Pages

Yang pebret, bukan prebet

Tuesday, September 26, 2006

Apa yang anda suka makan untuk berbuka puasa?
Saya pasti ramai yang kata nasi. (Bapa saya tak sanggup berbuka dengan makanan lain selain nasi)

Walaupun saya turut bernafsu lebih bila berpuasa, pilihan jaudah berbuka saya agak berbeza dari yang lain. Adik-adik saya hanya mampu menggeleng kepala bila saya beritahu tentang makanan pilihan saya untuk berbuka. Rendang? Kari kepala ikan? Steak daging? Tidak...

Kalaulah saya boleh pilih makanan ideal untuk berbuka tanpa terikat dengan sekatan jarak dan masa, maka inilah pilihan saya (tidak mengikut turutan):


1. Megi tomyam yang dimasak sendiri - sesuai dimakan di depan TV ketika berseorangan. Bestnye!
2. Kari ikan masakan bapak -bendi lebih!
3. Laksa Pak Saad. Kaw punya!
4. Tomyam campur dari Restoran Ayuthai Taman Melawati.
5. Double Special HotDog Gerai Mat Pis Burger, Sek2 Shah Alam.
6. Nasi dengan sambal tempoyak.
7. Bekalan lunchbox yang disediakan mak angkat saya ketika saya bersekolah di Jepun dulu.
8. Spageti marinara Jozzie.
9. Ikan belah belakang masakan emak
10. Nasi & Sardin cili. Aduh sedapnya...

Apa makanan ideal berbuka pilihan anda?



P/S: Untuk menambahkan lapar anda semua, saya akan terus menulis mengenai makanan. Jangan lupa untuk membaca '30 benda harus dimakan sebelum mati', hasil survey saya dari rakan-rakan dan makcik kaunter Pejabat Pendaftaran Kuala Selangor :)

(Haha terjemahan literal ayat '30 things to eat before you die'. Maaf, minda saya berfikir dalam bahasa inggeris hari ini.)

No comments: