Pages

Friday, February 24, 2006

Saya tak boleh duduk diam dan rasa agak bengang bila blog2 yang saya kerap lawati tiada update.

Masalahnya saya lawat mereka setiap hari. Jadi renganggan 2-3 hari saya rasakan macam 20 hari. Seolah bacaan harian penghibur hati saya terhenti. Maka saya akan jadi gelisah, dan terus tidak ada mood.

Maksudnya?

Mungkin saya perlu berhenti 'menyelak kain orang' dan ubah rutin harian.

Berhenti kerja esok .
Simpan dreadlocks.
Jaja artikel / review / lirik saya dari satu majalah/produser ke satu lagi, hingga ada yang beli.
Pakai mekap gaya smoky eyes.
Tidur pakai baju.
Bercakap dalam gaya orang dolu-dolu dalam cerita purba.
Sertai kumpulan kompang Rukun Tetangga Taman Melawati.
Gunakan semua duit di dalam bank untuk melancong ke Nkaw Kwahu, Ghana.
Mengorat mana-mana lelaki yang senyum pada saya.
Mogok makan nasi dan berubah pada Roti Wholemeal sahaja.

Buang spekmata dan pura-pura nampak 20/20.


Mungkin tidak.....

No comments: