Pages

kau tulis namamu...

Monday, February 27, 2006

Republik Cinta agak mengecewakan saya. Aduh...agak sedih bila mendengar album tersebut. Mana DEWA yang saya puja-puja? Album ini bunyinya seolah Dewa terpaksa menyekang originaliti mereka dengan memainkan musik yang lebih pop. Permintaan syarikat rakaman? Atau saja-saja? Atau mungkinkah Dewa dah terkena sawan muzik pop sampah? (Bertenang baladewa sekalian, belum sampai ke tahap itu lagi.)

Okay, mungkin persepsi saya sebetulnya sudahpun negatif sebelum saya mendengar album ini. Kenapa?

1. Saya sukar menerima yang Ahmad Dhani boleh terlibat dengan produksi ‘pop-basi’ kumpulan isterinya, RATU. Ya, memang Maia dan Mulan boleh menyanyi (isteri Dhani Maia), tapi konsep mereka terlalu pop kebudak-budakan. Think D-va. Maia wanita matang, jadi kelihatan agak bodoh dengan tocang, baju ketat skirt pendek dan mekap gaya kumpulan Shampoo di abad lepas. Mulan pula lebih sesuai nyanyi dangdut. Dan lagu-lagu Ratu- sungguh abad lepas. Formula pop yang terlalu tipikal. Pop Agnes Monica 10 kali lebih baik. Bosan bosan bosan. What was Dhani thinking?

2. Dhani the man sendiri mengaku yang album Republik Cinta merupakan album yang disimplify untuk pendengaran umum. Katanya album-album terdahulu agak sukar ditafsir oleh orang ramai, jadi mereka saja ingin buat album yang lebih radio-friendly.

WTF? Saya rasa sebab utama baladewa baladewi mendengar album Dewa adalah kerana kombinasi lirik dan lagu yang lain dari yang lain. itu bellum kira kekuatan vokal Once dan Dhani sendiri. Mainan muziknya. Saya sendiri terpikat dengan Dewa kerana lirik yang begitu mendalam dan susunan melodi yang inovatif. I never know what’s coming, and I like that pleasant surprise. Bila Dhani kata yang album ini dibuat agar ramai yang boleh memahami, saya sudah tahu yang album ini sekadar album picisan, album main-main dewa untuk orang ramai.

Okay, jadi saya bias. Bila nak mendengar Republik Cinta saya buang jauh-jauh perasaan tak hingin saya itu. Mungkin saya salah tafsir. Mungkin best sebenarnya album ini.

Aduh...Laskar Cinta Chapter 1 bunyinya macam lagu Yasin yang dirockkan. Lirik pun...gitu-gitu aja. Chapter 2 - that's more like it. Melodi masih yang sama, tapi liriknya mula berbunyi 'Dhani'.

Nasib baik Emotional Love Song lojik. Bunyi Dewa kembali. Adalah satu dua lagu lagi yang bisa jadi hit Dewa, tapi agak sukar nak mencari favourite kerana lebih kurang saja pencaturan Dewa kali ini. Selamat, senang dihadam. Tak ada Dewa yang kompleks, yang bikin kita fikir dan kagumi hasil penulisan muziknya.

Nak tergelak pun ada juga ketika mendengar lagu-lagu album kali ini.. mungkin Dhani & Once cuba tampilkan the pop side of them, sekaligus menonjolkan the irony of it all. Mungkin sengaja sinikal. Ada satu lagu tu melodi asasnya macam lagu Skeeter Davis "End of the world'. Ada satu lagi lagu, bunyi macam rnb pula. Silap-silap kita mungkin dengar versi Mat Saleh dari Craig David satu hari nanti. Lawak betul.

Tak apalah, asal jangan Dewa tukar ikut konsep RATU sudah. (Penampilan Mulan dalam Sedang Ingin Bercinta sangat sangat irritating!)

No comments: