Pages

Hidung Tinggi

Monday, March 20, 2006

Wah, rupanya orang ingat saya ni seorang yang sombong.

Ada sedikit kagum di hati saya bila bos saya kata begitu. Sombong? Kawan-kawan selama ini kata saya samada seorang yang terlalu mesra tak boleh diam, atau becok tak ingat. Pernah seorang kawan kata first impression dia terhadap saya ialah saya budak poyo macam bodoh-bodoh sikit.

Tapi ini kali pertama orang kata saya sombong.

Bos kata saya patut singgah2 sedikit di meja orang, borak-borak kosong, biar orang nampak ditegur dan rasa dikenali. Bila bercakap tu bertentang matalah, Jangan pandang tempat lain. Bila berbicara jangan laju sangat. Bila terlalu laju orang tak faham. Ada juga yang rasa saya ni hot tempered dan kurang kesabaran. Cakap laju, penuh emosi. Marah-marah saja.

Ya, mungkin salah saya juga. Sememangnya saya diberanakkan untuk cakap laju. Bertahun masuk pertandingan debat, dan berkawan dengan kawan-kawan yang cakap tak tunggu orang menjadikan saya tukang cakap paling laju. Kalaulah saya ni tak ada asthma, saya yakin saya boleh mengalahkan Bone, Thugs And Harmony bila bab bicara tanpa nokhtah, mahupun cakap selaju keretapi. (Kata bapak “Cakap macam besok dah tak ada.”)

Bila bercakap saya selalunya guna emosi juga. I speak with my heart. Susah untuk saya cakap tanpa hati, sebab saya rasa sangat fake jika begitu. Jadi bila cakap laju, ditambah dengan nada emosi, maka ketekunan saya untuk menyampaikan sesuatu mesej itu diterjemahkan oleh pendengar secara berbeza – mereka fikir saya ni panas baran, dan mahu semuanya cepat-cepat. Lebih teruk, ada yang kurang faham apa yang saya katakan.

Jadi sekarang saya perlu melatih diri untuk bercakap perlahan. Macamana ya… Saya dah terbiasa ni, sebahagian dari darah daging saya. Time waits for no one. Kalau cakap perlahan saya rasa macam idiot. Dan saya rasa macam saya seolah saya menganggap / melayan pendengar saya seperti mereka juga orang tolol yang perlu disebutkan semuanya satu-persatu, butir demi butir. Memanglah mencabar betul.

Itu belum kira aktiviti lepak sama-sama, borak kosong singgah di meja orang dan ajak berbual. Saya tak buat begitu kerana saya tak mahu mengganggu tugas orang. Sangat rimas kan kalau anda sedang membuat sesuatu dengan penuh konsentrasi bila tiba-tiba ada yang mengganggu. Pening pun ada. Putus minda yang tengah laju berputar. Terus hilang konti.

Apa, masalah pandang tempat lain?
Ini lagi susah. Saya ni agak konservatif bila bab-bab bertentang mata ni. Rasa macam...sesuatulah bila bercakap asyik pandang pada orang itu saja. Macam saya gawking tau. Malu pun ada, rimas pun ada. Ini lagi kes berat.

Saya kena mulakan kempen mesra alam lah nampaknya. Ada sesiapa yang ingin menjadi tutor?

No comments: