Pages

Wednesday, May 10, 2006

"Jadi apa kata Belle?"

Dia panggil saya Belle. Saya tahu saya jauh panggang dari api dengan makna perkataan itu didalam bahasa Perancis - cantik. Tapi katanya cantik tak diukur dari fizikal. Cantik diukur dari hati. Saya takut orang kata perasan pula. Tapi dia kata Belle dekat-dekat dengan Elle. Jadi mungkin orang tak perasan, tak ada yang perlu dimalukan.

"Macamana Belle?"

Saya tunduk seketika. Kemudian memandangnya. "Memang itu yang you nak ke?"

"I think so. Tapi nak opinion you jugak."

Saya menarik nafas dalam. Hembus perlahan. Cuba meyakinkan hati akan apa yang bakal terpacul dari mulut. "Then I think you should go for it. These things doesn't come knocking at your door everyday."

Dia diam. Mula-mula dia mengangkat kening. Kemudian seolah menghadam kata-kata saya. Dia mengalih pandangan ke luar. Matanya merenung titik yang tak terlihat. Mindanya mungkin ligat mencari ayat balasan.

"I fifty-fifty la. I memang nak, tapi... banyak benda yang I taknak tinggalkan kat sini."

Tentu dia bicara tentang kekasih hatinya. Apa lagi yang terlalu payah nak ditinggalkan? Keluarganya pernah ditinggalkan ketika dia belajar ke luar negara dahulu. Dia bukan manusia material. Mungkin buku-bukunya sahaja yang jadi harta kesayangan. Mesti kekasihnya.

"Takkan N tak boleh tunggu? Korang dah bertahun sama-sama. She'll wait for you."

Dia geleng kepala. "Bukan pasal N. Our relationship is okay, and if it survives, it survives. Kalau tak, then tak ada rezeki la tu. It's leaving the friends. It's leaving you."

I was ready to cry. My heart felt like it was breaking into tiny pieces.Walau saya tahu dan saya redha yang kami ditakdirkan menjadi sahabat; tidak lebih dari itu; ianya tetap pedih. Bagaimana, apa yang perlu saya katakan?

Saya hanya mampu tunduk. Setitis airmata mengalir, jatuh ke atas helaian tisu diatas meja. Saya rasa dia nampak, tapi saya bangun dengan pantas. Mana mungkin saya beri peluang untuk dia berkata-kata. Mana mungkin saya biar dia lihat ke dalam hati. Saya sepatutnya kawan yang menyokong, kawan yang menggembirakan, kawan yang setia. Bukan kawan yang muram, kawan yang rudum, kawan yang mengelirukan, kawan yang bagai kehilangan.

"I have to go."

Itu saja yang saya katakan padanya. Saya minta maaf dengan kerdipan mata yang kian berair. Dia bagai terpegun. Wajahnya sedikit terkejut, dan beberapa saat kemudian berubah lembut. Matanya beritahu yang dia memahami. Dia menghembus nafas keluh, bahunya jatuh. Dia hanya mengangguk. Belum tiba masanya untuk menyatakan perasaan. Tidak akan tiba masanya. Saya akan pastikan.

Saya bukan untuk dia. Dia bukan untuk saya.

Orang yang menangis dalam LRT tempohari itu adalah saya.

No comments: