Pages

Lentur Bentur

Thursday, July 27, 2006

Saya seorang yang agak fleksibel. Baik minda mahupun badan. Ya, saya tahu ayat saya berbaur bangga. Memang saya bangga pun. Haha.

Sedari kecil, saya memang boleh meliuk, melentur. Dulu-dulu selalu buat flips, rounders, cartwheels, terutama masa kelas pendidikan jasmani. Tapi saya tidaklah sehebat akrobat Cina. Bayangkanlah kalau saya bergimnastik...ish, buruk bebeno. (Alihkan minda anda dari gambaran itu, sekarang juga!). Ketika saya di kem kewartawanan (tingkatan 5) saya dicabar kawan-kawan untuk cuba tunduk dan menyentuh ibu jari tanpa membengkok lutut. Konon mustahil untuk seseorang dengan excessive flesh untuk buat sedemikian. Nuks, mak siap cium lutut lagi, okey? Jadi semestinya saya bangga dengan keupayaan dan fleksibiliti yang jarang dipunyai orang sebesar saya.

Tapi kelmarin dahulu saya tumpas. Dengan yoga.

Kelas yoga kian hari kian sukar. Masa mula-mula dulu saya rasa macam senanng saja. Disuruh melintuk, saya melintuk. Disuruh melipat, saya melipat. Dengan mudah. Tapi kelmarin dulu memang mencabar. Sudahlah badan saya terlipat-lipat, kena pula hold gaya itu dalam beberapa minit. Rutin kian pantas, kian banyak, kian merepek pun ada juga.

Baru sejam, saya sudah tak larat.

"Would you like to try the headstand?" tanya instructor yoga saya.

Melihat kawan-kawan yang lain berdiri atas kepala masing-masing, teringin juga. Tapi bila membandingkan badan saya dengan badan kawan-kawan yang kecil molek bak Amy mastura, dan mengenangkan sakit badan yang bakal digandakan jka saya turut serta, terpaksalah saya kata "No thanks, I don't think so."

Dalam perjalanan balik dari pejabat, kaki saya bagai nak kondem. Berdiri dalam LRT rasanya macam mencabar benar. Tidur pun tak selesa. Bangun keesokan paginya, sakit sengal bertambah. Leher sakit akibat aktiviti toleh-menoleh dalam kelas. Kaki jangan cerita. Belakang pun lebih kurang. Tapi jalan tetap jalan. Kalau ikutkan saya memang nak MC sahaja semalam. Tapi bapak saya bukan seorang doktor. Lagipun, kerja bertimbun menanti saya di pejabat. Pergi juga la...

Hari ini sengal bertambah. Saya rasa organ dalaman saya mula beriaksi terhadap tekanan yang diberikan badan. Rangka saya sakit, otot-otot di perut semuanya menjerit-jerit untuk minyak agin. (Malangnya saya tak suka pakai minyak angin.) Itulah... 2 minggu tak beryoga, badan saya dah relaks.


Janji cikgu yoga saya "There's always next week. We'll do it next week, okay?"

Matilah saya minggu hadapan.

No comments: