Pages

Inventori tahunan

Sunday, December 17, 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

Masa untuk inventori beg sudah tiba!

Setiap tahun, saya akan membuat pengiraan inventori ke atas barangan kepunyaan saya. Dah menjadi rutin tahunan saya untuk mengosongkan beg saya, senaraikan barang dalam beg, dan melihat kembali isi beg pada tahun lalu. Aktiviti yang bagus untuk sesi refleksi diri. Adakah saya telah berubah? Benda yang sama atau banyak benda baru?

Di atas kesetiaan anda semua membaca blog saya saban hari, saya akan benarkan anda melihat peribadi saya. Inilah satu-satunya peluang anda untuk mengenali saya dengan lebih dekat. Kata sebuah laman web pameran bagasi, "Isi beg seseorang itu bagai jendela mindanya."
Betul atau tidak, apa kata anda terus saja membaca.

Disember 2006:
1 Beg kulit lembut putih & gangsa

1 Kotak kaca mata - terpaksa bawa ke merata tempat sebab saya terlalu ganas untuk bergantung padang kantung spek semata-mata. Dan saya pantang kalau ada kesan jari atau apa-apa kotoran pada cermin.

1 Dompet fleur-de-lis hitam- kata kawan saya ia nampak macam pencilbox. Saya memang suka bawa segala benda, jadi purse saya semuanya memang agak bagak. Senang. Nak gambar? Ada. Nak kad? Ada. Duit sen pun boleh sumbat banyak-banyak.

2 inhaler asma - kenapa ada sampai 2 ni? Mungkin saya terambil inhaler yang saya simpan di pejabat. Haha rasa kiasu pulak.

1 pas bulanan lrt - saya kumpul dari pas pertama dibeli selepas belajar.

1 kad pekerja dengan lanyard - berat jugak nak pakai sebab ada pin-pin KGBC, pin red ribbon, pin WAO, pin zodiak, keychain gohan tamago, kunci loker dan pendrive lama. Fuh...banyak juga...

1 keychain Cookie Monster dengan gugus kunci

1 pemegang kad berwarna coklat - asalnya kotak letak rokok, tapi saya rasa ia improvasi yang agak baik. Kemas, elegan, ringkas.
1 handphone zaman batu (tapi saya sayang hehe)

1 iPod nano 4gig dalam stokin kotak-kotak - alamak, nampaknya sarung nano dah ala2 berdaki. Kena cuci ni...

1 pendrive - 1gig. Masuklah segalanya dalam ni.

1 Pen dakwat biru - Rasanya tahun lepas pen dakwat basah hitam. Itu lebih best, tapi yang ini pen tangkap muat.

1 EyeMo - mata sensitive. Penat tengok komputer. Penting ni.

2 pek Halls hitam - saya manusia makan mint. Dua tiub ni bukan tamak, tapi spare hehe!

1 tuala wanita - err... yang ini dah er koyak plastiknya dan sudahpun masuk ke dalam tong sampah. Maaf, barang-barang berenang2 dalam beg, jadi mudah koyak. Er.. hehe ':-z

1 plastik getah rambut hitam - penting. Saya tak boleh hidup kalau rambut diurai. Rasa macam rambut Tina Turner zaman Simply The Best. Bak kata Takuya Kimura dalam dorama Beautiful Life: "Wow...rambut bom."

1 cucuk sanggul plastik - Bila saya rasa malas nak melawa, saya sanggulkan aja rambut. Senang cerita.

1 sikat ungu - senang dan sangat berguna bila rambut tiba-tiba dalam mode 'singa'.

1 setengah pasang subang - Sememangnya saya punya banyak jewellery yang berterabur dalam beg. Selalunya banyak lagi. Kes tinggal sebelah tu dah jadi resmi.

1 bedak asas padat ZA - antara yang punya shade sesuai untuk saya. Susah sikit nak cari tona sepadan jadi saya guna ZA sahaja sekarang. Bobbi Brown? Ai kopaklah kalau macam tu.

1 uncang alat solek yang berisi:
1 maskara XXL Mabelline
1 penggaris mata Avon
1 pelembab bibir Avon
1 pembayang mata Chanel - desert rose
1 pemerah pipi mabelline
1 gloss bibir L'oreal
1 purse concentre Always dari Avon

Duit sen yang berterabur

Cebisan kertas - ada yang dah tak nampak tulisannya. Entah apa-apa saja...

1 buku - macam-macam genre, macam-macam jenis. Sastera Inggeris & Melayu, thriller, true crime, romance, drama, biografi, komik, penyiasatan, budaya, muzik. Buku resipi je belum lagi. Buat masa sekarang saya sedang membaca kisah jenayah benar tulisan Ann Rule. (bukan Anne Rice. Itu penulis The Vampire Chronicles.)

Photobucket - Video and Image Hosting

Jika teringin baca buku jenayah benar, saya syorkan anda baca The Stranger Beside Me oleh Ann Rule. Ia berkenaan Ted Bundy, lelaki kacak, pandai, hebat, dan psycho yang bunuh gadis-gadis secara sadis. Tulisan Ann sangat hebat hinggakan saya jatuh cinta pada seperempat awal buku tersebut, mula marah di tengah, dan takut gila di seperempat terakhir buku. 2 minggu berturut-turut saya mimpikan lelaki tak berwajah yang nak bunuh saya. Memang hebat. Meremang.

Itulah dia. Isi beg saya.
Tak banyak sangat berubah. Saya rasa lebih kemas sedikit dari tahun lepas.
Kalau nak tengok isi kandungan beg di tahun-tahun lalu, jenguk arkib fotopages saya.

Selamat malam.
*Tutup lampu*

No comments: