Pages

Sunday, October 01, 2006

Dalam dua tiga hari ini saya baru tahu yang saya sebenarnya memang tak tahu banyak benda yang berlaku di sekeliling saya. Saya juga sudah lama tidak mengupdatekan diri saya dengan berita-berita hiburan. Rasa sungguh ketinggalan. Nanti, jangan ingat saya ini ibarat wartawan picisan yang terhegeh-hegeh nak tahu gosip artis. Saya cuma rasa lohong sedikit. Seperti saya mengkhianati dunia seni - 4 tahun berkerja dalam industri (sort-of), dan kini selepas meninggalkannya tak sampai 2 tahun saya dah jauh ketinggalan. Saya dah ketepikan skil menyebok saya. Haha.

Tapi memang ajaib. 3 hari menonton Astro dan membaca semua suratkhabar yang ada menjadikan saya seorang yang..wow...begitu ilmiah (pada pendapat saya lah.) Punyalah banyak benda saya belajar. Ada tonton iklan Astro tentang bos yang boleh bergaul dengan semua orang sebab dia guna Astro Max? Ha, lebih kurang itu la. Cuma saya tak mampu guna Max. Hehe.

Biar saya senaraikan:
(perasan tak semenjak dua-menjak ini saya syik guna senarai sahaja?)

- Jonathan Brandis rupanya dah mati bunuh diri beberapa tahun yang lepas. Gile btol! Saya tak tahu pun pasal ini! Walaupun saya tak pernah pun minat dengan Jonathan Brandis, tapi bende2 TeenMag seperti ini sepatutnya saya tahu. Tapi kenapa tidak? Kenapa kawan-kawan saya yang ala-ala gila JB masa zaman SeaQuest DSV dulu seorang pun tak berkabung? Atau saya yang tak perasan? Ayo, ketinggalan sangat.

- Syura dah keluarkan album baru 5 bulan lepas. Eh, bukan dia kawen ke a few months lepas?

- Nicholas Tse akhirnya kahwin juga dengan Cecilia Cheung. Dulu penat nafikan. Macam pasangan artis di Malaysia jugak la.


- Scarlett Johansen dipilih sebagai "Sexiest woman alive" oleh Esquire. Apa?? Dah tak ada wanita cantik lain lagi kah? Si kayu itu juga jadi pilihan. Nanti, saya tidak jeleskan dia walau hampir semua lelaki yang saya kenali tergila-gilakannya. I'm more of a Tyra Banks kinda woman.


- Schumi dah tarik diri dari dunia lumba F1. Dan tentunya ada 'seseorang' yang terbakar dengan pengumuman itu kerana dia dah lama nak rebut gelaran juara dari Schumi. Sekarang minta maaf, tak dapat.

- Kawalan semakin ketat di Bali. Lebih ketat dari tahun lepas. Mereka yakin sebarang usaha pengebom berani mati akan dapat dipatahkan (jika ada).

- Dah ada blogger pertama ke angkasa lepas. Macamana dia updatekan blognya, saya kurang pasti. Mungkin data dihantar terus dari satalit? Ya, saya memang jahil dengan kal-hal teknologi dan angkasa lepas ni. Yang saya tahu, ada banyak makhluk asing di sana yang kita tak jumpa lagi. Ada tonton filem Contact?


- Middlesbrough sudah punya tiang2 berkelengkapan speaker dan kamera yang mengawal segala gerak-geri orang awam. Sungguh menggerunkan. Memang betul-betul macam 1984. Kalaulah George Orwell hidup lama sedikit dan terus memperbaiki bukunya, saya yakin beliau dah bubuh tajuk bukunya 2006. Barulah tepat imagination prophecy beliau.

Dah saya katakan pada kawan-kawn semua, kita sebenarnya hidup dalam dunia lebih kurang macam dalam filem Matrix tu. Dan tanpa anda sedari ada yang sedang memerhati. Setiap gerak. Setiap tutur. Setiap nafas. Diperhatikan. Dan anda kata saya over-paranoid. Huh.


Oh, semalam ada artikel di dalam suratkhabar inggeris tentang aktiviti sebuah NGO yang pernah saya sertai dahulu. Ya, 4 perenggan bercerita tentang saya. Hahaha. Saya memang riak. Maklumlah, gila glamour. Haha! (cekak pinggang di atas bukit tinggi sambil memandang ke langit...sebelum jatuh ke dalam gaung kerana ditiup angin.)

Tapi mereka salah eja nama saya. Jadi mungkin tak ada seorang pun kawan saya yang tahu itu adalah saya. Appada... Kecuali Radz. Tapi itu sebab dia bijak membaca yang tersurat. Walau bagaimanapun, thanks to that particular reporter for writing a very nice piece, especially the one on me. Heheh. You made me feel like an activist, when I'm not. (Activists are good people, y'know?)

No comments: