Pages

Choux Pastry Heart

Saturday, September 16, 2006

Dia:
Kenapalah setiap kali kita jumpa mesti gaduh aje? Takde cara lain ke nak berborak?

Saya:
Siapa? Siapa gaduh? Aku? Manade.

Dia:
Ha, tengok la tu. Deny pulak. Ko memang la keras kepala. Kengkadang ko saje je start. Bende-bende kecik je.

Saya:
Ya allah..tengok, ko yang nak panjangkan isu ni. Aku dah diam dah tadi.

Dia:
Abes tu, ko taknak langsung terima pendapat aku.

Saya:
(pandang luar kereta) Okay, whatever. Aku terima apa yang ko cakap. (nak senyum tapi cover)

Dia:
Ha, tengok la tu. Tak ikhlas langsung.



Awak tau tak kenapa saya suka sakat awak? Kenapa tiap kali kita jumpa mesti kita berdebat? Pasal awak sorang saja yang saya tau takkan ambil hati bila saya main debat-debat. Awak faham itu gurau-gurau. Awak takkan masam muka bila kita jumpa lagi lain kali walaupun kita berpisah dengan andaian dan pemikiran pendapat yang berbeza. Awak macam memahami saya. Lagipun saya perlukan sparring partner untuk mengekalkan ketajaman minda saya. Siapa lagi kalau bukan lelaki new age seperti awak.

Oh, satu lagi.
Pasal kalau saya tak berdebat dengan awak saya tak tau nak cakap apa. Dan saya akan rasa awkward. Sebab saya suka kat awak.

Nasib baik awak tak baca blog ini. Fuh...

No comments: