Pages

Tak gumbira

Wednesday, August 02, 2006

Sebenarnya...hish...sebenarnya....
Biarlah saya berterus terang sahaja.

Sebenarnya saya benar-benar berat hati ke PTD. kata mak, "I can give you ten reasons why you should go.". Tapi saya juga punya 10 sebab mengapa saya rasa sangat berat untuk pergi:

1. Saya sudah selesa dengan jawatan sekarang.
Memang betul. Walaupun kadang-kadang terasa rutin, tapi saya sukat atmospherenya di sini. Kerjanya sungguh AdHoc, tapi semuanya bagai cabaran buat saya untuk sentiasa mencuba beri yang terbaik. Walaupun saya rasa I can get better pay elsewhere, saya tak harus tamak. Pengalaman berkerja pun masih ciput jadi saya perlu melangkah perlahan-lahan.

2. Jika saya penat buat copywriting, saya boleh berhenti dan cuba bidang lain.
Radio, Journalism atau PR. Atau apa-apa saja yang terasa nak buat. Saya beri masa 2 tahun lagi untuk saya di tempat kerja sekarang. Klaau saya masih di sini 2008, dan saya macam nak buat benda lain, then I will. Kalau tidak, saya tak kesah dengan apa-apa sahaja yang tuhan berikan.

3. Jika saya ke PTD, maknanya saya perlu lenyapkan impian saya untuk mencuba pelbagai bidang lain.
Macamana saya nak suka-suka buat part-time DJing atau writing kalau saya sudah ke PTD?

4. Berkerja dengan Gomen ibarat saya merelakan diri saya diubah menjadi seorang MBTD.
Melayu Berangan Tak sedar Diri. Maaflah kalau ada antara anda yang berkerja dengan kerajaan, dan anda bukan MBTD (Walaupun ramai MBTD yang takkan mengaku.) . Berapa ramai anntara kita yang dah melalui pengalaman 'ngeri' bila berkomunikasi atau berurusan dengan badan-badan kerajaan tertentu?
Saya bukan berkata sekadar tanggapan sahaja. Memang saya dah saksikan dan lalui sendiri. Pengalaman saya dengan JPJ? Horrornya macam masa Sadako mula-mula turun tangga dalam Ju-On. Not exactly what I call a breeze-through holiday. Saya pernah berkerja dengan pihak-pihak tertentu di 'saluran inforia anda', dan Masyaallah... saya harap saya tak perlu berkerja dengan mereka lagi. Bukan semua orang di situ yang teruk, tapi majoritinya memanglah MBTD. Komitmen tidak jitu, kualiti kerja hampeh. Lepas tu berangan dialah yang paling hebat, dialah yang paling penting.
Muka seko-seko macam "Kalau aku tak layan ko, sampai mampus pun ko takkan dapat ape ko nak. So kipas bontot aku sekarang!"
PRnya? Ish ish ish... kalau saya jadi menterinya, dialah orang pertama yang saya pecat. PR sepatutnya buat orang sukakan sesuatu organisasi, bukan benci. Sabrina G., you desperately need an attitude makeover, pronto..

5. Di bahagian dresscode dalam surat Assessment PTD, ia menyatakan "Seluar Panjang Tidak Dibenarkan".
Apejadahnye? Saya Ingatkan sebagai bahagian yang menguruskan PTD, mereka akan bersikap lebih terbuka dan lebih professional. Ala2 corporate thinking. Malangnya saya salah. Kerajaan tetap kerajaan. Buatlah apa pun, tetap begitu. Saya amat kecewa bila membaca dresscode tersebut.

6. Tempat Assessment PTD saya adalah di Kluang, Johor.
Amboi...bukankah kita dah isikan pusat pilihan kita untuk sebarang peperiksaan, temuduga dan assessment? Jadi mengapa sampai Johor? Dan tarikhnya aduh...di kala saya banyak kerja!

7. Saya rasa macam terpaksa pergi PTD kerana semua ahli keluarga dan makcik-pakcik semua tak sudah sudah suruh saya ambil peluang ini.
Sejak dari dulu, saya memang lebih cenderung ke perkara yang lain dari biasa. Bukan nak kata yang biasa tu tak bagus, tapi entahlah. Mungkin lain dari yang lain bagi comfort. It's like I'm in my own warm world. jadi bila semua dok membebel pasal kelebihan berkerja dengan kerajaan berbanding swasta, saya jadi penat. Apatah lagi bila saya perlu membela sektor korporat yang pada saya memberikan bayaran yang lebih lumayan dan imbuhan yang berpatutan untuk kita terus kreatif menggunakan competitive edge dan memupuk sifat disiplin yang tinggi dan lebih bersungguh. Bila di swasta, kita perlu membuktikan yang kita layak. Kita perlu berusaha untuk mengecapi sesuatu. Dan bagi saya, wang ringgit yang saya dapat setelah penat berusaha adalah lebih bermakna dari gaji yang dikaut dengan duduk di kaunter bermuka masam sambil mengumpat bos. Which brings me to my next point, which is...

8. Saya bakal menjadi klon!!!
Saya memang takut kalau bila saya dah masuk kerajaan nanti, saya akan terpersuade untuk menjadi seperti mereka. Perangan sama, perasan sama, lagak gaya sama. Seorang lagi Zombie MBTD.


9. Kemana impian saya untuk mengeluarkan album jazz sendiri?
Ya...bunyi berangan sangat (adakah ini tanda-tanda awal MBTD?!). Tapi saya tahu saya takkan jadi penyanyi yang berjaya. Tak ada sesiapa yang hingin mengeluarkan album jika saya penyanyinya. Tapi saya boleh rakam sendiri kan? andai saya terpilih untuk PTD, maka saya tentu tak dapat berjimba-jimba lagi. dan saya tak rasa bos saya kelak mahu seorang exec atau pegawai yang siang di pejabat, malam menyanyi.
Kambing btol!

10. Say takkan punya masa untuk update blog ini lagi.

There you go. 10 very valid reasons on why i don't feel like going to PTD.
Tapi saya tahu, ramai diantara anda diluar sana yanng melonjak-lonjak nak jawatan ini tapi tak dapat. Dan anda fikir "Bodoh punya budak. Dah dapat nak tolak pulak! Tengok kitorang yang nak sangat tapi tak dapat. Bodoh!"

No comments: