Pages

Oprah's Book Club

Tuesday, February 07, 2006

Perjumpaan kali kedua memang agak pelik. Kami janji berjumpa di Kinokuniya KLCC. Ya, Kino bukan lokasi sessi bergumbira yang sesuai, tapi saya tak keberatan kesana. Dia nak beli buku, saya tak mahu beli sebarang buku (budget dah lari) tapi setuju dengan lokasi pasal kedai buku seolah second home saya. Antara tempat yang paling selesa.

Saya tiba awal dengan harapan dapatlah duduk-duduk tenangkan perasaan, tapi bila melangkah masuk Coffee Club Kino, dia dahpun duduk. Kopi pun dah ada diatas meja. Cis... terpaksa pura-pura tak gelabah. Kami minum kopi, borak-borak dan sedikit sebanyak mengenali perihal masing-masing.

Kami di CC agak lama. Bila dah kebas punggung, ke rak-rak buku pula. Saya tunjukkan koleksi akustik Aerosmith. The Beatles dan Frank Sinatra yang dah lama saya teringin nak beli. Katanya dia tak pandai main apa-apa alat muzik. Heh, saya pun bukan hebat mana. Takat strumming sikit-sikit boleh la.

Lepas di Kino kami ambil kepeutusan untuk plang. Berjam-jam di kedai buku, it get's to your head. Really. Saya dah terpanggil untuk memecahkan keazaman tak nak beli buku saya, dan dia nampak macam tak sabar nak memulakan bacaan. Saya faham, saya pun begitu juga bila sampai bab buku. Oh, tapi dia baca buku self-motivation. Saya mahap ampun, takkan berjaya habiskan buku sebegitu.

Memang pertemuan kali itu pelik tapi gumbira. Banyak persamaan antara kami. Banyak juga perbezaan.

Kami suka membaca.
Sama-sama peminat Thomas Harris.
Dengar 80s music (boleh siap main guess the song!)
Minat SinChan versi Indon
Dua-dua layan M.Nasir
Suka dan faham the Matrix Triology (which many didn't get)
Kami tak tahan asap rokok

Saya suka jazz, dia lebih suka ska dan 90s alternative music
Dia suka memandu, saya tak suka & tak hingin langsung
Dia bela python, saya mahappp la ular2 ni
Dia dah travel half the world, saya berangan saja.
Dia kumpul pembalut coklat, saya makan coklat pun sebulan sekali saja ;)
Dia boleh cakap French dgn lancar, saya bahasa Jepun yang belajar kat UiTM dulu pun dah lupa.


Dan saya sangat suka caranya yang jujur dan sangat telus. Dia tak sorok sebarang perasaan, reaksi yang direct. Sekurang-kurangnya we know where we stand in this relationship.
(him in bold, me in italic)

Are you attached?
Nowpe.
I am.
Okay. To be married ke?
Itu soalan yang susah nak jawab. Bukan sekarang la. Of course semua orang yang ade girlfriend nak kahwin, kan?
Yeah, but some not to the same girl.
I'm not that kind.


Good. Bukan jenis floating idiot. Dan straight forward di kata yang dia sudah berpunya. Thus motifnya bukan untuk berpacaran.


Are we like... friends?
Yeah. Kenapa?
Naah, just to confirm.
Saya takde perasaan kat awak ye. Jangan perasan.
Heheh. Tak, untuk pihak saya la saya nak komfem.
Apesal? Ada perasaan lain ke? Mintak mahap ye, I'm a one man woman.
Bagus la. I echo your sentiments. Sampai bile status ni?
Until the right one comes la.
Do you like thin guys, or manly ones?
Huh? Yang bagak. Yang lojik la. Kurus sangat tak best. Dia kena versi aktiviti cuddly yang indah
(Grins like an idiot)

Maksudnya? Seolah nothing's going on, but there's something underneath that hasn't surfaced yet. Saya pun malas nak tanya lebih-lebih. Biarlah. Apa-apa saja.

Janji seterusnya di MPH Mid Valley pula. Nampaknya kami dah jadi ala-ala Book Club pulak. Baguslah, saya pun dah lama cari teman bacaan sekepala. Mungkin jugak nak tonton Puteri Gunung Ledang The Musical.

Jadi itulah ceritanya. Ya, anti climax. Saya tahu. Sebarang spekulasi yang dicetuskan (anda tahu siapa diri anda) kini dah terjawab. Jadi sudi-sudilah rectify mana-mana gossip yang telah tersebar ya.

Terima kasih.

P/s: ya Q, boleh saja kalau nak ikut next outing. Perhaps boleh lawan Oprah punya book club :)

No comments: