Pages

This is...is....oh CRAP Y'ALL!

Tuesday, November 14, 2006

I hate stupid Indon cilok-master website bugger damn it~!

*Tarik nafas*
Okay. Dah tenang.

Tadi saya suka-suka mengGoogle nama saya di internet. Sebulan sekali selalunya. Bagus tau cara ni, saya dah jumpa ramai saudara-mara jauh (atau terpisah?) yang sebelum ini saya tak kenali. Nama keluarga kami agak distinct jadi memang semua orang dengan nama keluarga saya (yang saya temui di Internet) sedikit-sebanyak bersangkut-paut.

Tapi pagi tadi saya terkejut beruk bila ternampak salah satu link dengan nama saya. Nama penuh pulak tu! Yang diheja dengan betul.

Apa tajuk linknya?

Gambar bugil indonesia artis bugil telanjang blablabla

Hape kejadahnya!??
Setelah saya memberanikan diri saya untuk membuka link tersebut (walaupun orang ramai mundar mandir - ini soal maruah ni! peduli hape!), memang takde pun gambar saya. Nama saya pun sepatah haram tak jumpa. tapi kenapa dipaparkan di google? Saya tak pernah pun menggunakan nama penuh saya di Internet apatah lagi di link laman web lucah. Lawat laman web begitu pun tidak.

Tak pasal-pasal saya jadi mangsa. Entah apalah agaknya fikiran kawan/ keluarga/kenalan saya kalau mereka juga menggoogle saya. Kambing betol!

What have I done to deserve this...what....what?!!!!!!!!!!!!


Menu tengahari: Ayam goreng McD dengan sayur dari kantin.


Oh, ya.
Saya macam rasa nak tukar layout blog saya, tapi saya tak boleh nak putuskan samada saya benar-benar nak tukar atau ini perasaan gatl yang datang sekejap-sekejap. Boleh tak anda tolong saya?

PATUT TAK SAYA TUKAR LAYOUT & BACKGROUND BLOG INI?

Sila tinggalkan komen anda di tagboard saya. Pandangan anda sangat saya hargai.

Yang mengikut perintah (not),
Cik Azyze
Setiausaha Kehormat Kelab Dangdut Mawar Merah
Bogor.

No comments: