come Omarion's Ice Box sounds soo good?

new skin is up!

Wednesday, February 21, 2007

Okay people, I have finally managed to change my skin.

However, I am not head over heels with this one. But it will do - until i find a darker, more sinister one to suit my soul ;)

I know a lot of you guys (dearest readers) have commented on the last layout (the orange ipod one), and for that I thank you.

Since my whole existence on planet earth revolves solely on the axis of pleasing random unknown stalkers like you all (bluekk), i guess it's only fair that I let you guys give it a shot at this one. The question is:

Which one do you prefer: the orange ipod skin or this skin?

I'll take all answers into account, and wichever skin with the most vote wins!
So start yapping your views people!

Comments link is still not working so please leave your answer at the shoutout / chat box.

till later, tata!

Maaf...dan memaafkan

Oh, dah lama benar saya tidak menulis di sini. Jenguk tu ada, tapi ya...semenjak dua menjak ini ruang untuk berjimba agak sempit. Syarikat saya nak lancarkan kempen global besar-besaran. PR pula desak berkoyan-koyan siaran akhbar disiapkan (aduh, tak fikirkah yang penulis pun ada komitmen utama dengan bahagian kreatif?). Itu belum kira kerja-kerja bukan mainstream yang perlu dilakukan serentak. Kalau ikutkan hati saya nak sahaja datang kerja pada cuti tahun baru cina. Tapi bila difikirkan balik...hadoi...masak aku kalau mula letak kerja atas diri sendiri. Nanti lama-lama orang ambil kesempatan pulak. Saya dah lihat pelbagai senario di mana pekerja yang gigih, rajin dan sentiasa mencapai sasaran kerja walaupun beban semakin bertambah, akhirnya jadi mangsa buli. Tambah gaji? Adalah seratus dua tapi beban kerja berganda-ganda. Akhirnya berhenti.

Maaflah kalau saya buat anda stres pagi-pagi (atu petang petang, terpulang jam anda membuang masa membaca blog ini). Let's move on to lighter things.



Tak menyesal saya membeli CD terbaru India.Arie, Testimony: Vol. 1, Life & Relationship. Kenapalah saya tidak beli kesemua albumnya dari awal? Puitis liriknya memang sesuai untuk halwa telinga saya. Saya rasa lagu ciptaannya semuanya bagai terus dari hati. Seperti yang dinyatakan di tajuk album, coretan India kali ini semuanya berkenaan dengan hidup dan perhubungan. Jatuh bangun cinta, perjalanan hidup dan perubahan pada diri dicatat dalam 15 lagu bersentuhan soul. Bagi anda yang sudah fasih dengan muzik India.Arie, anda pasti tahu yang dia bagai wakil suara semua perempuan / gadis yang sudah menjejak kedewasaan. Jika dua album terdahulu menceritakan kepayahan menjadi seorang perempuan, diskriminasi dari mata perempuan, dan pelbagai isu feminisme yang diluahkan dalam lagu-lagu 'lepak', album baru ini lain pulang padang permainannya.

Testimony: Vol. 1, Life & Relationship berlainan sedikit dari album sebelumnya kerana suara India kali ini adalah suara wanita matang. Saya tertarik dengan lirik-lirik yang mempamerkan kematangan prspektif India. Saya baru nak mencecah pertengahan 20-an, jadi saya rasa seolah India menyediakan saya untuk tahun-tahun mendatang dalam mengenali diri saya. Ia bagai bercerita kepada saya - hei, inilah liku yang kau bakal lalui, dan setiap yang kalu lalui itu akan berakhir dengan permulaan baru.

Album ini mengajar - tidak- ia mengajak pendengar untuk berani melalui segala yang datang dalam cinta dan hubungan kita. Paling penting, untuk tidak berputus asa dan tidak menyesali apa yang terjadi kerana setiap corak yang terlakar dari pengalaman membentuk siapa kita hari ini. Semua trials and errors are just what they are, trials and errors. Kita tak mungkin merubahnya, tapi kita bisa ambil pengajaran darinya.

Album ini juga pantas melaungkan tema kemaafan. Bagi setiap perasaan marah, gusar, sedih dan bimbang, pasti ada nota-nota kemaafan dan redha. Itulah yang paling berkesan - memaafkan segala yang berlaku dan redha dengan keputusanNya. Dari setiap hati yang remuk itu pasti ada kepingan yang boleh cantum dan cambah semula. Jadi kutiplah mana yang boleh jadi penerang jalan, dan sisipkan yang pahit kedalam memori agar kita tak lakukan kesilapan yang sama kelak.

Jika anda mencari peneman hati di kala anda kecewa, berputus hati atau bersedih, inilah album yang patut anda cari. Saya jain, sakit hati anda pasti terubat dengan cepat. Sekurangnya, ada insan di luar sana yang sudah maktubkan perasaan anda dalam lagu dan liriknya.

Ya, putus cinta memang pedih, tapi bak kata India.Arie:

And most of all that even in the darkest hour...This too shall pass.

Wednesday, February 14, 2007


Love
is so many things.
Love is sharing the solitude of mind
Love
should be mentally shagadelic.
Like tripping
minus the pills and cheap thrills.

Happy Valentines Day.

Mood jiwang

Friday, February 09, 2007

Call me soppy, call me sissy, call me a hopeless romantic

but I can't help it if tears slide down my cheeks whenever I watch that scene where he stands on the lawn, looking up to her balcony, singing

" I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh
And I can't sing
Findin it hard to do anything

And I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew whaat I'm going through
i just can't smile without you..."

Huwaaaaaaa!
Sapa nak mai nyanyi kat balkoni aku?

Alamak, aku takdak balkoni la! Cheh!

Quick Update

Thursday, February 08, 2007

Secara rasminya saya diberitahu yang telefon bimbit saya rosak diserang virus.
Habislah semua nombor telefon kawan-kawan dan kenalan semua.

Itulah susahnya kalau telefon kita jenis yang menyimpan nombor dalamnya. Dulu masa mula guna rasa payah sangat nak alihkan dari memori sim ke memori telefon. Susah-susah pun, alihkan juga kononnya untuk memudahkan pencarian nombor, komunikasi lebih cepat blablabla. Sekarang? Langsung hilang.

Mak aii...
Ada lebih 200 nombor yang hilang begitu sahaja.

Jadi, jika anda hantar sms / miscall saya dan saya tak balas tu, janganlah kecik hati. Saya tak kenal siapa anda sebenarnya.
Kalau anda rajin, hantar-hantarkanlah sms pada saya dengan nombor terbaru anda. Meh saya simpan dalam SIM saya.

Monday, February 05, 2007

Haih. Bila kita nak gunalah dia nak mati.
Beriya-iya saya chargekan baterinya. Ingatkan pasal bateri. Tapi tak mahu nyala-nyala juga. Bila dah berjaya menyala, dia tunjuk logo saja. Tak terus ke ruang menu. Aikk... Saya pun punggah keluar semuanya. Bateri, kad SIM, kad memori. Hampeh. Sama juga.

Nampaknya nak kena hantar servislah ni. Di kala saya perlu menelefon orang ramailah dia nak mati. Haih.

Tapi balik-balik mengeluh pun tak elok jugak. Maaf ya, anda pula tempat rungutan saya.

(Eh, tapi bukan ini blog saya ke? ;p)

Heartbeat

Saturday, February 03, 2007

I'm thankful for:

The warmth of the sun
monsoon breeze (storm)
jazz
postsecret.blogspot.com
tomyam goong
the beatles
open mike sessions
faith
sharing ideas
laughing together
witty remarks
brit comedy
instant noodles
cult movies
byron

the way my father's eye crinkles when he laughs at his own jokes
when my mom sobs and wipes her eyes while watching sappy hindi movies
my sisters' endless teenage whines
my lil brother's obsession with mullets

every new dawn
every heatbeat.

Thank you for defining my life.