Pages

Selsema

Tuesday, February 21, 2006

Dah baca suratkhabar? Muka depan? Alah, pasal Selsema burung di Gombak tu...

Saya pun tinggal di Gombak. Kebetulan saya kena selsema teruk tiga hari yang lepas. Kebetulan juga saya betul-betul teringin nak makan ayam sehari sebelum saya selsema (dan memang saya makan).

Badan masih sakit-sakit, dan kahak berketul masih lagi di tekak. Adakah saya telah dijangkiti -
Ish, tak baik fikir macam tu. Er..nak kena pergi check sekali lagi ni…

Saya dah boleh bayangkan keadaannya kalau tiba-tiba Selsema Burung jadi pandemik di Malaysia…

Senario 1:
5 TAHUN DAHULU
Cikgu: Joe?
Ahmad: Dia selesema, cikgu.
Cikgu: (Geleng Kepala) Kesian.

SEKARANG
Cikgu: Joe?
Ahmad: Dia selesema, cikgu.
Cikgu: Hah, selesema? Dah kuarantin belum?


Senario2:
5 TAHUN DAHULU
Teruna: Saya hanya pakai kasut buatan Gombak.
Gadis: Apa salahnya pakai kasut buatan Gombak?

SEKARANG
Teruna: Saya hanya pakai kasut buatan Gombak.
Gadis: Hah, Gombak? Jauh sikit, nanti berjangkit pulak.


Senario3:
5 TAHUN DAHULU
Cikgu Sejarah: Apa persamaan antara negeri Slangor dan Negeri Sembilan?
Murid: Dua-dua negeri tak bersekutu, cikgu.
Cikgu Sejarah: Bagus.

SEKARANG
Cikgu Sejarah: Apa persamaan antara negeri Selangor dan Negeri Sembilan?
Murid: Dua-dua berpenyakit. Satu Wabak JE, satu selsema burung, Cikgu.
Cikgu Sejarah: Bagus.

No comments: