Pages

9/11

Monday, September 11, 2006

Baru saya perasan yang hari ini tarikhnya 9/11. Di Malaysia ni macam tak releven saja tarikh tu. Tapi tetap teringat juga. Walaupun saya memang tak berapa suka dengan negara pimpinan si bengong bernama George tu, saya tetap bersimpati dengan ribuan keluarga mangsa serangan tersebut. Masih meremang bulu roma bila teringat footage orang terjun dari WTC yang saya tonton di CNN. Masa itu adalah dalam 2 jam selepas kejadian. Macam tak percaya.

Bercakap tentang kecelakaan besar negara Uncle Sam itu, Taufan Katrina lebih banyak tinggal kesan pada saya. Mungkin kerana kawan saya, Dean terlibat sama. Punyalah lama kami tunggu berita dari Dean. Nasib baik dia berjaya keluar dari kawasan kecelakaan selepas terima amaran terawal tentang kedatangan bencana tersebut. Cuma dia tak punya peluang untuk mengumumkan tentang lokasinya kerana talian komunikasi semuanya terputus. Kata dia jip yang dinaikinya sipi-sipi diangkut taufan. Tapi kuasa tuhan, lagi 1 minit sebelum taufan lalu di depan mereka, ia beralih arah. Tapi pecah jugalah tingkap jip mereka.

Kata Dean ramai kawan-kawannya yang tersekat di Astrodome. Ada yang sempat berjumpa dengan Oprah Winfrey ( Dean dengan bergurau menyatakan dalam emelnya yang dia "terlepas peluang jumpa Oprah"). 4 kawannya mati, seorang di dalam Astrodome. Tak cukup bekalan perubatan. Dean sempat pulang ke Astrodome selepas keadaan mulai surut. Kata Dean lagi, suasana di luar Astrodome macam hari nak kiamat. Saya rasa lebih kurang sahaja 'kiamatnya' dengan keadaan negara jiran kita selepas dibedal tsunami beberapa tahun lalu.

Saya bersyukur yang negara kita tak teruk dilanda bencana. Kita masih boleh bebas bersuka ria memakai baju entah apa-apa yang dicipta 'pereka fesyen ternama' yang kosnya pasti ribuan ringgit dan pergi menayang body di Anugerah Era. Itu belum kira menggunakan cerita sensasi kisah kontroversi si polan itu dan sipolan ini sebagai ajukan. Maklumlah, negara aman. Boleh buat lawak-lawak berita sensasi muka depan sebegitu.

Cuba tengok kalau duduk di Lubnan. Mungkinkah lawak-lawak malam anugerahnya juga menggunakan format muka hadapan? Hmm.....


Dalam kejadian lain(wah, rasa macam baca berita pula),
nampaknya banyak juga peminat Faizal Tahir. Ya, jejaka yang la-ala jantan gagah dalam One In A Million itu. Tak heranlah, di fakulti dulu pun ada sahaja yang meminati beliau. Kalau zaman belajar dahulu yang minat cuma dalam diam, sekarang dah tentu tak segan silu menulis tentang rasa cinta mereka kepada Faizal dalam blog masing-masing.

Baguslah kalau sudah rezeki beliau. Ketentuan tuhan untuk dia maju dalam bidang seni, agaknya. Janji jangan lupa janji yang diikat di depan Tok Kadhi sudah la...

No comments: