Pages

Tuesday, July 04, 2006

Saya risau dengan seorang kawan.

Dia sekarang mengandungkan anak kedua. (Technicallly, anak ketiga kerana anak kedua gugur.) Tapi rahim kawan saya kurang kukuh. Kata doktor, bayi sihat tapi ada kemungkinan rahim akan collapse. Kalau keadaan kawan saya bertambah teruk, doktor mungkin akan menjahit rahimnya agar kandungan tidak turut jatuh.
Adoi...

Saya simpati sangat-sangat pada kawan saya ini. Beliau dah lalui pelbagai cabaran dan dugaan. Sekarang...ini pula. Kena ke hospital selalu, kena banyak berehat, kena berhenti buat kerja-kerja berat. Dia dah mula risau tentang kerjanya.

Klaau berhenti, nak buat apa di rumah? Punca rezeki pasti terbantut. Kerja apa yang tak berat dan boleh dilakukan di rumah?

Ada cadangan??


Sejak kebelakangan ini, memang ramai orang punya masalah untuk mengandung dan melahirkan. Sepupu saya mencuba selama 3 tahun, tapi kandungannya asyik gugur. Ada satu insiden dimana sebelah tiub fallopio beliau tersumbat dan tak dapat diselamatkan. Kasihan... Alhamdulillah sekarang beliau kembali berbadan dua. Anak dalam kandungan dah mencecah 5 bulan. Harap-harap termakbul lah harapan sepupu saya untuk mengendong anak dalam dakapan nanti...

Jagalah kesihatan kalau anda inginkan anak bila berkahwin nanti.
Berhenti merokok, tinggalkanlah alkohol tu (kalauu anda minum alkohol), dan mula jaga kesihatan serba sedikit.

Insyaallah...

No comments: