Pages

30 Benda Yang Patut Dimakan Sebelum Anda Kaput

Friday, September 29, 2006

30 things you should eat before you die.

Mula-mula saya memang yakin bahawa cabaran ini senang sahaja. Cuma 30 makanan, bukan? Tapi bila difikirkan balik, saya rasa saya tak punya 30 senarai makanan yang memang eat-or-die. Adalah satu da yang jadi idaman hati sepanjang masa. Lagipun saya tak selalu berjalan jauh, jadi mungkin apa yang saya suka tu belum tentu yang terbaik di lidah orang lain.

Jadi selama 2 hari ini saya telah meminta pandangan kawan-kawan mengenai makanan dan lokasi 'mesti makan' mereka. Hasilnya, senarai di bawah.

Kalau anda terasa seperti nak jalan-jalan cari makan, cubalah tempat-tempat ini. ;)


Cheng Lin, Damansara:
1. Koay Teow Sup, Lebuh Armenian, Penang
2. Burger Special Ramly, tepi jalan di Seksyen 7 Shah Alam
3. Deluxe Korean Udon, foodcourt 4th level KLCC
4. Beehoon sup, Jonker Street Melaka
5. TomYam Seafood, Restoran Mae Thai, Padang Besar.


Hartini, Seremban:
6. Siakap 3 rasa, Restoran Gear Box, Bangi
7. Kerapu Stim Limau, Gerai Doll Tom Yam, Kajang
8. Kerabu Mangga & Udang, masak lemak nenas+ ikan sepat - Restoran Puteri, TTDI


Sharifah, USJ:
9. Auntie Liz's spaghetti soup & infamous sambal belacan, Bukit Mas, Tmn Melawati
10. Beehoon sup utara campoq sambal kicap cili padi meletop Pak Tam, Seksyen 2, Shah Alam
11. Nasi Ayam Ownn di Damai, Keramat.
12. Mak saya punya Laksa Penang

Watie, Old Klang Road:
13. Mee udang, tepi pantai kat Sungai Petani
14. Nasi Dagang Mak Ngah Pangkin, Terengganu
15. Buffet di Atrium Café, Sunway Hotel, Sunway
16. My mom's Masak kicap & masak cuka

Mardiana, Serdang:
17. Burger Segamat di depan Billion Segamat, Johor


Carmen Nair, Sandakan:
18. Beef Noodles with Beef Balls Soup, Cong Lin Park, Sarawak
19. Tandoori Chicken at Kayu Nasi Kandar SS2


Eze, UIA Gombak:
20. Stimboat Buffet, Restoran Nelayan Titiwangsa
21. TomYam Goong, Secret Recipe
22. Goreng Pisang MakCik, near Ali's Challet, Batu Feringghi.


Hazmin, Ampang:
23. Portuguese Ikan Bakar, Oasis Foodcourt Mid Valley Megamall.
24. Assam Fish, Ampang Yong Tau foo.
25. Steamed Clams with Ginger, Hut Salamat Restaurant, Manila.


Pilihan Saya:
26. Devil’s Chicken mak saya.
27. Cantonese Beef Koay Teow, FAM, Kelana Jaya.
28. Ikan Sembilang Lemak Cili Api, Restoran Rembau, Pekan Rembau
29. Barbeque Squid, kampung kecil di Hyogo, Jepun (tak ingat location betul)
30. TomYam Campur di Restoran Ayuthai, Taman Melawati, KL.

Komik ke layar perak - garfield

Thursday, September 28, 2006

kata Nadh di chatbox saya:

"Nenek ko maju sungguh, selalu yang didengar nenek nak dokong cucu, dalam story ko nenek pula berkate tentang cicit."

Nadh, kalau nenek aku dukung aku, mau patah tulang belakang dia!
lol!
Saya sangat suka membaca komik Garfield. Kucing gemuk yang comel. Ya, memang mukanya tu macam ada misai tebal warna kuning, tapi comel Garfield bukan padal fizikalnya sangat tapi lebih pada ayat yang dituturkan. Sangat sinis dan benar-benar boleh buat saya ketawa. Paling best sekali, saya boleh relate dengan ceritanya. Mungkin kerana banyak persamaan antara saya dengan watak-watak dalam komik tersebut agaknya.

John, tuan punya Garfield yang tak pernah berjaya dalam dunia dating, apatah lagi dunia percintaan. Ada saja yang tak kena dengannya. Ada yang tak suka rambut kerintingnya, ada yang menyampah tengok mukanya, ada yang kata dia wimpy, tapi selalunya orang memang tak tahan dengan pick-up linenya. Itu belum diambil kira status ‘loser’nya lagi. Mana ada lelaki bujang yang bela kucing? Kucing kan binatang peneman makcik tua yang tak punya keluarga. Kalau anda seorang jejaka, muda, belum berumahtangga, tiada kekasih, sering direject teman, dan punyai seekor kucing yang kelihatan lebih hebat dari anda; maka ya, anda seorang L.O.S.E.R.

Saya rasa bezanya saya dengan John adalah saya tak punya minda mengorat macam John. Bab kucing, bab bercinta…lebih kurang la tu. Hehehe.


Garfield pula cuma boleh berfikir tentang makan, makan, makan. Jika tidak, tentang tidur dan membuli Odie. Ayat-ayat sinis dari si kucing bisu ini Memang mudah mencuit hati sesiapa yang membacanya. Saya mungkin tidaklah seperti Garfield, tapi kalau boleh saya juga ingin seperti itu - setiap hari di hadapan TV, makan, tidur dan membuli adik-adik. (Nasib baik mak saya tak tahu kewujudan blog ini)

(Oh ya, tidur adalah perkara paling indah dalam dunia ini!)


Tapi ini tidak bermakna saya menyukai segala produk komersil Garfield. Saya sangat-sangat kecewa dengan transisi Garfield ke layar perak. Boroinya dibuat-buat sangat. Itu belum kira jalan cerita yang terlalu banyak gimik hiburan. Kenapalah agaknya cerita tu tak boleh dibuat dengan lebih sinis? Ya. Garfield is all about witty cynical lines and jokes. Sebab itu kartunnya selalu satu-dua baris sahaja. Itu kuasa ayat dan perkataannya. Saya rasa tertipu bila menonton Garfield 1 & 2. Macam tonton wayang ciplak. Nasib baik saya sekadar menpontonnya di HBO dan VCD pinjam. Jika tidak rugilah saya. Filem tersebut pada saya telah diperbudak-budakkan untuk menangkap imaginasi kanak-kanak. Sedih kan?

Kebanyakan transisi komik ke filem tentu memanggil reaksi yang berbeza-beza dari penonton (dan pembaca). saya tak terkecuali. Ketika XMen 1 ditayangkan, saya cukup kecewa dengan olahan filem. Saya membesar dengan komik-komik XMen bergelimpangan di rumah (bapa saya peminat komik sebegini), saya rasa seperti ditipu. Watak Storm yang paling saya suka berubah menjadi perempuan yang agak pasif dan tak banyak membuat keputusan. Dimana Storm yang agresif, sensual dan kuat yang saya kenali?

Tapi bila X3, saya rasa macam seronok. Bapak, sebagai peminat kipas susah mati Xmen pula tidak menyukainya kerana banyak personaliti dalam watak-watak yang dimainkan tidak sama seperti dalam komik. The CGI's were great; but storywise, he wasn't impressed.


Apa filem komik ke filem yang paling anda gemari dan tidak gemari?

Yang pebret, bukan prebet

Tuesday, September 26, 2006

Apa yang anda suka makan untuk berbuka puasa?
Saya pasti ramai yang kata nasi. (Bapa saya tak sanggup berbuka dengan makanan lain selain nasi)

Walaupun saya turut bernafsu lebih bila berpuasa, pilihan jaudah berbuka saya agak berbeza dari yang lain. Adik-adik saya hanya mampu menggeleng kepala bila saya beritahu tentang makanan pilihan saya untuk berbuka. Rendang? Kari kepala ikan? Steak daging? Tidak...

Kalaulah saya boleh pilih makanan ideal untuk berbuka tanpa terikat dengan sekatan jarak dan masa, maka inilah pilihan saya (tidak mengikut turutan):


1. Megi tomyam yang dimasak sendiri - sesuai dimakan di depan TV ketika berseorangan. Bestnye!
2. Kari ikan masakan bapak -bendi lebih!
3. Laksa Pak Saad. Kaw punya!
4. Tomyam campur dari Restoran Ayuthai Taman Melawati.
5. Double Special HotDog Gerai Mat Pis Burger, Sek2 Shah Alam.
6. Nasi dengan sambal tempoyak.
7. Bekalan lunchbox yang disediakan mak angkat saya ketika saya bersekolah di Jepun dulu.
8. Spageti marinara Jozzie.
9. Ikan belah belakang masakan emak
10. Nasi & Sardin cili. Aduh sedapnya...

Apa makanan ideal berbuka pilihan anda?



P/S: Untuk menambahkan lapar anda semua, saya akan terus menulis mengenai makanan. Jangan lupa untuk membaca '30 benda harus dimakan sebelum mati', hasil survey saya dari rakan-rakan dan makcik kaunter Pejabat Pendaftaran Kuala Selangor :)

(Haha terjemahan literal ayat '30 things to eat before you die'. Maaf, minda saya berfikir dalam bahasa inggeris hari ini.)

Nenek ku

Monday, September 25, 2006

Nenek saya turun ke Kuala Lumpur minggu lepas. Datang melihat sepupu saya yang masuk pertandingan Tae Kwan-Do. Sepanjang di KL dia tinggal di rumah saya sekeluarga.

Dan ketika itulah dia menyatakan ayat berikut:

"Tok teringin sangat nak dapat cicit. Agak-agak sempat dak tok nak pegang cicit tok?"

.
.
.
.
.

Oh, keramat sungguh. Mak saya pun belum tanyakan pada saya tentang kahwin. Tiba-tiba nenek saya pula buat ayat-ayat ala jiwa meruntun tak kesampaian. Bagaimana...

Selamat datang lover


Wah, tentu cikgu sekolah si Ah Seng ni rasa bangga... kelas seni tampal kolaj akhirnya digunakan dengan sebaiknya! Hahahhahaahh

Like A Star

Saturday, September 23, 2006

Just like a star across my sky
Just like an angel off the page
You have appeared to my life
Feel like I’ll never be the same
Just like a song in my heart
Just like oil on my hands
Oh… I do love you

Still I wonder why it is
I don't argue like this
With anyone but you
We do it all the time
Blowing out my mind

You've got this look I can't describe
You make me feel like I’m alive
When everything else is a fade
Without a doubt you're on my side
Heaven has been away too long
Can't find the words to write this song
Oh.,.
Your love

Still I wonder why it is
I don't argue like this
With anyone but you
We do it all the time
Blowing out my mind

I have come to understand
The way it is
It's not a secret anymore
'Cause we've been through that before
From tonight I know that you're the only one
I've been confused and in the dark
Now I understand

I wonder why it is
I don't argue like this
With anyone but you
I wonder why it is
I wont let my guard down
For anyone but you
We do it all the time
Blowing out my mind

Just like a star across my sky
Just like an angel off the page
You have appeared to my life
Feel like I’ll never be the same
Just like a song in my heart
Just like oil on my hands

Lagu Tema Main Cinta Versi Negro Sebab Saya Hitam

Tuesday, September 19, 2006

Saya dah jumpa.
Lagu groovy love song setanding lagu-lagu main cinta James Brown.

Call My Name dari Prince.
Album Musicology.

Berapa ramai agaknya yang jadikan lagu ini lagu latar cinta mereka...
Sexy. Passionate. I'm drugged.

Depresi

Monday, September 18, 2006

Saya sedang mendengar album Corrine Bailey Rae.
Hebat.
Tapi kebanyakan bakat non/semi-mainstream dari UK sememangnya bagus.

Seharusnya ia buat saya rasa gembira. Ringan. Lega. Malangnya lagu-lagu beliau amat moving, dan lentuk suaranya buat saya rasa... tertekan. Sedih. Kesal.

Ia buat saya terfikir
Adakah orang yang menyayangi saya selain keluarga saya?

Jika satu hari saya ditakdir mati secara tidak disangka, siapa yang akan meratapi pemergian saya selain ahli keluarga saya? Adakah sesiapa yang menyintai saya hingga menitis airmata? Sepertimana air mata saya menitis untuk mereka yang pernah dan terus saya cintai? Mungkinkah ada yang tetap akan mengingati saya setelah bertahun saya tiada? Pernahkah saya menyentuh hidup orang lain dengan mendalam hingga cukup untuk mereka berasa begitu?

Saya rasa cukup sunyi sekarang.

Choux Pastry Heart

Saturday, September 16, 2006

Dia:
Kenapalah setiap kali kita jumpa mesti gaduh aje? Takde cara lain ke nak berborak?

Saya:
Siapa? Siapa gaduh? Aku? Manade.

Dia:
Ha, tengok la tu. Deny pulak. Ko memang la keras kepala. Kengkadang ko saje je start. Bende-bende kecik je.

Saya:
Ya allah..tengok, ko yang nak panjangkan isu ni. Aku dah diam dah tadi.

Dia:
Abes tu, ko taknak langsung terima pendapat aku.

Saya:
(pandang luar kereta) Okay, whatever. Aku terima apa yang ko cakap. (nak senyum tapi cover)

Dia:
Ha, tengok la tu. Tak ikhlas langsung.



Awak tau tak kenapa saya suka sakat awak? Kenapa tiap kali kita jumpa mesti kita berdebat? Pasal awak sorang saja yang saya tau takkan ambil hati bila saya main debat-debat. Awak faham itu gurau-gurau. Awak takkan masam muka bila kita jumpa lagi lain kali walaupun kita berpisah dengan andaian dan pemikiran pendapat yang berbeza. Awak macam memahami saya. Lagipun saya perlukan sparring partner untuk mengekalkan ketajaman minda saya. Siapa lagi kalau bukan lelaki new age seperti awak.

Oh, satu lagi.
Pasal kalau saya tak berdebat dengan awak saya tak tau nak cakap apa. Dan saya akan rasa awkward. Sebab saya suka kat awak.

Nasib baik awak tak baca blog ini. Fuh...

9/11

Monday, September 11, 2006

Baru saya perasan yang hari ini tarikhnya 9/11. Di Malaysia ni macam tak releven saja tarikh tu. Tapi tetap teringat juga. Walaupun saya memang tak berapa suka dengan negara pimpinan si bengong bernama George tu, saya tetap bersimpati dengan ribuan keluarga mangsa serangan tersebut. Masih meremang bulu roma bila teringat footage orang terjun dari WTC yang saya tonton di CNN. Masa itu adalah dalam 2 jam selepas kejadian. Macam tak percaya.

Bercakap tentang kecelakaan besar negara Uncle Sam itu, Taufan Katrina lebih banyak tinggal kesan pada saya. Mungkin kerana kawan saya, Dean terlibat sama. Punyalah lama kami tunggu berita dari Dean. Nasib baik dia berjaya keluar dari kawasan kecelakaan selepas terima amaran terawal tentang kedatangan bencana tersebut. Cuma dia tak punya peluang untuk mengumumkan tentang lokasinya kerana talian komunikasi semuanya terputus. Kata dia jip yang dinaikinya sipi-sipi diangkut taufan. Tapi kuasa tuhan, lagi 1 minit sebelum taufan lalu di depan mereka, ia beralih arah. Tapi pecah jugalah tingkap jip mereka.

Kata Dean ramai kawan-kawannya yang tersekat di Astrodome. Ada yang sempat berjumpa dengan Oprah Winfrey ( Dean dengan bergurau menyatakan dalam emelnya yang dia "terlepas peluang jumpa Oprah"). 4 kawannya mati, seorang di dalam Astrodome. Tak cukup bekalan perubatan. Dean sempat pulang ke Astrodome selepas keadaan mulai surut. Kata Dean lagi, suasana di luar Astrodome macam hari nak kiamat. Saya rasa lebih kurang sahaja 'kiamatnya' dengan keadaan negara jiran kita selepas dibedal tsunami beberapa tahun lalu.

Saya bersyukur yang negara kita tak teruk dilanda bencana. Kita masih boleh bebas bersuka ria memakai baju entah apa-apa yang dicipta 'pereka fesyen ternama' yang kosnya pasti ribuan ringgit dan pergi menayang body di Anugerah Era. Itu belum kira menggunakan cerita sensasi kisah kontroversi si polan itu dan sipolan ini sebagai ajukan. Maklumlah, negara aman. Boleh buat lawak-lawak berita sensasi muka depan sebegitu.

Cuba tengok kalau duduk di Lubnan. Mungkinkah lawak-lawak malam anugerahnya juga menggunakan format muka hadapan? Hmm.....


Dalam kejadian lain(wah, rasa macam baca berita pula),
nampaknya banyak juga peminat Faizal Tahir. Ya, jejaka yang la-ala jantan gagah dalam One In A Million itu. Tak heranlah, di fakulti dulu pun ada sahaja yang meminati beliau. Kalau zaman belajar dahulu yang minat cuma dalam diam, sekarang dah tentu tak segan silu menulis tentang rasa cinta mereka kepada Faizal dalam blog masing-masing.

Baguslah kalau sudah rezeki beliau. Ketentuan tuhan untuk dia maju dalam bidang seni, agaknya. Janji jangan lupa janji yang diikat di depan Tok Kadhi sudah la...

~*Rawwks twinkie*~: Ala...benci benci benci!!!

Thursday, September 07, 2006

Disebabkan saya sudah bosan menulis perkara-perkara intelek dan berwawasan (wah...) saya telah mengambil keputusan untuk menulis post yang lain dari lain. Pesona baru. Jika anda baca tajuk posting yang bermula dengan ~*Rawwks twinkie*~ itu bermakna anda sedang membaca nukilan alter ego 13tahun saya, Cutie Twinkie. Semoga berjaya!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ello deariess!
Muaks muaks muaks!

Ini first time Cutie write dlm blog ni. Macam bosan seh warne itam sume but I cn survive. Hicks! Biasa le, orang tue memang camtu, blog bosan. NNti kite alter tukar ade tulips ngan , pinkish , cute & don 4get kite nye fev, Twinklie starzz!
I heart starzz!

*luv luv*

Anyways, kite nak cite bout my fwen. Die ni prasan sgt! Altho die xcantik langsung, dia selalu kate dia cantik. pastu suruh everyone panggil dia Ashley. She tink she is Ashley L.O.V.E ke? Rambut pun potong cam Ashley jugak. Burok sgt! All othr fwens xsuke kat dia. Tapi keshian kat die. But she's so stooopid! Think we like her! Aritu kitorang satu geng twinkie dah janji nak beli Emily The Strange punye bag. Kite geng kan, mesti la the same. Nina Twinkie *hearts to u Nina!muakks!* terbagitau kat si Ashley bitchyyy tu and esok...hello!! Dia pakai Emily punye bag! And pencil case! WThell?! Memang geram!! *blinkin back tears**

So kite pegi ah cam tegur dia. She's not our geng! We x like her! But die pulak marah. Angry den say to me that i'm stoopid coz actaually xde sesape nak kat I but they pity me. So I ask Nina Mims and Allya Twinkie but they all say Ashley tu yang tipu. See? I hate Ashley!

Ashley pun kate my sweetheart boyfwen actually ex dia. Hello!!! Mane ade? My boyfwen, shweet Juan tak penah ade gf before this okay?Tipu sangat but kite diam aje. Tapi kite marah sangat bile i heard cite pasal kite yang die tipu kat Juan. mims yang bagitau. Memule dia kutuk kite. Kite benci gile rase macam nak koyak-koyak je paper exam die. ape kite dah buat wif her dat she hates me soo much? Ape?

Pastu Ashley tu gi cite kat boyfwen kite yang kite tak sayang die lagi! Ape ni? Kite sedey sgt! Bofwen kite pun cam tak caye die, tapi still die kecik hati la. I told my munchkins dat I luf him so mucchhhh on phone. Then I send sms wif cute teddies. so pastu munchkins say okie. so we dah okie.

Whatever, now kite dah ngantuk shangat! my baby pun dah gi shleep, so I gosta go.

Luv Mims, Nina, Allya & Cutie 4eva!
*Hearts hearts*



I LUF ALL YOU CUTE people, muakksssssss! **~~

Guest Writer,
Cutie Twinkie!

Wednesday, September 06, 2006

Ahh... it's good to be back...Not.

Three days of PTD was.. let me just say (oh god this is hard)...interesting.
As the overly paranoid person I am, I think I was somehow or rather targeted by two facilitators. They keep giving me smug looks, the kinda look that villains give right before the Christmas Tree blows up and Gotham City is being turned into a chaotic mess. On Batman's day off.

Oh, there I go talking crap. The truth is, I don't think Kluang likes me that much. A few drops of rain and I was sent to bed with a high fever. I'm still not well, but I had to lug my butt to work. Piles and piles of work on my desk makes me feel like I'm having..well..piles.

Darn. Look, I'm still a bit ting-tong from the stuff my doctor gave me. Should be okay by tomorrow. Please check in later for the usual mature, I-know-it-all posts.

Now where did that pink mushroom go...