Pages

Kadet polis cabut dulu!

Sunday, February 19, 2006

Fina dan Am sibuk berlatih setiap hari selama 3-4 minggu untuk pertandingan kawat antara pasukan. Habis hitam legam adik-adik saya. Tapi I've been there, done that. The adrenaline rush (ye, ade adrenalin walaupun bukan terjun bungee atau lari pecut) yang bakar semangat. Apatah lagi kalau pasukan dapat berkerjasama tanpa masalah.

Saya, mak dan bapak memang tak rancang nak tengok pertandingan tersebut. Tapi bila lalu di depan sekolah (balik dari sarapan, sebetulnya), nampak pasukan Fina mula berkawat. Kami pun berhenti. Mujur ada kamera di tangan. Walaupun sudah hampir separuh aksi selesai, penonton tak henti lagi bersorak. Memang saya kagumi formasi kawat kaki Kadet Polis perempuan SMTM. Dengar cerita mereka wakil daerah. Patut pun..

Sedia


Pecahan formasi


Fina: front row, tengah

Zaman saya kawat dulu formasinya senang-senang. Sekadar buka barisan, buat bunga, gerak ke arah berlawanan, bentuk lawang, ladam...lebih kurang begitulah. Tapi kawat sekarang dah lain rupanya.

Sekarang saya faham kenapa Fina hitam legam tapi bangga. Memang hebat! Am tak sempat saya rakam formasinya kerana sudah terlepas. Tapi tak apalah, dia pun agak malu nak bergambar. Mungkin tak cool kalau kakak, mak bapak datang. Biasalah...

Kumpulan Fina akhirnya menang untuk kategori perempuan DAN juara keseluruhan. Punyalah seronok!
Balik rumah tayang pingat la...


Kumpulan Am tak menang apa2. Tapi katanya tak mengapa kerana kemenangan pasukan perempuan dah cukup menggembirakan.


Say whattt!


Bapak kata perut Am dah cukup qualify jadi polis


The girls just before the announced the winners

Tabik, sir! Yihaa!


Teringat lagu yang selalu Am & Fina nyanyikan
"Walaupun peluru datang bertalu... Kadet polis cabut dulu!!"

No comments: