Pages

"KFC Extra Spicy satu!"

Thursday, October 12, 2006

Saya terbaca entry di blog Mas dan saya terpaksa meluahkan isi hati saya. Terpaksa.

Saya juga tidak respect kat orang yang tak puasa di bulan puasa. Terutamanya lelaki. Kalau perempuan yang sengaja tak puasa tu, at least boleh la cover line di mata orang secara kasar - red flag. Tapi lelaki tu?

Kalau dulu, zaman saya sekolah, adalah satu dua kes (itupun jarang-jarang dengar) lelaki kantoi tak puasa. Tapi mesti sedaya upaya bagi alasan. Saya gastrik. Saya sakit kena makan pasal nak makan ubat. Saya malnourished. Saya sembelit. Saya alerjik to starving.

Tapi sekarang ni, alasan pun tak hingin. Selamba aje makan waktu lunch. Yang lebih best, siap pegi beratur kat kafeteria bawah untuk beli makanan. Hmm...arini aku terasa nak makan ayam ah. Sedap ke ah? Sedap...meh aku bagi makan sandal kilat aku ni lagi sedap!

Bila orang tanya, selamba dia jawab "Relaks ah." Senyum kambing sekali dua, pastu buat bodo. Bagusnya...

Lebih mengkompiuskan, diorang ni nampak macam bagusss je. Selalu muka ala2 superior dari orang lain. Macam alim je (yang pure Kelantanese pun ade, camno?). Bile tengok budak pakai baju seksi, pandang atas bawah tak terkelip, lepas tu mengata. Konon hasutan maksiat la tu. Yang tak puasa di bulan Ramadhan tu tak pikir pulak...

Hish...entah la. Saya naik takut bila menyedari bahawa ramai juga lelaki (eligible or not) yang dengan selamba tak puasa. Tak segan silu nak minum sirap. Tak segan silu nak order KFC extra spicy dari orang perempuan yang puasa.

Macamana la saya nak cari suami yang boleh membimbing saya ke jalan illahi? Apa agaknya nasib wanita-wanita Malaysia kalau bakal suami mereka semuanya berpotensi untuk menjadi lebih hampeh dari mereka? Macamana saya nak jadi isteri solehah dan membina keluarga yang lebih kuat keimanannya kalau lelaki yang saya lihat rata-ratanya tak kesah sangat hal-hal agama ni?

Bukan la nak kata saya ni alim. Sebenarnya saya juga agak put off kalau ada orang yang datang nak berdakwah dasyat tak semena-mena. Tapi biarlah lelaki bakal suami itu walaupun dia gila-gila, tetap ada paksi agamanya. Kan itu yang diharapkan semua? (Kecuali jika anda menantikan suami setan yang sama-sama boleh buat dosa)

Ya, saya tahu kata-kata saya kesat. Mungkin puasa saya hari ini dah seolah sia-sia. Tapi.. saya perlu luahkan dari hati. Eloklah saya berhenti di sini.

Fikir sendiri la. Kita semua dah besar panjang.

P/S:
Memetik kata seseorang yang (kemungkinan) sudah masuk agama lain: "Sekarang aku tak perlu susah sembahyang 3 kali sehari, puasa haji dll. Cukup seminggu sekali ke gereja. Dia maafkan aku walaupun aku lakukan dosa pasal Dia mengampuni semua anakNya."

Tahniah la kalau anda rasa best. Kalau anda tetap rasa minum beer tu lagi best, tidur sana sini tu best, main judi pun best, sukahati anda lah. Bagi saya, Allah saya lagi best dari tuhan anda.
Kau, ado?

No comments: