Pages

Pipa Pila Pi Dodo

Wednesday, March 01, 2006

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Saya setuju.
(Walaupun agak sukar mencari ayam hidup di kawasan kediaman saya. Jika ni berterusan, saya mungkin akan lupa rupa ayam sebenar.)

Selama saya hidup, saya tak pernah memenangi sebarang hadiah. Cabutan bertuah? Memang tak bertuah langsung. Sessi soal jawab? Minta maaf, tak ada. Selalunya bila ke majlis makan malam, atau apa-apa keramaian, saya memang tak begitu ambil perhatian tentang sebarang cabutan yang dilakukan. Saya tahu saya mesti tak menang punya.

Tapi itu semua berubah tahun ini.

Ketika Majlis Makan Malam syarikat kami Januari lalu, nombor saya dipanggil oleh Aznil Nawawi ke pentas. Lebih mengkagumkan, hadiahnya bukan sekadar set gelas minum berharga RM10.00 atau blender. Saya 'pemenang bertuah' hadiah tempat ketiga, sebuah kamera digital olympus 6.0mp. Dan lebih bertuah lagi, tukang bagi hadiah adalah abang Jamal Abdillah yang saya minati.
Tangan Jamal gagah. Tangan Aznil lembut. Betul.<--- maaf selingan.

Ramai yang kata saya bertuah, orang baru dah menang hadiah.
Saya kata ini baru sekali dalam seumur hidup menang.
I didn't know I was on a winning streak.

Awal tahun tempohari saya ada melawat laman web microsoft untuk informasi berkaitan software untuk eMac saya. Sementara menunggu informasi yang diperlukan, saya pun dengan suka-suka menjawab survey umum berkenaan eMac dan Apple. Sememangnya saya tak menyangka dan menjangka apa-apa akan terhasil dari survey itu. Lagipun pop-ups selalunya hampeh.

Awal bulan Februari saya terima emel dari Microsoft US. Minta alamat. Katanya saya antara yang terpilih untuk memenangi hadiah untuk ssurvey yang saya isi. Saya beri alamat saya. Selepas itu tiada balasan emel. Saya jangkakan yang mungkin hadiah itu terhad bagi penduduk US sahaja, jadi sayapun berhenti berharap (bayangkan lagu Sheila On 7 bergema-gema sambil anda membaca bahagian ini).

Hari Isnin mak telefon saya.

Mak: Ha, Yana kat mana?
Saya: Kat gym dengan Tini.
M: What time are you coming back?
S: Taktau lagi la mak. Pasai apa?
M: Ada package for you.
S: Package? (mungkinkah...)
M: Ha, kotak macam buruk sikit. Ringan, besaq kotak hadiah yang boleh isi novel tu.DHL.
S: DHL? (Mungkinkah...)
M: Balik satni bukak lah na?
S: Ok.

Sampai rumah saya lihat mak dah tertidur atas kerusi ruang tamu dengan kotak ditangan. Amboi, excitednya...

Dan ya....

1 iPod nano 4GB
1 Microsoft Office 2004 original software
1 Microsoft Mactopia ballpen


Alhamdulillah...
Walaupun I'm more of a CD player person, tapi saya gumbira menerima iPod tu. Kalaulah kawan saya Madiha yang menang..dia sanggup beli second-hand iPod RM beribu kerana nak sangat iPod. Saya dapat nano tapi macam tak boleh nak fully appreciate sangat pasal memang bukan fanatik. Macam peminat Emilia tapi dapat jumpa Mawi.

Jadi saya kini dah pun memakbulkan gambar blog saya. Cuma rambut kerinting saya pendek sikit. Hehehe...

What iPod are you?

p/s: Saya baru perasan yang saya menggunakan post ke-100 saya untuk membebel pasal kumpulan RATU. cheh.

No comments: