Pages

kau tulis namamu...

Monday, February 27, 2006

Republik Cinta agak mengecewakan saya. Aduh...agak sedih bila mendengar album tersebut. Mana DEWA yang saya puja-puja? Album ini bunyinya seolah Dewa terpaksa menyekang originaliti mereka dengan memainkan musik yang lebih pop. Permintaan syarikat rakaman? Atau saja-saja? Atau mungkinkah Dewa dah terkena sawan muzik pop sampah? (Bertenang baladewa sekalian, belum sampai ke tahap itu lagi.)

Okay, mungkin persepsi saya sebetulnya sudahpun negatif sebelum saya mendengar album ini. Kenapa?

1. Saya sukar menerima yang Ahmad Dhani boleh terlibat dengan produksi ‘pop-basi’ kumpulan isterinya, RATU. Ya, memang Maia dan Mulan boleh menyanyi (isteri Dhani Maia), tapi konsep mereka terlalu pop kebudak-budakan. Think D-va. Maia wanita matang, jadi kelihatan agak bodoh dengan tocang, baju ketat skirt pendek dan mekap gaya kumpulan Shampoo di abad lepas. Mulan pula lebih sesuai nyanyi dangdut. Dan lagu-lagu Ratu- sungguh abad lepas. Formula pop yang terlalu tipikal. Pop Agnes Monica 10 kali lebih baik. Bosan bosan bosan. What was Dhani thinking?

2. Dhani the man sendiri mengaku yang album Republik Cinta merupakan album yang disimplify untuk pendengaran umum. Katanya album-album terdahulu agak sukar ditafsir oleh orang ramai, jadi mereka saja ingin buat album yang lebih radio-friendly.

WTF? Saya rasa sebab utama baladewa baladewi mendengar album Dewa adalah kerana kombinasi lirik dan lagu yang lain dari yang lain. itu bellum kira kekuatan vokal Once dan Dhani sendiri. Mainan muziknya. Saya sendiri terpikat dengan Dewa kerana lirik yang begitu mendalam dan susunan melodi yang inovatif. I never know what’s coming, and I like that pleasant surprise. Bila Dhani kata yang album ini dibuat agar ramai yang boleh memahami, saya sudah tahu yang album ini sekadar album picisan, album main-main dewa untuk orang ramai.

Okay, jadi saya bias. Bila nak mendengar Republik Cinta saya buang jauh-jauh perasaan tak hingin saya itu. Mungkin saya salah tafsir. Mungkin best sebenarnya album ini.

Aduh...Laskar Cinta Chapter 1 bunyinya macam lagu Yasin yang dirockkan. Lirik pun...gitu-gitu aja. Chapter 2 - that's more like it. Melodi masih yang sama, tapi liriknya mula berbunyi 'Dhani'.

Nasib baik Emotional Love Song lojik. Bunyi Dewa kembali. Adalah satu dua lagu lagi yang bisa jadi hit Dewa, tapi agak sukar nak mencari favourite kerana lebih kurang saja pencaturan Dewa kali ini. Selamat, senang dihadam. Tak ada Dewa yang kompleks, yang bikin kita fikir dan kagumi hasil penulisan muziknya.

Nak tergelak pun ada juga ketika mendengar lagu-lagu album kali ini.. mungkin Dhani & Once cuba tampilkan the pop side of them, sekaligus menonjolkan the irony of it all. Mungkin sengaja sinikal. Ada satu lagu tu melodi asasnya macam lagu Skeeter Davis "End of the world'. Ada satu lagi lagu, bunyi macam rnb pula. Silap-silap kita mungkin dengar versi Mat Saleh dari Craig David satu hari nanti. Lawak betul.

Tak apalah, asal jangan Dewa tukar ikut konsep RATU sudah. (Penampilan Mulan dalam Sedang Ingin Bercinta sangat sangat irritating!)

Friday, February 24, 2006

Saya tak boleh duduk diam dan rasa agak bengang bila blog2 yang saya kerap lawati tiada update.

Masalahnya saya lawat mereka setiap hari. Jadi renganggan 2-3 hari saya rasakan macam 20 hari. Seolah bacaan harian penghibur hati saya terhenti. Maka saya akan jadi gelisah, dan terus tidak ada mood.

Maksudnya?

Mungkin saya perlu berhenti 'menyelak kain orang' dan ubah rutin harian.

Berhenti kerja esok .
Simpan dreadlocks.
Jaja artikel / review / lirik saya dari satu majalah/produser ke satu lagi, hingga ada yang beli.
Pakai mekap gaya smoky eyes.
Tidur pakai baju.
Bercakap dalam gaya orang dolu-dolu dalam cerita purba.
Sertai kumpulan kompang Rukun Tetangga Taman Melawati.
Gunakan semua duit di dalam bank untuk melancong ke Nkaw Kwahu, Ghana.
Mengorat mana-mana lelaki yang senyum pada saya.
Mogok makan nasi dan berubah pada Roti Wholemeal sahaja.

Buang spekmata dan pura-pura nampak 20/20.


Mungkin tidak.....

Selsema

Tuesday, February 21, 2006

Dah baca suratkhabar? Muka depan? Alah, pasal Selsema burung di Gombak tu...

Saya pun tinggal di Gombak. Kebetulan saya kena selsema teruk tiga hari yang lepas. Kebetulan juga saya betul-betul teringin nak makan ayam sehari sebelum saya selsema (dan memang saya makan).

Badan masih sakit-sakit, dan kahak berketul masih lagi di tekak. Adakah saya telah dijangkiti -
Ish, tak baik fikir macam tu. Er..nak kena pergi check sekali lagi ni…

Saya dah boleh bayangkan keadaannya kalau tiba-tiba Selsema Burung jadi pandemik di Malaysia…

Senario 1:
5 TAHUN DAHULU
Cikgu: Joe?
Ahmad: Dia selesema, cikgu.
Cikgu: (Geleng Kepala) Kesian.

SEKARANG
Cikgu: Joe?
Ahmad: Dia selesema, cikgu.
Cikgu: Hah, selesema? Dah kuarantin belum?


Senario2:
5 TAHUN DAHULU
Teruna: Saya hanya pakai kasut buatan Gombak.
Gadis: Apa salahnya pakai kasut buatan Gombak?

SEKARANG
Teruna: Saya hanya pakai kasut buatan Gombak.
Gadis: Hah, Gombak? Jauh sikit, nanti berjangkit pulak.


Senario3:
5 TAHUN DAHULU
Cikgu Sejarah: Apa persamaan antara negeri Slangor dan Negeri Sembilan?
Murid: Dua-dua negeri tak bersekutu, cikgu.
Cikgu Sejarah: Bagus.

SEKARANG
Cikgu Sejarah: Apa persamaan antara negeri Selangor dan Negeri Sembilan?
Murid: Dua-dua berpenyakit. Satu Wabak JE, satu selsema burung, Cikgu.
Cikgu Sejarah: Bagus.

Kadet polis cabut dulu!

Sunday, February 19, 2006

Fina dan Am sibuk berlatih setiap hari selama 3-4 minggu untuk pertandingan kawat antara pasukan. Habis hitam legam adik-adik saya. Tapi I've been there, done that. The adrenaline rush (ye, ade adrenalin walaupun bukan terjun bungee atau lari pecut) yang bakar semangat. Apatah lagi kalau pasukan dapat berkerjasama tanpa masalah.

Saya, mak dan bapak memang tak rancang nak tengok pertandingan tersebut. Tapi bila lalu di depan sekolah (balik dari sarapan, sebetulnya), nampak pasukan Fina mula berkawat. Kami pun berhenti. Mujur ada kamera di tangan. Walaupun sudah hampir separuh aksi selesai, penonton tak henti lagi bersorak. Memang saya kagumi formasi kawat kaki Kadet Polis perempuan SMTM. Dengar cerita mereka wakil daerah. Patut pun..

Sedia


Pecahan formasi


Fina: front row, tengah

Zaman saya kawat dulu formasinya senang-senang. Sekadar buka barisan, buat bunga, gerak ke arah berlawanan, bentuk lawang, ladam...lebih kurang begitulah. Tapi kawat sekarang dah lain rupanya.

Sekarang saya faham kenapa Fina hitam legam tapi bangga. Memang hebat! Am tak sempat saya rakam formasinya kerana sudah terlepas. Tapi tak apalah, dia pun agak malu nak bergambar. Mungkin tak cool kalau kakak, mak bapak datang. Biasalah...

Kumpulan Fina akhirnya menang untuk kategori perempuan DAN juara keseluruhan. Punyalah seronok!
Balik rumah tayang pingat la...


Kumpulan Am tak menang apa2. Tapi katanya tak mengapa kerana kemenangan pasukan perempuan dah cukup menggembirakan.


Say whattt!


Bapak kata perut Am dah cukup qualify jadi polis


The girls just before the announced the winners

Tabik, sir! Yihaa!


Teringat lagu yang selalu Am & Fina nyanyikan
"Walaupun peluru datang bertalu... Kadet polis cabut dulu!!"

Of babies & bachelorettes

Saturday, February 18, 2006

Hanim & baby Mik


We visited Hanim on Saturday. Poor girl, she lost the baby she was carrying last week. She was already halfway into pregnancy, and it must've been heartwrenching for her. Although she looks fine, I guess dalam hati tuhan aje yang tahu, kan?

Anyway, Mikael, Hanim's first baby turned One! Adalah juga pengubat luka. He looks so much like his mommy. Maybe the next baby will take after Faizal.



I wonder why these ladies are cooing at me...


Maybe it's because I'm so cute!


Tickled pink by Mikael's antics


Mikael loves the camera! Direct a camera at him and he instantly poses for you. Nasib baik baru setahun, kalau tak I'd swear that Faizal & Hanim is training him to be a superstar! Those with female babies should perhaps be warned. This charmer is out to melt hearts, I tell you!




p/s: banyak jugak orang yang berangan jadi mak budak haritu. Sabar, sabar...your time will come...

Bicara cantik

Tuesday, February 14, 2006

"aku bukan gay. Aku trapped in this male body with this male thing hanging betweenmy legs..."

Aku idamkan rupa Halle Berry, kata seorang rakan.

Itu agak mustahil, balas saya.

Ah, kau dengki kan? katanya sambil mata menjeling pantas.

Bukan niat saya mengecil-ngecilkan mimpi kawan itu. Tapi memang dia tidak ada potensi langsung. Bukan kerana dia tidak cantik. Dia cantik. Cuma definasi cantik itu tak sepadan dengan Halle Berry.

Kulitnya putih melepak. Hidung penyek sedikit. Rambut dahulu sedikit ikal, sekarang kejung setelah direbonding (ikut gaya terkini, katanya). Bibir nipis. Badan kurus melengkung, tapi lurus tak berlekuk. Tiada payudara sarat.

Dan yang paling penting, dia bukan perempuan. Jalannya bagak, walau berkepit. Kadang-kadang tersadung tumit tinggi sendiri. Punggung boleh tahan, tapi lenggok kadang keterlaluan. Tinggi 6kaki 2 inci, bahu berdepa-depa. Ya, cantik pada saya, tapi tak sepadan dengan gadis Bond yang digilainya.

"Mak sanggup operate, nuks. Biar nampak sama macam dia."

"Banyak yang nak dioperate tu."

"Mak berangan macam dalam extreme makeover tu, nuks. Biar dari atas ke bawah mak tukar."

"Kau tak ada idola lain yang mudah sikit?"

"Ahh.. yang lain tu tak diva. Tetap Halle Berry juga," mulut pantas bicara sambil tangan menekap bedak ke muka.

Terdetik pula di hati saya untuk mengusik.


"Kau tak teringin jadi lelaki balik ke?"

Matanya terjegil. Tersedak. "Choi!!"

Marah betul dia. Nampak macam nak menelan orang. Menelan saya, mungkin. Lengan saya ditolak lembut. Tapi lembut tak lembut, terasa juga sakitnya. Tangan jantan kan..

"Mulut tak insuran punya perempuan! Kau gila?"

"Apa pula gila? Kelengkapan dah ada. Aku dengar kau dulu tak begini. Okaylah, kalau tidak tulen pun, pakai ala lelaki," saya cuba usik soal peribadi. Sebelum ini dia berfikiran terbuka. Tak kisahlah, kami telus antara satu sama lain.

"Aku bukan gay. Aku bernaluri perempuan. Aku trapped in this male body with this male thing hanging between my legs. Aku mahu kandung anak, aku mahu ada suami. Aku mahu jadi seperti wanita. Lembut, berbuah dada, suara halus, badan berbentuk, cantik bergaya. Itu aku yang seharusnya."

"Yang seharusnya adalah apa yang tuhan jadikan kau."

Dia menggetap bibir. "Habis, kau tak pernah inginkan lebih dari rupa kau sekarang? Nuks, kau bukan cantik pun ya. Kalau kita jalan berdua, yang disiulkan aku, bukan kau nuks!"

Ya, memang benar bukan saya yang disiulkan. Saya memang tidak cantik. Badan tak bagai biola. Saya tak melepak seperti dia, tak kurus macam dia, rambut tak lurus (kejung) macam dia, tak banyak koleksi kasut tumit tinggi macam dia, tak banyak kekasih silih berganti macam dia. Quite the opposite, if I may say so. Rasanya tak pernah pun ada lelaki yang bersiul pada saya. Selalunya kawan-kawan saya yang kena ngorat. Ya, kawan-kawan saya semuanya lawa belaka.

"Ingin. Itu semua orang ingin. Aku nak kaki kecik dari saiz 10, aku nak pinggang saiz 27, aku nak hati senang banyak uwang masa lapang. Semua aku nak. Tapi sekadar ingin saja. Bawah pisau bedah tu..belum pernah terlintas lagi."

"Then kita lain, nuk. Sudahlah, malas aku nak cakap dengan kau," dia pantas bangun dari kerusi. Kakinya pantas melangkah keluar dari restoran.

Bila saya keluar, dia berdiri mencebil. Tangannya terpaku mencekak pinggang. "Kalau tak nak temankan mak cari baju, tak apa! Mak boleh cari sendiri!"

Saya senyum. Lengan bajunya saya tarik. "Jomlah, jomlah. Kalah pulak kau nanti kalau baju tak meletop."

Kami keluar masuk dua tiga kedai pakaian. Berhenti di kawasan pakaian dalam, dia sibuk membelek coli dengan alas. Walaupun dia tak pakai semua itu, katanya berangan tak salah.

Ketika kami menuruni escalator, ada mat-mat yang bersidai di tepi balkoni mula mengusik. Mengusik dia, bukan saya. Dia pandang ke arah saya, seperti malu sedikit.

"Nuk, hanjeng ye diorang tu. Buta agaknya tak nampak kau kat tepi aku."

Itu caranya minta maaf. Agaknya mungin rasa statementnya awal tadi melukakan hati saya. Saya senyum sahaja.

"Taklah, kau memang pun jauh lebih cantik dari aku, nuk."

Dan dengan itu sepanjang hari senyumnya melebar.




Love's Trinity - Alfred Austin

Soul, heart, and body, we thus singly name,
Are not in love divisible and distinct,
But each with each inseparably link'd.
One is not honour, and the other shame,
But burn as closely fused as fuel, heat, and flame.
They do not love who give the body and keep
The heart ungiven; nor they who yield the soul,
And guard the body. Love doth give the whole;
Its range being high as heaven, as ocean deep,
Wide as the realms of air or planet's curving sweep.


To those celebrating, Happy Valentines Day.

Gila nyanyi

Friday, February 10, 2006

Rakan-rakan saya Azyim, Ikzal dan Aida sememangnya antara orang yang gila menyanyi. Kaki karaoke yang dasyat. Saya yang dari zaman sekolah sibuk menyanyi wakil sekolah segala pun tidak dapat menandingi kekerapan mereka beradu suara di KTV. Sekali pergi, 2-3 jam. Nampak sangat mereka punya lebih masa dan jauh lebih kaya dari saya.

Kehebatan mereka meggiatkan penggunaan kotak suara mereka telah menyebabkan saya terpanggil untuk menyumbangkan lirik lagu ini:

(hak milik melodinya tetap penulis lagu asal, ya!)

Gila nyanyi - Dawud Kelip
(irama gila judi - M.daud kilau)

Bila kita gila nyanyi
Bila kita gila nyanyi
Akhirnya merana tonsil
Merana tonsil
Asyik nak menggoyang body
Menggoyang body

Bila kita gila nyanyi
Bila kita gila nyanyi
Ke midnight pun boleh jadi
Karoke lagi
kalau tidak kat KTV
kat kotak sempit

satu lagu
dua lagu
tiga lagu
empat lagu lah
limaaaaa laaguuuuu
beeeeennngggggkrapppp!

bila kita gila nyanyi
bila kita gila nyanyi
sejam dua tidak hepi
mesti nak lagi
awal bulan dapat gaji
joli menyanyi

bila kita gila nyanyi
bila kita gila nyanyi
semua prasan menjadi
mariah carey
anuar zain glen fredly
celup punya versi

satu lagu
dua lagu
tiga lagu
empat lagu lah
limaaaaa laaguuuuu
beeeeennngggggkrapppp!


Apa lagi, cepatlah bergelek!

Oprah's Book Club

Tuesday, February 07, 2006

Perjumpaan kali kedua memang agak pelik. Kami janji berjumpa di Kinokuniya KLCC. Ya, Kino bukan lokasi sessi bergumbira yang sesuai, tapi saya tak keberatan kesana. Dia nak beli buku, saya tak mahu beli sebarang buku (budget dah lari) tapi setuju dengan lokasi pasal kedai buku seolah second home saya. Antara tempat yang paling selesa.

Saya tiba awal dengan harapan dapatlah duduk-duduk tenangkan perasaan, tapi bila melangkah masuk Coffee Club Kino, dia dahpun duduk. Kopi pun dah ada diatas meja. Cis... terpaksa pura-pura tak gelabah. Kami minum kopi, borak-borak dan sedikit sebanyak mengenali perihal masing-masing.

Kami di CC agak lama. Bila dah kebas punggung, ke rak-rak buku pula. Saya tunjukkan koleksi akustik Aerosmith. The Beatles dan Frank Sinatra yang dah lama saya teringin nak beli. Katanya dia tak pandai main apa-apa alat muzik. Heh, saya pun bukan hebat mana. Takat strumming sikit-sikit boleh la.

Lepas di Kino kami ambil kepeutusan untuk plang. Berjam-jam di kedai buku, it get's to your head. Really. Saya dah terpanggil untuk memecahkan keazaman tak nak beli buku saya, dan dia nampak macam tak sabar nak memulakan bacaan. Saya faham, saya pun begitu juga bila sampai bab buku. Oh, tapi dia baca buku self-motivation. Saya mahap ampun, takkan berjaya habiskan buku sebegitu.

Memang pertemuan kali itu pelik tapi gumbira. Banyak persamaan antara kami. Banyak juga perbezaan.

Kami suka membaca.
Sama-sama peminat Thomas Harris.
Dengar 80s music (boleh siap main guess the song!)
Minat SinChan versi Indon
Dua-dua layan M.Nasir
Suka dan faham the Matrix Triology (which many didn't get)
Kami tak tahan asap rokok

Saya suka jazz, dia lebih suka ska dan 90s alternative music
Dia suka memandu, saya tak suka & tak hingin langsung
Dia bela python, saya mahappp la ular2 ni
Dia dah travel half the world, saya berangan saja.
Dia kumpul pembalut coklat, saya makan coklat pun sebulan sekali saja ;)
Dia boleh cakap French dgn lancar, saya bahasa Jepun yang belajar kat UiTM dulu pun dah lupa.


Dan saya sangat suka caranya yang jujur dan sangat telus. Dia tak sorok sebarang perasaan, reaksi yang direct. Sekurang-kurangnya we know where we stand in this relationship.
(him in bold, me in italic)

Are you attached?
Nowpe.
I am.
Okay. To be married ke?
Itu soalan yang susah nak jawab. Bukan sekarang la. Of course semua orang yang ade girlfriend nak kahwin, kan?
Yeah, but some not to the same girl.
I'm not that kind.


Good. Bukan jenis floating idiot. Dan straight forward di kata yang dia sudah berpunya. Thus motifnya bukan untuk berpacaran.


Are we like... friends?
Yeah. Kenapa?
Naah, just to confirm.
Saya takde perasaan kat awak ye. Jangan perasan.
Heheh. Tak, untuk pihak saya la saya nak komfem.
Apesal? Ada perasaan lain ke? Mintak mahap ye, I'm a one man woman.
Bagus la. I echo your sentiments. Sampai bile status ni?
Until the right one comes la.
Do you like thin guys, or manly ones?
Huh? Yang bagak. Yang lojik la. Kurus sangat tak best. Dia kena versi aktiviti cuddly yang indah
(Grins like an idiot)

Maksudnya? Seolah nothing's going on, but there's something underneath that hasn't surfaced yet. Saya pun malas nak tanya lebih-lebih. Biarlah. Apa-apa saja.

Janji seterusnya di MPH Mid Valley pula. Nampaknya kami dah jadi ala-ala Book Club pulak. Baguslah, saya pun dah lama cari teman bacaan sekepala. Mungkin jugak nak tonton Puteri Gunung Ledang The Musical.

Jadi itulah ceritanya. Ya, anti climax. Saya tahu. Sebarang spekulasi yang dicetuskan (anda tahu siapa diri anda) kini dah terjawab. Jadi sudi-sudilah rectify mana-mana gossip yang telah tersebar ya.

Terima kasih.

P/s: ya Q, boleh saja kalau nak ikut next outing. Perhaps boleh lawan Oprah punya book club :)

Senyum

Ingatkan hari ini hati mendung lagi. Tapi ada senyuman gumbira yang membuat hati berbunga...

Sudah, sudah. Jangan berharap. Nanti jadi macam tempohari.

But, I'll let myself bask in the warmth of the smile anyway...
:)

Delayering

Monday, February 06, 2006

The company, on a global level, has come up with a concept called Delayering to cope with the problems that we have been plagued with after the 2005 Wall Street market crash. According to the top people, we’re not restructuring as that would be halting the efficiency of the productive line. Think of it instead, as condensing the structure and layer of reporting so that efficiency will be preserved, if not made better.

Delayering, restructuring, condensing, heck; they all mean the same thing thing: retrenchment.

And what my boss said to the lot of us in the creative department a while ago ringing is still ringing in my head:

If you’re doing your work, if your volume of work is in balance with your salary, and if you are at par with or supercedes your job description, then you have nothing to worry about. The least efficient, the least productive will be the one to go.

Okay, that's good to know.

But alas, if everybody is on an equally productive platform, then we have no choice but to use the second way - the last one in is the first one out."



Just when I'm finally contented with what I have, i might have to scrape dirt again.

Fuck.
Pardon my french. I'm upset.

Bicara bahasa

Friday, February 03, 2006

Kelmarin saya terima satu emel dari kawan yang kini di perantauan. Selalunya kami menjadikan emel sebagai platform berbual. Maklumlah, di rumah tak ada internet. Apatah lagi dengan perbezaan masa, waktu dia nak menelefon saya selalunya dah enak lena.

Selalunya saya memang menantikan emel kawan yang seorang ini. Kami selalu bualkan (atau coretkan?) benda-benda yang jarang sekali dapat saya bualkan dengan kawan-kawan lain. Pemikiran kawan seorang ni agak unik. Kadang-kadang falsafah berbaur sufi ala M.Nasir, kadang kala lawaknya melebihi Chow Sing Chi. Mudah bicara dengannya dalam bahasa melayu. Dah berapa kali kami berbual versi puisi. Memang saya tabik kawan yang seorang ini. Hebat.

Tapi emel semalam agak mengganggu sedikit. Katanya:

"Tulislah blogmu dalam Bahasa Inggeris. Mungkin tambah pembaca dari dunia luar. Kau jadi kodok kalau kekal Berbahasa Melayu sahaja. Kalau menulis itu mungkin kau jadikan mata pencarianmu suatu hari nanti, kan baik jika dua belah parang kau tajamkan...
...Biar bahasa Melayu itu kau guna bila kita bercerita sahaja. Lagipun lambakan blog bahasa nusa kita kini bercerita tentang perkara entah apa-apa, kisah pondan bapuk sundal di luar negara menayang kemaluan tanpa malu. Jika kau tulis dalam bahasa mat saleh, mungkin dapat kau ubah persepsi orang luar tentang tanahair kita...."


Saya agak tertarik (apa perkataan melayu untuk intrigued?) dengan ayat "Kau jadi kodok kalau kekal Berbahasa Melayu sahaja". Pertama, saya memang salah satu kodok yang berkerumun di kolam Cip Kodok. (Bukan Cip Khadam. Itu Fina).
Kedua, saya 50-50 dengan ayatnya itu. Memang betul kita akan duduk di takuk lama kalau kita tak meluaskan pandangan, tak menyentuh ilmu di luar dunia kita. Tapi saya rasa penguasaan bahasa mat saleh saya agak baik. Satu lagi, saya rasa saya bukan penulis hebat meletop bila bermadah inggeris. Ini tak bermaksud saya rasa saya hebat menulis dalam bahasa ibunda (tapi kalau anda rasa saya hebat, saya tak kesah.). Cuma lebih sedap berbahasa sendiri. Entahlah, ikut mood sebenarnya. Kalau datang sawan English day saya, maka saya menulis dalam bahasa Inggeris. Kalau datang sakit hati sakit otak saya, maka muncullah maki hamun versi mat saleh. Maaf, saya tak reti dan tak boleh mencarut dalam bahasa sendiri, memang tak diajar oleh mak bapak untuk mencarut-carut. Carutan inggeris saya belajar di luar rumah - di TV, wayang gambar dan dari kawan-kawan ‘moden’ saya. Perlu diingatkan, penggunaan babi secara meluas dalam blog saya bukanlah mencarut kesat. “Babi” adalah seekor binatang. Sama juga kalau saya guna kambing atau sesumpah. “Babi” yang digunapakai dalam penulisan saya samalah seperti “bongok” atau “bengong” yang sering digunakan. (Tapi babi tetap taboo di rumah.)

Berbalik kepada emel tersebut, saya terpaksa akui yang memang banyak blog Malaysians berunsur lucah. Cuba blogsearch di Google. Taip saja ponen, nuks, nyah atau ciknek. Maka berjela lah yang anda jumpa nanti. Dalam hal ini saya pun 50-50 juga. Internet adalah ruang bebas, sekangan hampir tidak wujud. Ia menjadi medan bicara paling ideal bagi orang-orang yang tak punya ruang berbicara secara lisan. Biarkanlah hati mereka bicara, freedom of speech itu hak asasi semua. Tapi pada masa yang sama saya rasa malu pulak (walaupun bukan saya yang buat) bila ada yang tanya “Is Malaysia a Muslim-‘Muslim’ country, or are you guys like Jordan?”. Ayo, statement sentap. Saya pun ada rasa malu juga. Tapi siapalah sayanak berbahas hal agama dan hukum hakkam. Cukuplah kalau saya sedar, kita sendiri sedar, sama-sama sedar akan tanggungjawab agama dan tanggungjawab rohaniah kita.

Tapi banyak juga blog melayu yang hebat2 belaka. Cuba baca tulisan saudara Abdullah Jones, atau Matahati, atau Bingkisan Dari Sarajevo. Mereka semua saya kira otai dalam bidang ini. Saya juga suka Pakshah, Makdom, dan beberapa kenalan lain yang tak jemu kongsi cerita. Menarik, mudah ketagih dan ada yang sudahpun jadi ruji rohani saya.

Tak mengapalah wahai sahabat, biarlah saya kekal menulis begini. Jangan rasa cemburu bila saya turut bicara dengan the phantoms of cyberspace dalam bahasa Melayu. Sekali sekala pasti saya celup kaki dalam lingua franca kedua, ya?

Retro Night - Office Dinner 2006

Thursday, February 02, 2006

The company holds its annual dinner every January. Or March. Always on the first quarter. Perhaps they want us to go all hoo-haa first, then jump full-force with work. Since our job (well, mine for sure) is on the fastlane (think: ad-hoc forever), the early-of-the-year dinner concept was quite fitting. Tak boleh la nak lari lagi..kan? But I must admit that it was weird, bersiap2 for dinner awal tahun. Maybe because dah terbiasa dengan all the dinners masa belajar being at the end of the semester, right before the finals. Dekat MAC dulu pun end of the year dinner. Terkejut perak sket.

Anyway, the dinner was da bomb! We had Aznil as the host, and tonnes of performances by various artistes. Mmg berbaloi ambik Aznil. At first I thought he'd do his makcik2 lawak, tapi dia memang tahu mengikut crowd & environment. even the non-malays were cracking up.
Saya budak baru yang malu telah mengabaikan skil2 paparazzi yang dipelajari selama 5 tahun di UiTM. Tempat duduk yang jauhhhhhh di belakang menghindari saya dari mendukungi watak media hanjheng (org media jgn kecik ati). Apatah lagi kamera digital saya cuma 2.0mp je, gambar pun tahap kualiti henpon je. Maka tak adalah gambar2 best. Performance line-up was Jamal Abdillah (in the flesh!perak lagi...), Jay Jay, Erra Fazira (d'oh) and Nita MI2. We had Bob Lokman & Imuda for a while buat skit2 lawak yang unfortunately fell flat on the floor.

Oh, I forgot to mention this; the theme was Retro. Banyak sangat orang pakai 60s & 70s. Me? I chose to just deviate sket from the usual stereotype. Try and guess!

Bukan chenta...

Hi everyone. How was your holiday? I hope everything went well. I did fine myself. Rejuvinated myself after hours and hour of sleeping and doing nothing. Kalaaulah tiap2 hari boleh buat macam tu. Bak kata mak "Pi la carik mana2 billionaire. Lepaih tu nak duduk ka, nak tidoq ka, semua boleh..". Nah... I'd rather I be the billionaire...lagi best, kan? :)

Anyway, untuk mereka-mereka yang tak sabar nak baca kesah chenta LRT episod dua, well, rasanya tak ada lagi episod dua kot. Ada, tapi...entah. Nak kata malu nak cerita...adalah malu sikit. Tengok lah. Rasanya tengahari nanti ada cerita. Mungkin...