Pages

Sunday, May 14, 2006

Dulu saya selalu rasa tertekan. Saya gemuk, saya berkulit gelap, saya tak cukup tinggi, saya tidak begitu cantik. Secara pendeknya fizikal saya memang tidak begitu memberansangkan bagi perkembangan pacaran.

Saya juga rasa tanggungjawab sebagai anak sulung yang agak berat. Otak kena pandai, jadi contoh adik adik. Perangai kena sopan, tidaklah malu nenek bila sesekali pulang ke kampung. Kena rajin mengemas, membasuh, melipat, memasak dan semua aksi 'me' yang berhubungkait dengan sifat kewanitaan mengikut definisi orang melayu.

Jadi bila saya di sekolah, bila saya di universiti, bila saya pulang ke kampung, saya sering rasa kecil. Apatah lagi bila ada orang yang buat lawak-lawak yang mnyentuh fizikal saya. Masa saya kecik reaksinya cuma tunduk dan bawa hati. Bila saya dah besar, saya akan join mengutuk diri sendiri dengan membuat lawak-lawak rebuff yang konon konon nampak riang tapi sebenarnya sarcastic sentap. If you can't beat 'em, join 'em.

Tapi lama-lama saya rasa macam badut pulak. Dahla saya menyampah kat badut. Kenapa la saya nak bodohkan diri saya? Saya tiba-tiba dapat kesedaran untuk bangkit. Tidak lagi ingin dibuli. Dan saya jumpa ayat yang paling tepat untuk saya melantun diri jika diberi lagi ayat-ayat sentapan.
(Untuk ini saya perlu berterima kasih pada Afdlin Shauki)

"Aku gemuk boleh kurus, ko sampai mati hodoh!"

Muahahahahahahahahahah!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments: