Pages

Sibuk

Friday, March 31, 2006

Sememangnya dah lama saya tak mencoret di sini. Hidup kan sentiasa padat dengan benda-benda yang penting (dan beberapa benda yang tak begitu penting).

Tapi yang paling kelakar sepanjang dua minggu ini adalah pabila ada yang fikir saya sebar cerita pada media tentang seseorang. Heh, saya dan media? Ruangan gossip?

Kita semua berkerja dengan artis siang dan malam. Bak kata Zack “Tolonglah…ini dah jadi ruji kita la. Kerenah si anu, si dia, semua kita tau tapi buatpe kita nak cerita sana-sini?”

Paling utama – projek ini my baby project. Why would I want to jeopardize my career and my main project just to telltale about someone who is not even directly related to me? Selama ini saya cuba untuk tidak terlalu mengongkong. Malah saya sendiri jarang berada disekelilingnya kerana rasa si dia tak hingin pun nak pandang muka saya. Seolah saya ni tak punya cukup class nak ditegur sapa. Tak pernah pula saya mengarah-arah, memaksa-maksa, memaki hamun atau apa-apa sahajalah. Entah.

Be professional. Saya cuba sedaya upaya untuk menjadi pekerja yang profesional. Maaflah kalau saya mengecewakan anda dengan tidak menjadi seorang Drama Queen, tapi saya tak campur -adukkan kerja dan kehidupan peribadi. Lagipun, saya jarang baca kolum gossip. Maaf.

Biarlah apa orang nak kata. Saya terima. Mulut orang tak boleh ditutup, bukan? Cuma saya berharap perkara kecil kuman ini tak akan dikantakan. Reputasi semua orang – dia, saya, syarikat saya – akan tercemar jika kita take to heart benda-benda gossip sebegini. Lumrah bidang anda, maka ambillah yang jernih. Buka buku baru. Jangan terus hitamkan hati keruhkan minda dengan perkara yang tak sepatutnya.

Saya juga harus lebih berhati-hati dengan penampilan saya. Mungkin saya perlu kurang buat kawan dengan krew. Yalah, nanti selalu gelak ketawa dengan mereka dianggap sebar gossip pula…


P/S: Sorry Kak Sham, memang jarang-jarang saya baca majalah hiburan awak. Nantilah…

No comments: