Pages

Tahi kambing bulat-bulat

Tuesday, April 18, 2006

Hari ini saya nak ambil cuti dari lagu-lagu mat saleh dan kumpulan Indonesia yang sering menempik dalam telinga. Bosan pula dengar lagu-lagu asing. Hari ini saya ingin mengkhaskan pendenganran saya pada seorang artis Malaysia yang tak kurang hebatnya.

Walaupun suara beliau sedap, lunak, dan cukup dalamnya, saya nampak di kini agak kurang diberi perhatian pihak media. Mungkin peribadinya yang tidak mengejar glamour dan sering low profile menjadikan beliau calon yang kurang digemari. Lagipun beliau memang bebas kontroversi. Tak pernah pula dengar kisah dia dengan mana-mana Diana, ataupun ada perhubungan dengan mana-mana ‘Datin’ K.

Beliau pernah menyepi buat seketika beberapa tahun dahulu. Kini beliau dahpun kembali aktif dengan undangan ke show-show. Bekas askar ini memang petah kalau diajak menjadi pengacara. Maklumlah, beliau ni mindanya ligat memutar idea. Kelakar juga orangnya. Malangnya sekarang ini orang dah kurang melayan lawak-lawak jenis beliau (yang sangat popular di tahun 80an dan awal 90an). Orang lebih suka lawak Aznil yang kelakar tapi kadang-kadang over, atau lawak Azwan dan Chef Wan yang memang over tak terbendung.

Ah, satu lagi. Beliau turut mengacarakan rancangan sendiri bersama satu lagi artis seangkatan yang sama-sama riot. Saya pun kurang pasti bila rancangan itu disiarkan. Masa saya mula-mula tertengok rancangan tersebut (terjumpa ketika melayar siaran di Astro), saya punyalah gembira. Mana taknya, zaman rumaja saya dulu banyak menyimpan kenangan artis lelaki tersebut. Saya juga membesar dengan cerita-cerita serta rancangan-rancangan kendalian si artis perempuan tersebut. Ebok benar persaan saya. Tapi malangnya rancangan kali ini agak hambar. Lawak ala Jangan Ketawa dan Gado-gado sedikit tak menjadi kerana hanya dua orang yang mengemudi. Apatah lagi penonton di studio yang bagai ingin tak ingin berada di sana. Itu belum kira masa kedua artis menyanyi. Penonton dah sampai tahap menguap tanpa segan silu di depan kamera. Kesian…

Bebalik pada artis lelaki tadi, saya sebenarnya didedahkan dengan muzik beliau sejak kecil lagi (album nyanyiannya ada lah satu atau dua sahaja). Mak Teh saya (seorang yang sangat kelakar dan periang) memang rajin membeli CD yang pelik-pelik. Bercuti di Thailand, dibawa pulang CD pop siam yang muziknya mengingatkan saya pada baju kemeja berbunga-bunga, topi mengkuang dan muka Pak Siam yang merah arak. Kadang-kadang kaset lagu Hindustan zaman Zeenat Aman. Kaset Apo Kono Eh Jang. Trio Santan Berlada. Duet Abdullah Chik dan Noraniza Idris (sebelum lagu asli dikategori irama Malaysia). Lagu ntah zaman bila-bila. Semuanya ada.

Saya ingat lagi, setiap kali pulang ke Balik Pulau untuk berhari raya, mesti Mak Teh akan keluarkan radio hi-finya. Dulu bapa saya memandu Ford Estima yang tak ada radio, jadi perjalanan kami kemana-mana memang sunyi. Bila nampak radio memanglah saya dan adik akan tergedik-gedik nak menari (Masa itu saya budak lagi, poyo). Jadi pada salah satu pagi raya, sebelum orang bersiap untuk ke masjid, Mak Teh kumpulkan semua budak-budak di ruang tamu rumah nenek saya. Radio dah tersedia. Dan pagi itu kami pun melompat lompat sambil ketawa tak henti mengikut irama lagu Ayam nyanyian Jalil Hamid, dan lagu ini:


Pisang Panas – Salih Yaacob

Resolusi
Impian
Pisang Panas, Pisang Panas

Si Anu berangan-angan nak jadi kaya kononnya
Pun menuntut ilmu niaga
Seputar alam di pasar haram

Cogankata idealisma
Panji budaya autopia
Semangat gah demi materialisma

Kepala runsing memutar modal
Sepanjang kail yang sejengkal (panas)
Baru untung sejuta
Tanah sekangkang kera
Pusaka Pak Tua pula menjadi catur dan mangsa
Idea serta skim gilanya

Tanpa usul periksa
Salahkan tuan
Tak sekolah
Tak belajar Ugama

Pisang Panas
Resolusi
Pisang panas
Impian

Bukan senang mahu senang
Tapi bukan susah mahu susah
Ada uwang hati senang
Hati senang adanya uwang

Kecik-kecik tak mahu kojol
Sudah besar kasi orang tonjol
Hidup mahu pakai uwang
Mati lagi kena pakai uwang (panas)

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap salah
Tak cakap pun salah
Serba salah
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk dan tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki

Dalam laut penuh jerung
Ikan bilis masih mampu harung
Ada otak boleh jadi towkeh
Jadi taukeh kalau ada otak
Nyamuk seberang sungai ternampak
Itu kan bohong dan merepek
Dunia dalam banyak cerita
Jangan buang dalam jamban

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap pun salah
Tak cakap salah
Serba salah
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk
Tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki

Jangan suka ambil mudah
Nanti kan tergadai maruah
Adat gelap lawannya terang-terang
Selepas terang mesti gelap-gelap

Harimau mati tinggalkan belang
Jangan kita tinggalkan hutang
Susahkan anak dan janda muda
Nak cari bapak
Nak cari suami

Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap pun salah
Tak cakap salah
Serba salah (memang pun)
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk
Tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki
Kita kawan-kawan
Tak mahu lawan


Pisang Panas
Resolusi
Pisang panas
Impian

Steadylah beb…



Kalau nak pinjam CD Salih Yaacob saya, jangan segan minta ya!

No comments: