Pages

24 means

Monday, May 22, 2006

Dear Friends,

Sebelum tarikh 20/5 menjelang, saya sangkakan yang '24' bakal menjadi beban pada saya. mana taknya, dengan nombor itu, saya terpaksa grow up, terpaksa lebih matang. Terpaksa mula tunjuk sikap 'kak long' yang skema dan penuh kedewasaan. tak boleh pakai jacket dengan pin kepala raksasa lagi, tak boleh pakai beg mengarut2, tak boleh pentingkan sneakers dari heels bila nak pergi kerja. bunyinya macam nightmare kan? (seperti nightmare jack bauer dalam "24", yang tak habis habis walaupun 24jam tu dah habis....24 sinonim dengan nightmare la jawabnya, kan?)

Tapi lewat malam 19 Mei kawan2 buat saya rasa sangat dihargai for who I am. Saya tak perlu pura2 depan anda semua. Saya boleh berambut kembang tak mekap, dan kita still have fun. Saya tak perlu pakai high heels untuk enjoy menonton Poseidon. Saya tak perlu malu pam kepala dalam jamban kalau saya tak sampai satu not bila menyanyi. Saya tak perlu putik kapas bila dengar Rizal & Jim nyanyi ghazal untuk rabiah (kali ini tidak sumbang sangat!) dan lagu chowkit road adalah lagu terbest untuk berkaraoke ramai-ramai!

Jadi ribuan terima kasih kerana menjadi kawan saya. Adakalanya saya rasa macam saya sangat lonely dan tak punya sesiapa, tapi kelmarin dulu membuat saya tersenyum syukur kerana kelak, jika saya berasa depressed, saya tahu yang tuhan menganugerahkan saya dengan kawan2 yang senantiasa di sisi.

Thanks. Moga tahun2 mendatang kita masih berkawan. Jika satu masa nanti kita mungkin bergaduh, terluka hati, berperang atau berebut tender (?), maka ingatlah walau bagaimana laser mulut saya, walau bagaimana sentapnya statement saya, atau walau bagaimana menyampahnya sikap saya pada anda, SAYA SAYANGKAN ANDA SEMUA.

Thanks, fom the bottom of my heart!

Tak lupa pada yang hantar SMS, call dan emel, terima kasih banyak2! Saya pelupa, mungkin tak ingat harijadi anda pula, tapi percayalah yng saya sentiasa ingat akan persahabatan kita! (kalau sudi hantarlah saya tarikh lahir anda, boleh saya catatkan dalam diari supaya tidak lupa)

p/s: Ik & Uns, you make me wanna convert to choc cheese the next time i go to secret recipe...almost. hehehe...!

No comments: