Pages

Ameer dah beli pokok Krismas

Tuesday, November 28, 2006

Saya dapat berita yang kawan saya, Ameer telah berjaya diterima masuk PTD. Dia akan bertugas dengan JPA. Walaupun dia sememangnya nak ke Wisma Putra, saya rasa JPA pun tak kurang hebatnya.

Kata Unee, bolehlah Ameer padamkan nama dia dari senarai penerima biasiswa JPA, jadi tidaklah dia dipanggil untuk temuramah dan peperiksaan kerajaan lagi. Ha, saya pun nak begitu juga. Hehehe.

Tahniah untuk Ameer. Nampaknya berita gembira ini datang tepat pada waktunya. Best Christmas present ever, kan Ameer?

Saya paling tersentuh bila Ameer menulis:
'My father said, "Two times I'm happy in my life: First, when i married your mom, Second, when you got into PTD!!"'

Oh, kalaulah saya bisa buat mak bapak saya gembira macam tu. Sudahlah mereka pun memang berharap saya dapat PTD. Kesian pula bila fikirkan mereka. Tapi bukan rezeki saya di situ. Cuma... bila fikirkan keadaan sekarang (dengan desas-desus pejabat), saya sendiri tertanya bagaimanalah agaknya jika saya bersungguh ketika ke assessment tempohari. (Still, regardless of whether I really wanted it or not, they vetoed me out because of my health conditions).

Tahniah sekali lagi untuk Ameer dan semoga segala harapan dan impian yang ditanam untuk PTD alan menjadi kenyataan.Cheers!

Bercakap pasal berita gembira ni, saya dengar khabar yang rakan saya Aida akan bertunang hujung minggu ini. Yang sedihnya, saya dengar berita ini bukan dari Aida sendiri, tapi dari khabar kawan-kawan. Aik, rumah sedepa dua pun ko boleh lupa aku?
Takpe la... apapun, aku hulurkan doa dari jauh untuk kebahagian ko dengan Naza. Moga korang akan kekal selamanya, punya persefahaman dan sentiasa saling menyayangi.

No comments: