Pages

tujuh, lapan...lapan lagi!

Saturday, January 06, 2007

Dulu kawan saya Shy sibuk merungut tentang bentuk badannya yang tak cukup terbentuk. Walaupun si tinggi lampai itu nampak a perfect 10 di mata kami, tapi dia masih ke pusat senaman. Selepas kelas di UiTM, dia pasti akan bergegas ke pusat senaman tersebut bagi mengikuti pelan senaman yang telah dipilih. Untuk menunjukkan lagi tahap dedikasinya, dia siap bubuh jadual hariannya di dalam kotak fail lutsinar yang dibawanya setiap hair ke kelas.

Sebagai ketua badut dan hu-ha kelas, tentunya saya tak jemu mengusik Shy. "shy, harini ade body shaping ke?" atau " So amacam kelas Sep Up ko, dah step up ke?" atau antara yang paling keji, memanggil Shy "Hi Body Shaping girl!" di kafeteria atau mna-mana kawasan umum. Walaupun saya yakin Shy tahu yang saya hanya mengusiknya, dia tetap tanpa segan silu blushing dan menepis ayat-ayat saya dengan "Ish, ko in. manade. Poyo jer."

Kini saya terbayang, adakah orang lain yang akan memperkotak-katikkan perasaan saya jika mereka tahu yang saya kini dah mula ke pusat senaman untuk menajga kesihatan saya? Hahaha. Nasib baik tak ramai yang tahu pasal blog ini. Dan nasib baik jugalah kawan-kawan yang tahu seuanya memberi sokongan jitu.

(mesti Shy bengang je kalau dia tahu. Dan ayatnya tentu "Haa, sekarang baru kau nak faham, kan?" Hehehehe.)

No comments: