Pages

Ping, berpusing..macam gasing ...

Monday, April 03, 2006

Anda ada masalah mmembaca tak?

Maksud saya, bila anda lalu dihadapan kedai buku, jiwa anda meronta-ronta untuk masuk. Sesudah masuk, tangan anda tak boleh duduk diam. Harus nak pegang buku itu dan buku ini. Dompet anda pula bagai berdenyut menyatakan kehadiran wang kertas berhelai-helai yang ingin dirinya dijoli. Walau bagaimana minda anda mengekang panggilan tersebut, hati anda pula memujuk akal agar pinta dompet tidak diperdulikan.

Kadang-kadang anda berjaya keluar dari kedai buku tanpa sebarang benda. Tepat 10 langkah, kaki anda mengammbil alih. Lari jauh dari kedai buku. Ahh..lega. Tapi - rupanya ke mesin ATM. Dan 2 jam selepas itu anda dilihat keluar dari kedai buku dengan 2 beg plastik sarat berbuku. Wajah anda kelihatan riang bercampur duka. Seronok dapat buku baru, tapi pening nak memikir bajet sepanjang bulan dengan wang yang tingal seciput.


Itulah dilema saya.
Kalaulah buku ada versi cipla- eh, tidak...Saya menyokong industri buku. Kadangkala saya bersyukur buku tidak diciplak. Kerna walaupun mahal harganya, kepuasan yang saya dapat selepas membacanya adalah priceless. Lebih kurang macam iklan kad kredit tu la:

Tambang LRT ke KLCC: RM2.30
Makan tengahari: RM10.00
'Terpaksa' berhenti di kedai jewelllery: RM30.00
Harga Buku-buku: RM241.95
Kepuasan membaca tanpa ada had limit pemulangan: TIDAK TERKIRA

No comments: