Pages

Berfikir dengan lututkah?

Tuesday, January 30, 2007

Saudara P,

Saya sungguh tertarik dengan kata-kata kawan saya tentang andaian saudara mengenai hubungan peribadi saya yang telah saya kongsi di dalam blog ini tempohari. Ia mendetik saya untuk memberi sepatah dua maklumbalas.

Saudara,
Saya faham benar dengan andaian saudara. Sememangnya menjadi lumrah kebanyakan, manusia itu diukur dari rupa dan wajah sebelum rohaninya. Impak pertama tentunya dari rupa, dan jika rupa tidak setara mana, ia bagai memadam sebarang niat meneruskan perkenalan.

Tapi apakah mustahil kita mengenali seseorang itu semata berdasarkan minat, atau peribadi, atau sekadar kebetulan persekitaran? Apakah mustahil juga untuk seseorang itu memupuk minat terhadap sesuatu atau seseorang yang secara zahirnya tidak menarik?

Memang betul medula oblongata lelaki secara umumnya berfungsi meletakkan penilaian fizikal dahulu, kemudian barulah yang lainnya. Tapi apakah mustahil juga jika si dia tidak begitu? Dan apakah mustahil jika si dia meletakkan kepentingan rohaniah lebih dari kepentingan jasmaninya?

Saya berterima kasih kerana ditemukan dengan seseorang yang tidak menilai apa-apa atau sesiapa dengan paras rupa, tapi berani mengambil langkah untuk mengenali sesuatu atau seseorang sebelum membuat penilaian. Seseorang yang melihat dunia dan segala didalamnya secara positif. Seseorang yang menikmati hidupnya bagai pertama kali melalui segalanya. Someone who stops and smell the flowers - everyday.

Biar apapun niatnya, saya tidak ragu kerana dia jujur dengan keterbukaannya. Tidak seperti sesetengah orang (termasuk saudara?) yang menilai dengan mata, bukan dengan hati.


Saya tidak akan minta maaf jika saudara terasa dengan coretan saya ini. Siapa makan cili dia terasa pedas. Dan saya tidak rugi apa-apa. Saya tak rugi jika saudara terasa (sentap) dan tidak mahu cuba mengenali saya. Ironinya, saya tidak langsung menilai diri saudara berdasarkan fizikal saudara dan mempersoalkan kredibiliti saudara sebagai seorang kekasih / kawan, walaupun saudara tidaklah sehensem mana pun.

Bagi yang tiada kena mengena dengan wayang gambar ini, saya harap coretan saya akan membuatkan anda berhenti sejenak dan berfikir - adilkah andaian yang aku buat terhadap mereka di sekelilingku? Cukupkah aku mengenali mereka untuk menilai mereka sebegitu?

Akhir kata, ingatlah. Perbadi kita tidak diukur dari warna kulit kita, dari lemak di badan, dari kusut di rambut, dari koyak di kain, dari celak di mata, dari rentak di langkah. Teguhnya diri peribadi kita adalah pada jiwa, niat dan perlakuan kita. I am not my hair.

matilamak!

Monday, January 29, 2007

Oh!
Oh uols!
Uols!!! Dengarkan mak nak berkasidah!
Mak melonjak kegembiraan bagai di awang-awangan!
Bagai meniti sang pelangi yang indah memancar sehgenap dunia yang kelam dicelah kabus.... riang...mak menari bagai ratu dari kayangan...bagai puteri bunian ulik mayang gittew..

Oh!
Bulu roma mak masih tegak berdiri!
Bagai tak percaya!


Bersaksikan rembulan.... (lagu Iwan guttew...kelesss...)


uols!
uols!
mak telah berkongsi ruang
sepentas
bahu ke bahu
berkongsi mikrofon
bergoyang bersama

berdua dengan Amy Seach menyanyi Isabella

Lagenda rock pujaan mak akhirnya dapat mak ketemu
dekat pulak tu!
Siap dapat nyanyi bersama!
Oh Amy apa mimpi kau sudi berjimba dengan aku??!


Oh mak dah tak tahan....ohh....~~~~~
*pengsan*

Langsung tidak cliche

Monday, January 22, 2007

Kacak sungguh.

Itulah yang terdetik di hati saya bila lihat penyanyi pujaan hati saya beraksi dengan rambut palsu retro ala Londonized Swinging Sixties. Mula-mula pandang, teringat ketika beliau rancak mencanang lagu-lagu kemasyarakatan lewat 80-an dulu. Siapa tak ingat Bikin FIlem, Duit, Hati Emas? Macam abang tiket Bas No. 13 pun ada juga.

Saat Mawi jatuh tergeletis macam jentik-jentik di akhir lagu, adik saya Eze bersuara "Kak, apasal aku tengok lama-lama macam Imuda pulak?"

Hahaha!
Memang macam Budin Pi Mai Pi Mai Tang Tu!

AJL kali ini memang tidak mengecewakan. Mungkin kerna selalu sangat dikecewakan, maka saya berada di depan TV tanpa sebarang expectation langsung. Semuanya nampak okay di mata saya.

Persembahan peserta semuanya bagai betul merebut tempat (cuma agak kecewa melihat Elyana tidak agresif). Persembahan selingan pun nampak bersahaja dan masing-masing tidak terlalu mencuba untuk nampak Diva. Saya suka pembukaannya, dan saya suka selingan terakhir. Untung Quest diperkenalkan sebegitu. Untung juga Faizal dapat bawa lagu M.Nasir. Hmm... mengintai kontrak dari Luncai Emas agaknya...

Walaupun gabungan Azwan, Aznil & Ogy lebih 10 tahun lalu masih yang terbaik buat saya, Cheryl, Ally & Fara nampaknya dah menangkap momentum pengacaraan AJL. Bagus dan tahniah.

Yang paling saya suka adalah keputusan pemenang.
Memang bukan apa yang dianggap, apa yang diagak.

M.Nasir memang layak mengungguli Pop Rock dengan Juwita. Liriknya walau agak puitis, amatlah straight to the point. Melodinya baik dan sangat santai. Malang untuk Pretty Ugly kerana walau persembahan baik, tapi melodi lagu terlalu sama dengan Sunday Morning dari Maroon5. Elyana terlalu muda, dan Lagu Jiwa Lagu Cinta dah terlalu cliche jika memang. Hehe.

Saya juga gembira dengan kemenangan Warkah Buat Laila. Dari mula mendengar lagu tersebut tahun lalu saya rasakan yang ia bakal jadi runut bunyi yang istimewa. Zahid dah berjaya buktikan yang dia versatil. Mungkin lepas ini dia boleh brduet buat lagu Arab dengan Betty Bonafe.

Terlalu Istimewa menjadi pemecah dominasi lagu-lagu kontroversi AJL. Memang patut menggungguli Balada, memang patut menang Juara Lagu, dan vokal Adibah Noor sememangnya hebat! Maaf peminat Hazami, tahun ini bukan tahun Kak Mimi.


Terima Kasih pihak Juri yang tidak bias langsung.
Terima kasih penonton yang tidak jemu bersorak.
Terima kasih pengacara-pengacara kerana tidak poyo.
Dan terima kasih kepada tukang sponsor wig M.Nasir. Ai lef yu.

Post ke-200 : aku bukan rambutku

Thursday, January 18, 2007

First impressions.
Walaupun benar, saya membencinya. Mengapa kita perlu menilai seseorang dengan penampilannya? Rupa yang cantik tak bermakna hatinya molek. Wajah yang kusam tak bermakna hatinya padam. Apa yang kita lihat hanyalah luaran, jendela jiwa itu adalah pada tutur, pada peribadi, pada sinar mata.

Jangan timbang tara diri saya tanpa cuba kenal siapa saya.


I Am Not My Hair - India Arie

Little girl with the press and curl
Age eight I got a Jheri curl
Thirteen and I got a relaxer
I was a source of so much laughter
At fifteen when it all broke off
Eighteen and I went all natural
February two thousand and two
I went on and did
What I had to do
Because it was time to change my life
To become the women that I am inside
Ninety-seven dreadlock all gone
I looked in the mirror
For the first time and saw that HEY

I am not my hair
I am not this skin
I am not your expectations no
I am not my hair
I am not this skin
I am a soul that lives within

Good hair means curls and waves
Bad hair means you look like a slave
At the turn of the century
Its time for us to redefine who we be
You can shave it off
Like a South African beauty
Or get in on lock
Like Bob Marley
You can rock it straight
Like Oprah Winfrey
If its not what's on your head
Its what's underneath and say HEY....


Does the way I wear my hair make me a better person?
Does the way I wear my hair make me a better friend?
Does the way I wear my hair determine my integrity?
I am expressing my creativity..

Breast Cancer and Chemotherapy
Took away her crown and glory
She promised God if she was to survive
She would enjoy everyday of her life ooh
On national television
Her diamond eyes are sparkling
Bald headed like a full moon shining
Singing out to the whole wide world like Hey..

If I wanna shave it close
Or if I wanna rock locks
That don't take a bit away
From the soul that I got

If I wanna wear it braided
All down my back
I don't see what wrong with that

For nothing

Tuesday, January 09, 2007

Vague
It was all vague to me
My eyes were tinted with grey swirling dust
Stowing away the smallest breath of life
From my vein

And he shouted
"Oh"
Oh what poor steps we take
Point of my guns and barrels and grenades
Are we not people first before soldiers
Are we not human first before murderers of little children?"

I tried to look up to the heavens
For any kind of answer that would
Make me abide

But

All I see is
The red seed of our innocence
Flowing like blood across the sky of black
And the murmurs of the young and the lost
Vibrates through the kingdom

He runs
Straight ahead in the face of doom
It was for the country, he said
We are damned
But for the stripes and stars we stand
We fight
We lose
We die

For nothing


I couldn't see no more
Sands of requiem
Has beckoned me to the
Farthest pit of Armageddon


He falls to the ground
He's bloodied
He's torn
He's trampled

He stared at the face of death
He was damned
But for the stripes and stars he stood
He fought
He lost
He died

For nothing.


130107, 6.10pm
Petaling Jaya

tujuh, lapan...lapan lagi!

Saturday, January 06, 2007

Dulu kawan saya Shy sibuk merungut tentang bentuk badannya yang tak cukup terbentuk. Walaupun si tinggi lampai itu nampak a perfect 10 di mata kami, tapi dia masih ke pusat senaman. Selepas kelas di UiTM, dia pasti akan bergegas ke pusat senaman tersebut bagi mengikuti pelan senaman yang telah dipilih. Untuk menunjukkan lagi tahap dedikasinya, dia siap bubuh jadual hariannya di dalam kotak fail lutsinar yang dibawanya setiap hair ke kelas.

Sebagai ketua badut dan hu-ha kelas, tentunya saya tak jemu mengusik Shy. "shy, harini ade body shaping ke?" atau " So amacam kelas Sep Up ko, dah step up ke?" atau antara yang paling keji, memanggil Shy "Hi Body Shaping girl!" di kafeteria atau mna-mana kawasan umum. Walaupun saya yakin Shy tahu yang saya hanya mengusiknya, dia tetap tanpa segan silu blushing dan menepis ayat-ayat saya dengan "Ish, ko in. manade. Poyo jer."

Kini saya terbayang, adakah orang lain yang akan memperkotak-katikkan perasaan saya jika mereka tahu yang saya kini dah mula ke pusat senaman untuk menajga kesihatan saya? Hahaha. Nasib baik tak ramai yang tahu pasal blog ini. Dan nasib baik jugalah kawan-kawan yang tahu seuanya memberi sokongan jitu.

(mesti Shy bengang je kalau dia tahu. Dan ayatnya tentu "Haa, sekarang baru kau nak faham, kan?" Hehehehe.)