Pages

Idamannnya Julia Robert's Oscar dress

Wednesday, April 26, 2006

"Lace Layers. Lace layers together with fresh colour lining," katanya ambil bibir muncung menunjuk deretan French Lace di hadapan.

"Fresh bagaimana? Mahu pink pastel?" tanya jurujual.

"Tidak, tidak. I nak something more natural, like pale peach, or salmon. Really pale salmon."

"Perfect choice," tangan jurujual pantas merayap ke papan kain satin di belakang kami. Kain kilau berwarna salmon dicapai.

Saya senyum melihat gelagat jurujual yang sibuk membanding warna. Memang payah kalau membeli belah dengan kawan yang seorang ni. Semua benda mesti tepat pada pinta. Jika tidak, aduh… sampai malam baru selesai. Pernah sekali kami keluar bersama mencari kain sesuai untuk kurung Hari Raya. Keluar masuk gedung-gedung kain di Jalan TAR. Habis dari tingkat atas ke bawah kami jelajah dan geledah. Mujurlah saya berkasut sneakers hari itu. Jika tidak, mungkin saya sudah serik menemaninya.

Saya ingat lagi, dia naik berang dengan seorang jurujual yang tak tahu membezakan warna violet dan lavender. Marahnya bertambah-tambah bila jurujual itu mendengus "Ungu jugak apa?" Muka kawan saya berubah bagai udang galah bakar.

Kawan saya yang seorang ini memang separa diva. Walaupun tubuhnya tidaklah berupa peragawati (tolong jangan beritahu dia saya kata begini), tetapi citarasa berpakaiannya mengalahkan artis. Bukan dari segi bertatah segala, tapi kawan saya ini cukup pandai memilih kain dan rias menghias badannya. Jika tak kenal, maka anda akan ingat dia seorang pereka fesyen. Sayangnya dia tak pandai menjahit. Katanya tukang jahit paling dpercayai dirinya adalah kakaknya yang pernah belajar di Milan dulu. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan?

Dia memang pandai memadan, pandai menilai. Inspirasi dikutip dari jelitawan Hollywood dan ratu-ratu Bollywood. Katanya artis tempatan tak pandai memilih pakaian. Designer banyak yang hebat tetapi artis yang tak pandai menilai pakaian. Kalau anda baca majalah-majalah hiburan, tolonglah jauhkan darinya. Kalau dia nampak gambar artis-artis kita ke majlis glamour dengan pakaian ang agak disastric, tentu mulutnya tak berenti mengomel. Macam ayam cirit birit.

Jangan sekali-kali anda ajak bicara tentang busana Siti Nurhaliza, terutamanya di zaman awal kemunculan Siti hingga lewat 5 tahun lepas. Baju macam pokok Krismas, baju macam orang buta jahit, baju macam warna langit nak kiamat. Rambut bangun tidur, concealer bawah mata lebam. Mujurlah saya ini bukan artis, dan tak berada. Kalau tidak, mungkin dia muntah setiap kali berjumpa saya. Maklum sajalah, saya pakai apa saja yang saya suka. Lagipun saya tak punya Bill Keith atau Rizalman sebagai pereka busana saya. Paling-paling pun Old Navy, Abercrombie.

Pada majlis perpisahan sekolah menengahnya, kawan saya berdress hitam paras lutut ala Kelly Osbourne. Zaman itu Kelly Osbourne pun masih di sekolah rendah. Dua tahun lepas, dia bergaun putih mulus seperti Angelina Jolie. Yang lebih mengkagumkan, semuanya nampak cantik terletak di badannya. Memang ramai yang jelak kalau mendengar dia berbual mengenai baju mirip Julia Roberts atau A-line skirt ala Sarah Jessica Parker miliknya, tapi bila melihat hasil yang melekap di tubuhnya, tak ada seorang pun yang pernah mengutuk. Semuanya kagum.

"Macamana El, cantik tak?" tanya dia.

Saya pantas memandang kombinasi kain di tangannya. "Aku okay aje."

"Untuk dinner di Majlis Amal bulan depan, macamana?"

Saya menggaru kepala. Alamak. Yang ini susah sedikit kerana bakal ibu mertua adik beliau akan ada disana. Peliknya, keluar teman lelaki adiknya ini suka bergaya. Jadi, harus glamour tetapi tidak melebihi hos, bukan begitu?

"Haritu kan kau ade tunjuk kat aku material satin grey tu. Kat mana nak dapat?"

Alamak. Masalah lagi. Saya bukannya berduit. Kalau mencari kain selalunya ke arked di Masjid India, kedai-kedai sari, atau nak senang, ke Nagoya sahaja. Mahukah dia?

Dia mengibas rambut lurusnya. "Kat mana El?"

"Er, satin grey yang ade black suede embossing tu kan?" harap-haraplah dia dah lupa.

"Em, the exact one. Aku cari kat Gulati's tak ada la."

"Itu sample yang aku ambik kat Nagoya."

"Nagoya?"

Jurujual di belakang tersenyum sinis. Maklumlah, kami di butik yang agak high-end. Pelanggan-pelanggan tetapnya mungkin tak pernah dengar nama Nagoya, macam kita semua tak pernah dengar Siti Nurhaliza bercakap telo orang Kuala Lipis.

Kawan saya terdiam. Mungkin otaknya ligat membayangkan rupanya dengan kain Nagoya. Mukanya sekejap berkerut, sekejap matanya terkelip-kelip. Kemudian angguk perlahan.

Jadi kami pun ke Nagoya. Sampai saja ke kedai, dia terus mencari kain itu dan ini. Gorgette biru firus dan hijau epal, kain sifon coral dengan satin hitam, sheer lace dengan black line denim. Maklumlah, orang perfectionist. Kainnya juga harus perfect, kan?

Lewat petang saya sudah berpeluh. Berdiri di kaunter menanti dia membayar jurujual Nagoya bertahi lalat di bawah bibir. Kawan yang sibuk menyeluk mengira duit akhirnya mengeluarkan kad kredit. Susah nak kira kain yang sikit-sikit dengancash. Lagipun katanya, never carry too much cash, it might add a few kilos to your shopping cart.

"Macamana?” tanya saya bila kami melangkah keluar dari Nagoya. "Nak cari tempat lain pulak ke? Maklumlah, aku ni shopping kat tempat murah je. Takde la French Lace segala."

Dia geleng. "Tak lengkap lagi ni, aku ada a few ideas tapi materialnya tak ada la. Tapi lain kali aje la. Aku nak jumpa mak aku for dinner. So I'll see you later ya? Bye!"

Kami bersalam, cium angin sebelah pipi masing-masing dua kali, dan dia pun berlalu pergi.
Dengan 2 beg plastik besar penuh dengan kain.

Tak lengkap my ass. Hehehe...

No comments: