Pages

Kasih tak terperi

Friday, May 26, 2006

Siapa saya di mata dia?

Entahlah, saya masih menanyakan perkara yang sama pada diri sendiri. Kadangkala kita ingin menjadi yang terbaik untuk seseorang, tetapi mungkin apa yang kita lakukan itu tidak menepati keinginan orang lain. Adakalanya apa yang kita rasakan baik, sebenarnya bahana bagi yang tersayang.

Itulah, kadangkala kita buta bila melakukan perkara atas tiket cinta. Sesekali kita melanggar batasan kesopanan yang diletakkan buat seorang insan hanya atas sandaran ‘do it all for the sake of love.’ Ya, mungkin bodoh, tapi saya yakin ramai yang pernah berada di tempat saya. Bila kita tewas pada cinta, kita turut tersungkur dari lojik dan realiti.

Sebab itulah, saya masih dipandang serong (hingga sekarang) oleh makcik sebelah rumah apabila menjerit gila memaki melihat kucing hitam kami dirogol rakus oleh kucing samseng mata sebelah semalam.

No comments: